[VIDEO] “Kecik-Kecik Lagi Dah Pandai Jaga Adik” Adik Sakan Bergelek Di Tiktok, Tindakan Comel Si Abang Campak Handphone Undang Tawa Ramai. 

0 1,333

Platform media sosial baru iaitu Tiktok sangat mendapat tempat di hati muda-mudi masa kini. Sakan melihat anak muda sekarang terkejar-kejar publisiti menerusi platform tersebut.

Namun, ada juga yang menggunakannya untuk bersantai-santai sahaja melihat gelagat dan trend terkini. Antara yang menjadi trend anak muda di Tiktok sudah pastilah tarian yang kadangkala ada koreografi yang menarik.

Tapi kebanyakan masanya ia sangat tidak sesuai untuk wanita terutamanya mereka yang beragama Islam. Apa yang mencuri tumpuan baru-baru ini adalah gelagat pasangan kembar yang masih kecil dan berkait dengan isu ini.

 

TENGAH SERONOK MAIN DI LUAR RUMAH, TIBA-TIBA…

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok @sheryasbeautyofficial, Shery menunjukkan gelagat anak-anak kembarnya sewaktu mereka sedang bermain-main di luar rumah pada suatu hari.

Pada mulanya si abang sedang bermain basikal manakala si adik pula tiba-tiba sahaja membawa telefon bimbit lalu diletakkan di pagar. Siapa sangka si adik terus berjoget dan bergelek di hadapan telefon bimbit.

Apa yang melucukan adalah si abang perlahan-lahan menghampiri si adik yang sedang leka berjoget dengan basikalnya. Tindakan si abang kemudiannya yang telah mengundang tawa warganet.

 

VIDEO :

 

TINDAKAN SI ABANG UNDANG TAWA WARGANET

Perkongsian video yang telah mendapat lebih daripada 600 ribu ternyata berjaya mencuit hati warganet. Tahu apa yang dibuat oleh si abang? Dia mengambil telefon bimbit tersebut dan mencampaknya ke luar pagar.

Bersahaja betul tindakan si abang. Namun, tindakan ini selain daripada mengundang tawa warganet, mereka juga seolah-olah mendapat apa mesej yang cuba disampaikan oleh si abang.

 

WARGANET TERHIBUR

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan si abang kerana tidak mahu melihat adiknya berjoget sedemikian. 

Tindakan si abang yang sangat melindungi seharusnya ada pada setiap individu yang bergelar lelaki. Jika kita tidak menggalakkan perkara sebegini, pasti wanita juga malu untuk melakukannya.

 

BACA JUGA : “Cover Pekerja Time Solat, Banyak Tanya Pasal Islam” Wanita Kongsi Kisah Boss Cina Tapi Hormat Agama Islam. Belajar Sikit-Sikit, Akhirnya Sedia Jadi Muslim!

 

Ada juga yang sempat bergurau mengatakan bahawa si abang terkejut melihat adiknya seolah-olah ‘dirasuk’ selepas mendapat telefon bimbit tersebut.

Tidak kurang juga yang turut bergurau dengan bertanyakan apa sebenarnya yang difikirkan si abang. Adakah dia benar-benar marah adiknya berkelakuan sedemikian atau dia sebenarnya dengki sebab tidak mendapat telefon bimbit.

Namun, ramai yang mendoakan agar si abang dan si adik membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Banyak sebenarnya pengajaran yang disampaikan oleh si abang sekalipun dia masih lagi kecil. Semoga generasi yang dilahirkan seterusnya akan menjadi generasi yang memartabatkan agama Islam dengan sepenuhnya.

 

SUMBER : Akses Info, TIKTOK @sheryasbeautyofficial

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34