“Mummy, Boleh Abang Cium Baju Adik?” Tak Nak Ibu Mengandung Lagi, Abang Risau Nanti Adik Baru Ikut Jejak Adik Yusuf. Sempat Photoshoot Bersama, Mummy Pun Tak Tahu Kenapa Pilih Tema Putih
Rindu yang tidak akan mampu sama sekali untuk diubati adalah rindu pada mereka yang telah tiada. Ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk dihadapi. Ia merupakan sesuatu yang sangat berat dan hanya mereka yang merasa sahaja memahami.
Bukan sahaja orang dewasa yang terkesan dengan kerinduan ini. Kanak-kanak yang masih muda juga tidak terlepas menderita akibat rindu ini jika ia berlaku terhadap diri mereka.
Mereka juga akan terkesan seandainya kehilangan insan tersayang. Itulah apa yang terjadi kepada keluarga Puan Nurul Atikah ini. Kehilangan anak bongsunya memberikan kesan yang teramat mendalam terhadap mereka sekeluarga terutamanya terhadap anak sulungnya.
KEHILANGAN ANAK BONGSU
Puan Atikah telah melahirkan anak bongsunya pada bulan Ogos tahun lalu. Apa yang lebih menyedihkan adalah semua ini berlaku selepas mereka menanti selama 7 tahun untuk mendapatkan arwah.
Arwah pula dipinjamkan sementara sahaja kepada mereka iaitu sekitar 5 bulan sahaja. Arwah Yusuf Mikael telah pergi buat selama-lamanya disebabkan oleh masalah saluran pernafasan.
VIDEO :
SEMPAT PHOTOSHOOT SEBELUM ARWAH PERGI
Siapa sangka saat terdetik di hati Puan Atikah untuk mengambil gambar photoshoot keluarga mereka merupakan momen-momen terakhir mereka sekeluarga bersama-sama dengan arwah.
Entah macam mana tema putih menjadi pilihan Puan Atikah pada ketika itu. Selang 20 hari kemudian, arwah Yusuf Mikael telah pergi buat selama-lamanya dan keadaan itu sangat sukar untuk diterima oleh mereka sekeluarga.
VIDEO :
ABANG TIDAK DAPAT LUPAKAN ADIK
Anak sulung Puan Atikah iaitu Aiman yang berusia 7 tahun turut terjejas dan menanggung kerinduan yang teramat sangat. Menerusi perkongsian video di akaun Tiktok miliknya, dia telah menunjukkan keadaan Aiman.
Aiman selalu menghidu bau baju arwah adiknya dan sering memberitahu Puan Atikah bahawa dia ingin memeluk adiknya yang tercinta itu. Namun apakan daya kerana kuasa dan aturan daripada Allah S.W.T mengatasi segala-galanya.
TAK NAK IBU MENGANDUNG LAGI
Bagi sesetengah kanak-kanak, mereka sangat teruja seandainya ibu mereka bakal melahirkan adik baru. Rasa teruja tersebut pastinya sukar untuk dibendung. Namun, bebeza pula halnya dengan Aiman.
Bukanlah dia ingin menolak seandainya ibunya hamil lagi. Apa yang paling dirisaukan dan ditakuti olehnya adalah sekiranya adik barunya itu juga akan menurut jejak langkah arwah Yusuf Mikael dan pergi meninggalkannya lagi.
Aiman sudah tidak mampu untuk menghadap situasi tersebut jika ia berlaku sekali lagi. Betapa beratnya ujian kehilangan orang yang tersayang ini.
VIDEO :
WARGANET TURUT SEBAK
Menjengah ke ruangan komen, ramai juga yang tidak dapat menahan rasa sebak saat melihat kesedihan dan kerinduan yang ditanggung oleh Aiman.
Bapa kepada Aiman juga turut meninggalkan komen berbentuk pesanan kepada Aiman dalam video tersebut.
Tidak kurang juga yang menyatakan rasa rindu mereka kepada anak syurga mereka kerana ramai di luar sana yang turut mengalami situasi sebegini. Kehilangan anak kecil yang baru berusia beberapa bulan atau ketika masih lagi didalam rahim.
Ramai juga yang menitipkan doa dan memberikan kata-kata semangat buat keluarga ini agar tabah menghadapi segala ujian yang mendatang.
Sama-samalah kita doakan agar keluarga ini dan mereka yang lain yang sedang berada didalam situasi yang sama agar diberikan kekuatan oleh Allah S.W.T untuk menjalani hari-hari mendatang dengan lebih bersemangat.
SUMBER : Akses Info, TIKTOK @atikah8984