“Gara-Gara Microsleep, Dia Hilang Satu Tangan” Terbabas Jatuh Sendiri Sebab Terlelap, Rider One Hand Ini Kongsi Kisah Kemalangan Yang Menimpa

0 1,200

Dalam kehidupan kita, pastinya kita tidak akan terlepas daripada diuji oleh Allah S.W.T. Ada bermacam jenis ujian yang diberikan kepada kita dan setiap ujian itu adalah untuk mengukur tahap keimanan kita kepada-Nya.

Seperti apa yang tular baru-baru ini mengenai seorang pemuda yang bekerja sebagai seorang rider dimana dia berkongsi pengalaman hidupnya yang diuji dengan kehilangan salah satu daripada nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T.

Pemuda tersebut, Muhammad Hafiq yang kini menetap di Melaka telah mencuri tumpuan warganet terutamanya di Tiktok apabila dia yang tetap gigih berusaha untuk bekerja dan menambah pendapatan walaupun kehilangan sebelah tangan.

 

RAMAI YANG NAK TAHU KISAH

Hafiq yang menggunakan nama akaun Rider One Hand di Tiktok itu benar-benar telah mencuri tumpuan ramai kerana dia kelihatan tabah, tenang dan bersemangat dalam melaksanakan aktiviti seharian sekalipun ditimpa ujian seberat itu.

Dia turut tampil dalam beberapa video yang berkongsi mengenai keadaan tangannya itu dimana dia juga sempat bergurau mengatakan bahawa tangannya sudah ‘tumbuh’ dan kelihatan ceria menari.

 

VIDEO :

 

Selain itu, dia turut berkongsi video mengenai bagaimana dia memakai tangan palsu yang turut mendapat perhatian daripada warganet. Videonya pasti akan meraih lebih daripada puluhan ribu malah ada yang sehingga mencapai ratusan ribu tontonan.

 

VIDEO :

 

BERKONGSI KISAH TRAGIS

Dalam beberapa video terbaru daripadanya di laman Tiktok, dia ada berkongsi mengenai apa sebenarnya yang berlaku kepada dirinya sehingga dia kehilangan sebelah tangannya itu.

Menurut Hafiq, segalanya bermula pada tahun 2015 dimana dia telah terlibat dalam kemalangan sewaktu dia bersama rakan-rakan telah melakukan konvoi merdeka. Kejadian tersebut berlaku di Port Dickson.

Siapa sangka konvoi yang sepatutnya penuh dengan gelak tawa dan kenangan manis itu bertukar tragedi. Semuanya kerana dia secara tidak sengaja telah mengalami keadaan microsleep.

Menerusi pengertian daripada sudut perubatan, microsleep merupakan keadaan di mana seseorang itu boleh tertidur dalam tempoh beberapa saat sahaja. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa disedari. 

Bagi kebanyakan individu, mereka banyak mengalami keadaan ini sewaktu mereka melakukan aktiviti-aktiviti penting seperti ketika sedang memandu kenderaan. Itulah apa yang berlaku kepada Hafiq dan kesannya kekal sehingga ke hari ini.

 

VIDEO :

 

WARGANET TURUT BERSIMPATI

Selepas Hafiq berkongsi apa yang berlaku kepadanya, ramai yang berasa sebak dan simpati dengan apa yang menimpa dirinya itu.

 

BACA JUGA : [VIDEO] “Jatuh Je Dari Motor Tu, Terus Dia Bangun Protect Anak Dia” Tindakan Ibu Lindungi Anak Daripada Ribut Kuat Ni Undang Sebak Orang Ramai. Van Sebelah Pun Terbalik!

 

Ada juga yang berkongsi pengalaman sama sepertinya dimana mereka juga pernah mengalami microsleep ini.

Sama-samalah kita jadikan perkongsian Hafiq sebagai pengajaran buat kita semua. Jika kita berada dalam keadaan yang tidak ideal untuk berada di jalan raya, dapatkanlah rehat terlebih dahulu.

Jadikan juga Hafiq sebagai inspirasi dimana dia tetap tabah untuk menghadapi segala ujian yang mendatang dengan penuh senyuman. 

 

SUMBER : Akses Info, TIKTOK @runneronehand

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34