BAWA ANAK KETIKA DELIVER MAKANAN, RIDER FOODPANDA INI UNDANG SEBAK WARGANET
Dalam keadaan negara sedang menghadapi wabak COvid-19 yang semakin mengganas ini, ramai sebenarnya yang terjejas teruk. Ada yang kehilangan pekerjaan dan ada yang sangat-sangat terkesan dari segi ekonomi.
Bayangkan jika sebelum pandemik sekalipun sudah ramai yang bergelut dengan keadaan ekonomi yang mendesak, apatah lagi pada masa sekarang pula. Lebih teruk dan lebih memenatkan.
Itulah apa yang dirasai oleh kebanyakan daripada kita sekarang ini. Sebab itu jugalah seandainya kita mempunyai kemampuan yang lebih, perhatikanlah mereka di sekeliling kita untuk dibantu.
TERPAKSA BAWA ANAK UNTUK DELIVER MAKANAN
Baru-baru ini tular sebuah perkongsian daripada seorang pengguna Facebook, Rohayu Mohd Rodzi yang berkongsikan kisah seorang rider Foodpanda yang telah mengundang sebak warganet.
Semuanya bermula selepas dia bertemu dengan rider Foodpanda yang juga merupakan seorang bapa ini. Apa yang membuatkannya sebak adalah pada waktu rider tersebut keluar untuk bekerja menghantar makanan, dia juga turut membawa anak kecil bersama-sama dengannya.
Anak tersebut diletakkan dalam carrier yang disangkut pada badannya. Dalam keadaan panas terik sebegitu, tidak dapat dinafikan pastinya anak tersebut sama seperti bapanya berpeluh kepanasan.
TIADA SIAPA BOLEH JAGA ANAK
Saat ditanya, dikongsi oleh rider tersebut keadaan keluarga mereka sekarang ini dimana tiada siapa yang boleh menjaga anaknya itu disebabkan dia dan isteri masing-masing perlu keluar bekerja.
Untuk dihantar kepada pengasuh, bukanlah percuma dan ada bayaran yang dikenakan. Dengan situasi mereka sekarang ini, mereka tidak mampu untuk membayar pengasuh bagi menjaga anak mereka.
Anak kecil tersebut sedikit pun tidak meragam. Dia sendiri seolah-olah faham bahawa bapanya terpaksa untuk berbuat sedemikian demi meneruskan kelangsungan hidup mereka sekeluarga.
Didalam raga motosikalnya ada sebuah botol susu kosong untuk anaknya itu.
“Allahuakbar sedihnya ,
Saya turun dari keta terus p dkt si bapa dan anak , waktu ni panas terik anak bepeluh kepanasan , anak tak dak sapa jaga , nak hantar pengasuh nak kena bayar , anak diam ja dia dah paham bapa dia tengah keja cari duit.
Dalam raga ada botol susu kosong .Warga Penang kalau nampak bapa dan anak ini bantu la apa yg patut , kalau tak mampu bg bantuan cukup la sekadar doa kalian untuk mereka selamat ketika menunggang moto game judi casino online menghantar pesanan pelanggan.
Semoga murah Rezeki Abg Foodpanda🤲🏻🤲🏻”
WARGANET TURUT SEBAK DAN INGIN MEMBANTU
Menjengah ke ruangan komen, ramai sebenarnya rakyat Malaysia yang ingin membantu mereka yang memerlukan di luar sana. Rata-rata mereka menawarkan untuk menjaga anak, meminta nombor telefon dan nombor akaun untuk memudahkan urusan keluarga ini.
Tidak kurang juga yang mendoakan kebaikan buat dirinya dan supaya segala urusan mereka sekeluarga dipermudahkan.
SUMBER : Akses Info, FB ROHAYU MOHD RODZI