“Boleh Tak Perasan Anak Hanyut Di Tengah Laut. Mujur Lah Dia Tak Jatuh Dalam Air” Nampak Pelampung Di Tengah Laut, Pasukan Penyelamat Selamatkan Kanak-Kanak 1 Tahun Hanyut!
Lama dah rasanya tak dapat nak berehat dan bersantai di tepi pantai, mandi laut dan menenangkan diri dengan melihat air laut kan? Sejak-sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, banyak benda yang kita tak dapat buat.
Lain pula halnya di luar negara dimana mereka sudah semakin longgar dan dapat menjalani hidup seperti biasa. Namun, masih ada beberapa SOP yang perlu dipatuhi dan apa yang paling mereka tekankan adalah program vaksinasi.
Sebagai contoh, dalam keseronokan menikmati kehidupan normal, ada ibu bapa yang terleka sehinggakan hampir terjadi tragedi yang bakal dikesalkan seumur hidup oleh mereka.
HANYUT KE TENGAH LAUT
Dalam sebuah kejadian di Tunisia, sebuah tragedi yang sangat menyeramkan telah berlaku kepada sebuah keluarga kerana tanpa mereka sedar, anak mereka sudah hanyut ke tengah laut.
Walau bagaimanapun, bayi yang berusia setahun itu dilaporkan telah berjaya diselamatkan oleh pasukan penyelamat yang bertugas. Namun, ada satu perkara yang menimbulkan kemarahan warganet.
IBU BAPA TAK PERASAN ANAK HANYUT
Inilah yang dimarahkan oleh warganet, kerana menurut laporan daripada Mirror, ibu bapa bayi tersebut langsung tidak sedar bahawa anak mereka telah hanyut ke tengah laut.
Bayi yang duduk di dalam sebuah pelampung yang berwarna merah jambu itu dikatakan telah dihanyutkan oleh angin kencang sehingga ke tengah laut. Bayi itu juga menangis saat berada bersendirian.
Apapun, bayi berkenaan bernasib baik kerana dia tidak mengalami sebarang kecederaan. Sebuah video yang memaparkan misi menyelamatkan bayi tersebut telah tular di media sosial.
Kelihatan dalam video berkenaan pegawai Perlindungan Awam yang telah mengangkat bayi berkenaan daripada pelampung tersebut dan kemudian telah membawanya ke tempat yang lebih selamat.
Difahamkan juga bahawa kejadian sebegini bukanlah kejadian yang pertama kali berlaku di sana. Sudah kerap pihak berkuasa Tunisia memberikan peringatan kepada para ibu bapa untuk sentiasa berwaspada dan memberikan pemantauan penuh terhadap anak dan jagaan masing-masing.
VIDEO :
WARGANET BENGANG
Sekalipun lega kerana bayi tersebut selamat tanpa sebarang masalah dan kecederaan, rata-rata warganet berasa sangat bengang dengan apa yang berlaku. Menerusi portal Siakap Keli, ramai yang meninggalkan bermacam-macam komen terhadap apa yang berlaku ini.
BACA JUGA : “Tengah Seronok Main, Tiba-Tiba Dia Jerit. Saya Nampak Ular Keluar Ikut Lubang Bilik” Ibu Kongsi Detik Danial Dipatvk Ular. Tengok Tangan Ade Kesan patvk, Terus Bawa Ke Hospital. Namun Adik Tetap Pergi Jua
Sama-samalah kita jadikan kejadian kali ini sebagai pengajaran server jepang juga buat kita sekalipun ia berlaku di luar negara. Manalah tahu nanti bila PKP ditamatkan, terlebih bersuka ria sampai terlupa anak-anak. Moga-moga dijauhkan kejadian sebegini daripada berlaku kepada keluarga kita.
SUMBER : Akses Info, MIRROR, FB SIAKAP KELI