Terjumpa Unta Terbaring Hampir Pengsan Di Tepi Jalan, Tindakan Lelaki Ini Beri Unta Minum Air, Undang Pujian Ramai. Suhu Cuaca Cecah 60’C Panasnya!

0 1,966

Dalam dunia kita, kita bukan sahaja hidup sesama manusia. Banyak lagi hidupan lain yang turut sama berkongsi nikmat Allah S.W.T di muka bumi ini. Sebab itulah kita perlu untuk berbuat baik sesama makhluk.

Dunia sekarang ini mempunyai cuaca yang semakin tidak menentu dan semakin sukar untuk diramalkan. Antaranya adalah kenaikan suhu atau pemanasan global yang sangat kritikal.

Terdapat beberapa buah negara yang sangat terkesan teruk dengan pemanasan global ini sehinggakan suhu yang dicatatkan juga sangat melampau. Antara negara yang terkesan teruk adalah Algeria.

 

DILANDA GELOMBANG PANAS

Menurut laporan, negara tersebut telah dilanda gelombang panas. Cuaca panas yang keterlaluan ini bukan sahaja memberikan kesan kepada manusia, malah haiwan juga turut terkesan.

Itulah apa yang berlaku di dalam sebuah video yang telah tular di media sosial dimana ada seekor unta yang kelihatan seperti sudah hampir pengsan di tepi jalan. Semuanya adalah kerana suhu yang melampau tersebut.

Seorang pemandu lori yang sedang melalui jalan tersebut di Gurun Sahara telah ternampak unta yang dalam keadaan kritikal itu. Ia sedang terbaring di tepi jalan kerana cuaca yang sangat panas.

 

VIDEO :

Ternyata dirinya seorang yang sangat prihatin dan pengasih sekalipun terhadap haiwan. Melihatkan keadaan unta tersebut, dia segera turun dari lorinya untuk memberikan bantuan kepada unta itu. Tidak mustahil untuk kejadian tersebut berlaku kerana suhu di sana sudah hampir mencecah 60 darjah Celcius.

Lelaki itu turun dari lorinya sambil membawa sebotol air untuk menyelamatkannya. Unta itu juga seolah-olah faham bahawa lelaki itu cuba untuk membantunya, ia pun terus mengangkat kepalanya dan terus minum air yang diberikan oleh lelaki berkenaan.

 

BACA JUGA : “Punya Seronok Dapat Anak Perempuan, Dia Mesej Semua Orang” Tak Sempat Tengok, Peluk, Cium Dan Susukan Anak Pun. 4 Hari Selepas Bersalin, Dia Pergi Dijemput Ilahi Akibat Kritikal C0vid-19

 

WARGANET TURUT BERSIMPATI

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut bersimpati dan mulai sedar bahawa pemanasan global bukanlah isu remeh. Hal ini kerana unta yang memang diciptakan untuk hidup dalam keadaan sebegitu pun tetap tidak mampu untuk menahan kepanasan ini lagi.

Seharusnya perkongsian ini menjadi inspirasi buat kita semua untuk sama-sama berbuat baik sesama makhluk. Sedikit pun tidak berkurang apa yang kita ada jika kita membantu kerana Allah S.W.T akan menambah kepada kita untuk kehidupan di sana nanti.

Selain itu, ia juga harus menjadi iktibar dan pengajaran kepada kita semua untuk lebih menghargai alam sekitar kita dan elakkanlah daripada aktiviti yang mampu menyumbang kepada pemanasan global.

 

SUMBER : Akses Info, SIAKAP KELI

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34