“Cover Pekerja Time Solat, Banyak Tanya Pasal Islam” Wanita Kongsi Kisah Boss Cina Tapi Hormat Agama Islam. Belajar Sikit-Sikit, Akhirnya Sedia Jadi Muslim!

0 3,112

Dalam kehidupan kita yang bergelar seorang Muslim, pasti banyak kali juga kita melalui keadaan dimana kita bertemu dengan individu yang sangat baik sehingga kita berharap agar di mendapat hidayah daripada Allah S.W.T.

Begitulah apa yang telah dikongsikan oleh seorang wanita ini dimana dia telah memuat naik video mengenai bos di tempat dia bekerja yang berbangsa Cina dan beragama Buddha sebelum ini.

Kisah ini telah dikongsikan menerusi akaun seorang pengguna Tiktok dengan nama Ezatiey. Menariknya kisah yang dikongsikan ini telah membuatkan video tersebut mendapat lebih daripada 200 ribu tontonan.

 

SELALU COVER MASA SOLAT

Menurutnya, bos yang bernama Mr Yee ini selalu cover sewaktu bekerja untuk dia menunaikan solat fardhu. Selain itu, Mr Yee juga kerap bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan solat dan Islam.

Mungkin daripada apa yang dikongsikan oleh Ezatiey sendiri dan mungkin dengan kajian sendiri telah sedikit sebanyak menimbulkan minat Mr Yee terhadap agama Islam ini.

 

MULA MEMELUK ISLAM

Tambah Ezatiey lagi, Mr Yee sebelum ini merupakan seorang individu yang beragama Buddha. Namun, disebabkan oleh minatnya yang sangat mendalam terhadap agama ini, Mr Yee telah mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam.

Gembira sebenarnya saat mengetahui ada yang menjadi saudara baru kita. Benarlah Islam itu indah dan kita sebagai umat Islam bertanggungjawab untuk menjadi model terbaik untuk menunjukkan keindahan agama Islam.

Didalam video itu juga ada menunjukkan Mr Yee yang berusaha untuk belajar membaca ayat suci al-Quran dan juga mengerjakan solat dengan sempurna. Jelas terpancar kesungguhan beliau untuk mendalami agama ini. Kini, Mr Yee turut mempunyai nama Islam iaitu Aariz Yee. 

 

VIDEO : 

 

WARGANET TURUT GEMBIRA

Menjengah ke ruangan komen, ramai juga yang teruja dengan berita yang dikongsikan oleh Ezatiey ini. Sama seperti kita semua, mereka juga bersyukur kerana bertambah lagi jumlah umat Islam di dunia ini.

Ada juga yang berkongsi pengalaman bahawa mereka juga baru sahaja bergelar Muslim baru-baru ini sahaja dan masih dalam proses untuk belajar dan mendalami Islam.

 

BACA JUGA : “Kepala Ular Tu Dah Kembang, Tunggu Nak Terkam Je” Halang Daripada masuk Rumah Tuannya, Kucing Ni Setia Duduk Depan Ular Selama 30 Minit Sebelum Bantuan Tiba!

 

Ada juga yang berkongsi kisah dimana mereka mendapat bos yang baik seperti Aariz Yee juga dimana bos mereka akan memberikan peluang kepada mereka untuk menunaikan solat apabila tiba masanya.

Tidak kurang juga yang mengucapkan rasa syukur kerana bertambahnya saudara baru.

Sebenarnya ramai sangat-sangat mereka yang beragama lain namun sangat memahami apa yang dituntut oleh agama Islam seperti kewajipan untuk menunaikan solat. 

Jadi, atas budi bicara dan adab kita sendiri untuk berkomunikasi dalam cara terbaik untuk meminta izin daripada majikan kita.

 

SUMBER : Akses Info, TIKTOK @ezatiiiiey

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34