“Vino Belum Tahu Ibu Dan Ayah Dah Tak Ada” Kanak-Kanak 10 Tahun Ini Jalani Kuarantin Seorang Diri Di Rumah. Ibu Dan Ayah Disahkan Positif Covid, Dibawa Ke Hospital Dan Meninggal Dunia

0 1,647

Wabak Covid-19 ini masih lagi tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa ia akan menjadi semakin berkurang atau tanda-tanda bahawa negara kita akan menjadi semakin pulih.

Begitu juga di negara jiran kita, Indonesia. Sudah terlalu banyak kisah sedih yang berlaku dan meruntun jiwa. Sudah terlalu banyak nyawa yang terkorban punca daripada wabak ini.

Begitulah apa yang berlaku dan telah dilaporkan oleh media di Indonesia di mana bukan sahaja rakyat di sana malah rakyat di negara kita juga turut berasa terkejut dan bersimpati dengan apa yang berlaku.

 

TINGGAL SEORANG DIRI

Kisah ini adalah mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Vino. Dia berusia 10 tahun dan dia bersama-sama ibu dan bapanya telah disahkan positif wabak Covid-19 baru-baru ini.

Namun, siapa sangka bahawa wabak tersebut terus meragut nyawa ibu dan bapanya. Mereka telah meninggal dunia akibat wabak tersebut di Kuta Barat, Kalimantan Timur. Berikutan itu, Vino kini telah tinggal bersendirian di rumahnya.

Pada mulanya, arwah ibunya telah mendapatkan rawatan di hospital. Namun, keadaannya yang sangat kritikal telah menyebabkan arwah ibunya itu tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia pada 19 Julai yang lalu.

Kejadian tersebut ternyata memberikan tamparan yang hebat buat bapa kepada Vino di mana dia berasa sangat sedih dan sukar untuk menerima hakikat bahawa isterinya itu telah meninggal dunia. Pada 20 Julai, dia pula yang meninggal dunia dan menyusul isterinya itu. 

 

BELUM TAHU IBU BAPA SUDAH MENINGGAL DUNIA

Berdasarkan sumber, dikatakan bahawa Vino masih lagi belum mengetahui bahawa kedua ibu dan bapanya itu sudah tiada. Dia masih lagi menjalani kuarantin di rumah sendirian.

Tambah sumber tersebut lagi, jika dalam masa dua hari ini Vino disahkan negatif wabak Covid-19, dia akan diambil oleh bapa saudaranya untuk dijaga. 

 

VIDEO :

 

WARGANET TURUT BERSIMPATI

Kisah sebegini, sekalipun tidak berlaku di negara kita, ia sangat mudah untuk dikaitkan dengan kita kerana kita juga melalui perkara yang sama. Ramai juga rakyat Malaysia yang terpaksa menghadapi kehilangan insan yang tersayang akibat daripada Covid-19 ini.

 

BACA JUGA : “Gara-Gara Microsleep, Dia Hilang Satu Tangan” Terbabas Jatuh Sendiri Sebab Terlelap, Rider One Hand Ini Kongsi Kisah Kemalangan Yang Menimpa

 

Menjengah di ruangan komen perkongsian di Instagram Kaltimpost, ada yang mengatakan bahawa ibu Vino meninggal dunia dalam keadaan sedang mengandungkan seorang bayi perempuan.

Ramai juga yang mendoakan kebaikan buat adik Vino dan memberikannya kata-kata semangat.

Sudah banyak nyawa yang menjadi korban wabak ini. Jadi, janganlah kita ambil mudah lagi akan wabak ini. Ia perkara benar dan serius. Patuhilah SOP yang telah digariskan dengan sebaiknya.

Jangan lupa juga untuk menuruti segala saranan kerajaan seperti mendapatkan vaksin sesegera mungkin dan paling jangan dilupakan adalah untuk sentiasa memohon doa supaya kita semua dilindungi daripada wabak ini dan semuanya kembali seperti biasa.

 

SUMBER : Akses Info, INSTAGRAM KALTIMPOST

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34