[VIDEO] Detik Rakaman CCTV  Cubaan Rider Meragut Wanita Tapi Gagal. Mujur Auntie Tu Pegang Handbag Kuat Dan Ada Pertolongan Orang Awam!

0 1,143

Dalam situasi negara yang sedang tenat berdepan dan berperang dengan wabak Covid-19 ini, pastinya ramai yang terkesan teruk dari segi ekonomi. Sebab itulah ramai yang menyuarakan kebimbangan saat banyak sektor yang terpaksa ditutup.

Hal ini kerana saat ramai yang kehilangan pekerjaan, berkemungkinan besar untuk mereka juga menjadi sangat terdesak sehingga sanggup untuk mengambil pendekatan yang kurang rasional seperti melakukan jenayah.

Perkara ini tidak mustahil kerana dalam keadaan yang memaksa, sesiapa sahaja sanggup untuk melakukan apa-apa sahaja demi meneruskan kehidupan. Begitulah apa yang telah berjaya dirakamkan menerusi CCTV di Selayang ini.

 

CUBAAN MERAGUT GAGAL

Dalam kejadian yang berlaku di Taman Selayang Makmur itu, rakaman CCTV tersebut telah menjadi tular dimana ia melibatkan seorang wanita dan juga seorang rider Lalamove.

Semuanya bermula saat wanita tersebut yang berada di kawasan parking ingin membantu ahli keluarganya berkerusi roda untuk masuk ke dalam kereta. Pada ketika itu, kelihatan seorang rider Lalamove berada berdekatan.

Saat dia menghampiri wanita tersebut, dengan pantas dia cuba untuk meragut beg tangan yang sedang dipakai oleh wanita itu. Namun, mujurlah wanita itu juga memegangnya dengan kuat.

 

VIDEO : 

 

SEORANG LELAKI CUBA MENGEJAR

Pergelutan mereka berlangsung tidak lama kerana kemudiaannya datang seorang lelaki yang sedar akan kejadian tersebut untuk membantu mangsa. Sebaik sahaja rider berkenaan tersedar ada orang lain menghampiri, dia segera melarikan diri.

Mujurlah tiada apa-apa yang berlaku pada mangsa dan tindakan rider berkenaan juga tidak berjaya. Namun, itulah realiti dan situasi terkini yang sedang dialami oleh masyarakat kita.

 

WARGANET BENGANG DENGAN APA YANG BERLAKU

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berasa marah dan bengang dengan apa yang berlaku. Bagi mereka, tindakan lelaki berkenaan telah mencemarkan nama rider dan juga nama syarikat dia bekerja.

 

BACA JUGA :  [VIDEO] “Dapat Daging Korban Tu Terus Dia Panaskan Dalam Kuali. Suap Adik-Adik Dia Makan” Selepas Ibu Meninggal Keguguran, Kanak-Kanak Ini Galas Tugas Ibu Buat Adik-Adiknya Yang Kecil

 

Tidak kurang juga yang menyatakan punca mereka tidak memakai barang kemas lagi saat di luar. Mungkin kerana bimbang akan menjadi mangsa jenayah oleh mereka berniat jahat.

Ramai juga yang mengharapkan agar dapat dikesan nombor pendaftaran motosikal lelaki berkenaan atau pihak Lalamove sendiri dapat melakukan pemeriksaan supaya suspek dapat ditangkap. Hal ini kerana ia akan menjadi pengajaran buat rider lain untuk tidak bertindak sewenang-wenangnya.

Tidaklah kami mengatakan bahawa segala SOP dan banyak industri yang lumpuh akibat pandemik ini menjadi punca kepada berlakunya kes jenayah. Hal ini kerana kejadian ragut ini sudah lama berlaku. Namun, kami tidak nafikan tekanan yang ada sekarang ini turut mampu untuk menjadi punca.

Sama-samalah kita membantu negara untuk segera memulihkan keadaan seperti biasa. Patuhi SOP dan patuhilah arahan kerajaan untuk segera mendapatkan vaksinasi.

 

SUMBER : Akses Info, INSTAGRAM @asalgombak

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34