[VIDEO] “Jatuh Je Dari Motor Tu, Terus Dia Bangun Protect Anak Dia” Tindakan Ibu Lindungi Anak Daripada Ribut Kuat Ni Undang Sebak Orang Ramai. Van Sebelah Pun Terbalik!
Terdapat beberapa negara di dunia sekarang ini yang sedang ditimpa musibah dalam bentuk bencana alam selain daripada wabak pandemik yang telah mengorbankan terlalu banyak nyawa.
Ada negara yang berlakunya pemanasan global sehingga suhu naik melampau. Ada juga negara yang sedang ditimpa ribut, hujan lebat, banjir dan cuaca yang tidak menentu.
Menerusi sebuah perkongsian video melalui South China Morning Post, ia pasti akan membuatkan semua mata yang menontonnya berasa sangat sebak. Kasih dan pengorbanan seorang ibu pastinya tiada ganti.
SKUTER TERBALIK AKIBAT RIBUT
Dalam perkongsian video tersebut, kejadian yang berlaku di China ini telah membuktikan bahawa kasih dan sayang seorang ibu pastinya tiada tandingan di dunia ini.
Kejadian bermula saat si ibu dan anak ini sedang menunggang sebuah skuter di jalan raya. Ribut kencang yang melanda pada ketika itu telah menyebabkan mereka berdua terbalik di tepi jalan raya.
Namun, si ibu pantas menggagahkan diri untuk bangun semula demi anak tercinta. Dalam keadaan ribut yang semakin mengganas, si ibu menggunakan badannya untuk melindungi si anak.
Kasih dan pengorbanan si ibu dalam video tersebut pada ketika itu benar-benar membuka mata warganet akan apa yang sanggup dilakukan oleh seorang ibu. Dia sanggup untuk meletakkan nyawanya untuk melindungi anak tercinta.
Dalam video yang tular itu, jelas kelihatan betapa teruknya ribut pada ketika itu. Ada beberapa kenderaan lain yang turut dibawa oleh ribut berkenaan. Banyak pokok-pokok yang tumbang jelas menunjukkan juga betapa kuatnya ribut pada ketika itu.
Si ibu tersebut sedaya upaya cuba untuk bertahan dengan berpaut pada tiang lampu berhampiran. Begitulah kasih seorang ibu. Tidak pasti apa akhirnya yang berlaku namun menurut sumber, si ibu mengalami kecederaan pada bahagian muka dan tangannya disebabkan oleh terjatuh dan juga objek-objek yang berterbangan di udara.
VIDEO :
WARGANET KAGUM DAN SEBAK
Menjengah ke ruangan komen hasil perkongsian daripada beberapa sumber, ramai warganet yang berasa sangat sebak dan dalam masa yang sama sangat kagum dengan pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu.
Hanya ibu sahaja yang mampu untuk menjadi individu sedemikian yang tidak kisah akan nyawanya sendiri asalkan anaknya selamat.
Sekalipun ibu kita tidak pernah menahan diri dan melindungi kita daripada ribut, tidak bermaksud kasih dan sayangnya kurang daripada si ibu di dalam video ini. Banyak sebenarnya pengorbanan secara senyap yang dilakukan tanpa pengetahuan kita.
Buat kita yang masih mempunyai ibu, hargailah mereka dengan sebaiknya. Layani dan santuni mereka. Buat kita yang sudah kehilangan ibu, titipkanlah doa buat mereka sentiasa.
SUMBER : Akses info, SOUTH CHINA MORNING POST