“Punya Seronok Dapat Anak Perempuan, Dia Mesej Semua Orang” Tak Sempat Tengok, Peluk, Cium Dan Susukan Anak Pun. 4 Hari Selepas Bersalin, Dia Pergi Dijemput Ilahi Akibat Kritikal C0vid-19

0 1,227

Wabak Covid-19 ini semakin lama semakin tidak menunjukkan tanda-tanda akan berlakunya penurunan. Kes harian setakat ini mencatatkan purata lebih daripada 10 ribu kes sehari.

Apa yang ada sebagai harapan kita setakat ini adalah Program Vaksinasi Kebangsaan yang sedang giat dijalankan bagi memberikan tahap imuniti yang sepatutnya kepada seluruh rakyat Malaysia.

Selain itu, harapan kita juga bergantung sepenuhnya kepada seluruh rakyat Malaysia untuk kekal mematuhi segala SOP yang telah digariskan oleh kerajaan. Itu sahajalah apa yang boleh diharapkan selain daripada berdoa kepada Yang Maha Kuasa.

 

IBU MUDA MAUT AKIBAT COVID-19

Antara kisah yang paling kita kerap dengar adalah kematian ahli keluarga tersayang akibat daripada wabak ini. Terbaru, kes melaporkan mengenai seorang ibu muda, Puan Hasnita yang maut akibat wabak ini.

Arwah telah meninggal dunia di Hospital Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Saat mengetahui kisah di sebalik kehidupan ibu muda ini, pastinya akan mengundang sebak kepada semua.

Arwah meninggal dunia selepas baru sahaja melahirkan anaknya yang keempat. Anak keempat ini sangat istimewa kerana ia merupakan harapan dan impian arwah dan pasangan untuk sekian lamanya.

Hal ini kerana anak keempat arwah ini merupakan anak perempuan. Ketiga-tiga anak arwah sebelum ini semuanya adalah lelaki. Jadi, arwah dan pasangan sudah lama mengharapkan agar ada anak perempuan pula dalam keluarga mereka.

 

TAK SEMPAT MENATAP, MEMELUK, MENCIUM DAN MENYUSUKAN

Menurut sumber, selepas melahirkan anak bongsunya itu, arwah langsung tidak berkesempatan untuk menatap anaknya itu. Apatah lagi untuk memeluk, mencium dan menyusukan anaknya.

Sebak saat mengetahui semua ini. Namun apakan daya kerana takdir Yang Maha Esa mengatasi segala-galanya. Arwah tidak sempat untuk melihat anak bongsunya ini membesar. Begitu juga buat si anak, tidak sempat untuk merasa kasih dan sayang seorang ibu.

SERONOK SEBELUM KRITIKAL

Tambahnya lagi, arwah juga dikatakan terlalu teruja saat mengetahui bahawa dia sudah mendapat seorang anak perempuan untuk menjadi ‘geng’ dan telah menghantar mesej kepada saudara-maranya untuk berkongsi keterujaan tersebut.

 

BACA JUGA : [VIDEO] “Serious Air Tu Laju! Mujur Ada Yang Bantu Tarik Naik Atas”  Seram Tengok Dalam Train Penuh Air, Banjir Besar Melanda China. Sekurang-Kurangnya 3 M4ut Dan Ada Yang Hilang!

 

WARGANET TURUT SEBAK

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut bersimpati dan berasa sebak dengan apa yang telah menimpa Puan Hasnita. Rata-rata mereka menitipkan doa dan sedekahkan al-fatihah buat dirinya.

Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka turut disahkan positif Covid-19 saat hamil. Namun, mereka bernasib baik kerana semuanya selamat dan mereka juga selamat bersalin.

Sama-samalah kita semua sedekahkan al-fatihah buat arwah dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

 

SUMBER : Akses Info,  FB PENANG KINI

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34