[VIDEO] “Dapat Daging Korban Tu Terus Dia Panaskan Dalam Kuali. Suap Adik-Adik Dia Makan” Selepas Ibu Meninggal Keguguran, Kanak-Kanak Ini Galas Tugas Ibu Buat Adik-Adiknya Yang Kecil

0 21,126

Siapa sangka di saat kanak-kanak seusia sedang seronok bermain dan tidak perlu untuk sibuk memikirkan mengenai masalah keluarga, namun tidak bagi diri seorang kanak-kanak perempuan ini.

Namun, kesusahan hidup tidak menghalang kanak-kanak perempuan ini untuk terus kekal mengukir senyuman di wajahnya. Dia juga sedikit pun tidak kelihatan terbeban dengan tanggungjawab yang perlu digalasnya itu.

Dalam usia yang masih muda, dialah tempat adik-adik menumpang kasih dan bermanja. Semuanya disebabkan oleh suratan takdir daripada Yang Maha Esa dimana dia dan keluarga telah kehilangan ibu tercinta.

 

IBU MENINGGAL KEGUGURAN

Semuanya bermula selepas ibu tercinta meninggal dunia akibat keguguran. Bermula dari saat itu, dialah yang mengambil alih tanggung jawab seorang ibu untuk menjaga adik-adiknya.

Namun, ternyata dirinya sangat matang dalam menangani dan menghadapi ujian yang cukup berat buat keluarganya itu. Kisah keluarga ini telah dikongsikan oleh seorang aktivis terkenal menerusi akaun Tiktok @salwanaidin. 

Menerusi video yang dikongsikan oleh Salwa Naidin itu, video pertama menunjukkan keterujaan keluarga berkenaan saat menerima agihan pek daging korban sempena Hari Raya Aidil Adha baru-baru ini.

Jelas terpancar kegembiraan pada wajah si kakak dimana dia kemudiannya segera untuk memasak daging tersebut. Sebaik sahaja masak, dia terus menyuapkan kepada adik-adiknya yang masih kecil.

Turut terpancar sisi kasih dan sayang seorang kakak terhadap adik-adiknya saat dia menyuapkan adik-adiknya itu. Terus berasa sebak saat melihat situasi tersebut. Pastinya sukar untuk ditahan air mata.

 

VIDEO :

 

MASIH MEMPUNYAI AYAH

Mereka masih beruntung kerana masih mempunyai seorang bapa yang penyayang. Namun, demi meneruskan kehidupan, bapa mereka perlu berusaha keras untuk mencari pendapatan dengan bekerja sebagai seorang nelayan.

Mereka juga sangat beruntung kerana masih mempunyai ibu saudara yang sudi untuk menjaga mereka sementara si bapa turun ke laut. Keluarga ini juga sangat beruntung kerana mempunyai si kakak yang sangat matang dan tidak kisah untuk menjaga ahli keluarga yang lain.

 

VIDEO :

 

WARGANET TURUT BERSIMPATI

Menjengah ke ruangan komen, ramai sebenarnya yang berasa simpati akan nasib yang menimpa keluarga ini. Namun, mereka juga berasa kagum terhadap si kakak kerana cekal, tabah dan matang dalam menghadapi ujian ini.

Ramai juga yang ingin untuk mengambil anak-anak ini untuk membantu mereka mendapatkan pendidikan yang secukupnya.

 

BACA JUGA : [VIDEO] “Buat Asam Keping Sendiri, Buah Tu Siap Timbang Sebab Nak Berlaku Adil” Dah Lama Tak Dapat Jumpa, Bapa Ini Usaha Bungkus Buah-Buahan Hantar Kepada Anak-Anak Dan Cucu Yang Jauh

 

Namun, ada juga yang menegah daripada memisahkan adik beradik ini. Lebih baik mereka bersama dan jika ada yang ingin menjaga mereka, cukuplah sekadar memberikan bantuan yang sewajarnya.

Buat anda yang berkemampuan dan ingin membantu, boleh terus ke akaun Tiktok Salwa Naidin kerana dia ada berkongsi info lanjut untuk membantu. Semoga setiap sumbangan kita mampu untuk memberikan harapan yang lebih besar kepada keluarga ini. 

Sama-samalah kita doakan agar keluarga ini diberikan rezeki yang lebih melimpah ruah dan kebahagiaan buat selama-lamanya.

 

SUMBER : Akses Info, TIKTOK @salwanaidin 

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34