“Kalau Nama Ni Sama Dengan IC Kamu, Tolong DM Abang. Mama Dah Meninggal” 15 Tahun Terpis4h Dengan Adik Kandung, Tak Sangka 5 Jam Lepas Tular Di Tiktok Akhirnya Berjaya Jumpa!
Bagi sesetengah keluarga, ada kalanya mereka mengalami dan mempunyai kesukaran mereka yang tersendiri sehinggakan terpaksa untuk mereka berpis4h. Ada yang berpis4h ibu bapa. Ada juga yang berpis4h adik beradik.
Bagi sesetengah keluarga, ada adik beradik yang terpaksa berpis4h mungkin disebabkan oleh ibu bapa yang tidak mampu untuk menjaga mereka semua pada ketika itu.
Beruntungnya kita di Malaysia ini adalah ramai yang sudi untuk membantu menjaga dan memberikan ruang untuk menumpang kasih kepada mereka yang kurang bernasib baik ini.
MEMUAT NAIK PENCARIAN MENERUSI TIKTOK
Itulah apa yang berlaku kepada Muhammad Amirul Hafiq Jefarmi, 19, yang berjaya bertemu semula dengan adik kandungnya selepas 15 tahun terpis4h. Amirul yang tinggal di Kuala Kangsar bersama-sama keluarga angkatnya telah memuat naik pencarian adik kandungnya di aplikasi Tiktok.
Adiknya, Muhammad Haziq Iskandar Jefarmi, 15, juga dijaga oleh keluarga angkat semenjak kecil lagi. Amirul yang mempunyai empat adik beradik kandung dan tiga daripada mereka dijaga oleh keluarga angkat sejak dari kecil lagi.
“Hanya Muhammad Haziq Ikhwan iaitu kembar kepada Muhammad Haziq Iskandar saja yang dijaga ibu kandung. Adik-beradik lain saling mengenali dan pernah berhubung antara satu sama lain walaupun tinggal di daerah berbeza di Perak kecuali Muhammad Haziq Iskandar.”
“Tidak sangka perkongsian itu mendapat perhatian sehingga saya boleh menemukannya hanya dalam masa kurang lima jam selepas ia tular,” katanya ketika dihubungi.
IBU BARU SAHAJA MENINGGAL DUNIA
Perkongsian pencarian itu turut membawa khabar dvka di mana ibu kandung mereka, Norita Saad, telah meninggal dunia pada 16 Julai yang lalu. Selepas 5 jam tular, Amirul telah dihubungi Haziq Iskandar menerusi medium Instagram.
Pihak keluarga angkat Haziq Iskandar juga ada menghubunginya selepas itu untuk memberikan penjelasan sebenarnya mengenai apa yang berlaku sehingga mereka semua terputvs hubungan.
Menurut mereka, mereka telah kehilangan semua nombor telefon yang berada dalam simpanan mereka selepas mereka berpindah ke Raub, Pahang. Mereka juga pernah ke rumah lama ibu kandung namun tidak dapat bertemu kerana kawasan tersebut telah menjadi kawasan tapak pembinaan.
VIDEO :
HARAP MASYARAKAT TIDAK MEMANDANG SER0NG ARWAH IBU
Amirul juga sempat meminta jasa baik orang ramai supaya tidak memandang ser0ng atau membuat sebarang spekvlasi mengenai arwah ibunya seperti menganggap arwah sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab.
Katanya, arwah ibu terpaksa untuk bertindak sedemikian kerana pada ketika itu keluarga mereka sangat susah. Jalan terbaik adalah memberikan hak penjagaan anak-anak kepada orang lain.
VIDEO :
“Malah, nama keempat-empat beradik semua tertulis dalam setiap wasiat arwah (ibu kandungnya) yang mana tidak pernah melupakan kami,” katanya.
TIDAK BERASA SEDIH DAN FAHAM SITUASI ARWAH IBU
Dia juga turut menegaskan bahawa dia langsung tidak terasa dengan tindakan arwah ibunya kerana dia faham akan situasi yang berlaku pada ketika itu dan kesusahan yang dialami arwah.
“Cuma saya agak sedih sebab ada rancang untuk buat mama (ibu kandungnya) bahagia tetapi arwah pergi dulu. Sekarang semua dah rapat dan ada ‘Whatsapp Group Family’ termasuk ayah kandung dan adik beradik lain.
“Apabila rentas negeri dibenarkan, perancangan kami untuk berjumpa semula dan sama-sama ziarah kubur ibu kandung kami,” katanya.
WARGANET TURUT SEBAK
Menjengah ke ruangan komen, ramai juga yang berasa sangat sebak akan pemergian arwah.
Namun, mereka turut bersyukur kerana adik beradik mereka dapat berhubung semula.
Sama-samalah kita doakan agar mereka yang turut menerima nasib yang sama seperti ini diberikan kemudahan oleh Allah S.W.T untuk kembali bersatu. Jangan pula kita memandang serong akan tindakan daripada orang lain yang terpaksa memberikan hak penjagaan anak-anak kepada orang lain. Mungkin mereka ada kesukaran mereka yang tersendiri.
SUMBER : Akses Info, HARIAN METRO & TIKTOK @deadly.heart33