“Cara Tuang Dalam Kuali Tu Pun Dah Macam Mak-Mak” Umur Baru Setahun Tapi Dah Macam Orang Besar, Video Amsyar Masak, Kemas Rumah Cuit Tawa Orang Ramai
Mempunyai rezeki beroleh anak pastinya menjadi impian semua pasangan yang berkahwin. Bayangkan betapa bahagianya perasaan pada ketika itu selepas 9 bulan mengandungkan zuriat.
Apa yang lebih menyeronokkan adalah sewaktu melihat mereka membesar di depan mata. Setiap proses pembesaran mereka pastinya sangat mengujakan buat mana-mana ibu bapa.
Daripada boleh meniarap sehinggalah boleh berjalan, bersambung pula dengan kemahiran-kemahiran baru yang mereka perolehi, lebih membuatkan kita menjadi semakin teruja untuk membuatkan mereka menguasai lebih banyak lagi kemahiran.
ANAK SETAHUN DAH RAJIN DI DAPUR
Itu jugalah apa yang mengujakan seorang ibu ini yang dikenali sebagai Puan Amanda. Menarik sebenarnya apa yang dikongsikan olehnya menerusi akaun Tiktok miliknya, @eizy_amanda.
Walaupun baru sahaja berusia 1 tahun 9 bulan, anak tersebut kelihatan sangat hebat dan sepertinya sangat cekap untuk beraksi di dapur. Gelagat comel anak tersebut telah meraih lebih daripada 1.4 Juta tontonan di medium Tiktok.
Ramai sebenarnya yang berasa kagum malah ada juga yang terkejut kerana anaknya yang mesra disapa Amsyar itu turut pandai melakukan beberapa perkara lain yang jarang dilakukan dengan baik oleh kanak-kanak seusianya.
VIDEO :
Dah tengok video di atas? Memang sempoi habis kan adik Amsyar ni. Gayanya memang nampak macam gaya emak-emak di dapur. Cekap sahaja dia menuang dan memasukkan segala bahan ke dalam kuali.
TURUT PANDAI LAKUKAN KERJA RUMAH
Kalau tadi memasak sahaja dah mampu untuk buatkan anda berasa kagum, macam mana pula kalau adik Amsyar ini turut pandai melakukan kerja-kerja rumah yang lain juga?
Dia pandai menyapu rumah dan mengemas semula permainan selepas dia selesai bermain. Bukan itu sahaja ye. Adik Amsyar turut diberikan izin oleh ibunya untuk membasuh piring dan cawan di sinki.
VIDEO :
Apapun memang kemahiran memasak adik Amsyar yang menjadi tumpuan ramai. Ibunya juga ada berkongsi beberapa lagi video lain yang menunjukkan adik Amsyar menggunakan blender untuk mengisar bahan-bahan masakan, memasak nasi dan beberapa lagi aktiviti lain.
Pelik juga macam mana kanak-kanak semuda itu mampu untuk melakukan kerja-kerja berkenaan dengan penuh tertib. Tak sabar pula nak tengok perkembangan adik Amsyar di kemudian hari. Done follow ibu adik Amsyar di Tiktok.
WARGANET KAGUM
Kan dah cakap tadi ramai yang kagum dengan adik Amsyar. Banyak komen di Tiktok yang sangat menarik juga untuk dibaca.
“Jangan bagi mak saya tengok video ni..”
Ada yang sempat berseloroh dan berharap agar ibunya tidak melihat video ini. Jika tidak teruk dia dibandingkan dengan adik Amsyar.
Menurut ibunya, Amsyar tidak diajar pun untuk melakukan segala aktiviti tersebut. Dia hanya diberikan arahan untuk masukkan sekian-sekian bahan dan dia lakukan dengan penuh hemah. Mungkin juga dia banyak memerhati apa yang ibunya lakukan.
Ada juga yang mengatakan bahawa Amsyar ada bakat untuk menjadi chef apabila besar nanti melihatkan gayanya yang sangat santai dan bersahaja ketika memasak.
Ia juga sebenarnya salah satu daripada cara terbaik untuk membina kemahiran dan keyakinan anak-anak.
Apapun, melihatkan gaya Amsyar, in shaa Allah dia akan menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab di kemudian hari. Sama-samalah kita jadikan apa yang Amsyar lakukan bersama ibunya ini sebagai aktiviti kita juga nanti bersama-sama dengan anak-anak.
SUMBER : Akses Info, TIKTOK @eizy_amanda