Tak Jadi Top Up Game, Anak Kecil Ini Pulangkan Duit Ibu. Rupanya Minta Ibu Belikan Jamuan Untuk Hantar Pada Masjid. SubhanAllah!
Setuju tak bagi anda yang ada anak-anak kecil atau adik kecil, kanak-kanak ni sebenarnya ada masa tak dengar semua apa yang kita cakap tapi tak akan pernah gagal untuk tiru apa yang kita buat.
Sebab itulah orang dulu-dulu selalu pesan slot online kepada para ibu bapa supaya menjaga tingkah laku dan percakapan kerana anak-anak sangat mudah untuk mengikutnya. Jadi, sentiasalah cakap dan buat yang baik-baik sahaja.
Pasti anak anda akan mengikutnya juga. Itulah apa yang berlaku dan dikongsikan oleh seorang ibu ini mengenai anaknya. Dalam kejadian yang berlaku di Jakarta ini, anda pastinya akan turut tersentuh.
BATALKAN NIAT TAMBAH NILAI GAME
Menurut ibunya, Mia Octavia, anaknya itu, Richie Desviano yang berusia 9 tahun yang berasal dari Mojokerto, Jawa Timur, Indonesia itu telah mendapat sedikit wang daripadanya untuk menambah nilai permainan video.
Jumlah yang diterima agak banyak sebenarnya bagi seorang kanak-kanak seusianya iaitu 50 ribu rupiah. Jika dikira dalam Ringgit Malaysia, ia adalah sekitar RM15. Sekalipun Mia memberikan Richie wang tersebut, dia sempat juga menitipkan nasihat buat anaknya itu.
Katanya, lebih baik jika wang tersebut digunakan untuk membeli makanan. Dia sendiri tidak menyangka bahawa anaknya itu menerima pesanannnya dengan hati terbuka dan memilih untuk menurutinya.
KEMBALIKAN WANG UNTUK BELI MAKANAN BUAT JEMAAH MASJID
Menariknya, Richie mengembalikan wang joker123 tersebut kepada Mia dan memintanya untuk membelikan makanan buat jemaah masjid. Video Richie berkongsi rezeki dengan jemaah masjid itulah yang menjadi tular selepas Mia memuat naik video tersebut di Tiktok.
Perkongsian video tersebut telah https://www.toastwhittierca.com/ mendapat lebih daripada 800 ribu tontonan di Tiktok. Didalam video tersebut, kelihatan Richie sedang bersiap-siap untuk menunaikan solat Jumaat sambil dibantu Mia.
Apa yang lebih menarik adalah, tubuh kecil Richie yang membawa beberapa bungkusan kuih untuk diberikan kepada para jemaah masjid dengan duit yang tidak jadi digunakannya untuk permainan video.
DARI KECIL MENGAJAR RICHIE BERKONGSI REZEKI
“Selepas pulang dari sekolah, dia kembalikan wang itu kerana mahu gunakan untuk membeli makanan buat jemaah di masjid yang terletak di hadapan rumah,” katanya.
Menurut Mia, dia telah membesarkan Richie seorang diri, sejak anaknya itu berusia dua tahun lagi. Dia juga selalu menerapkan nilai supaya anaknya itu rajin untuk berkongsi rezeki sejak dari kecil lagi.
“Saya ibu tunggal sejak anak berusia dua tahun dan sudah mendidiknya untuk tidak berkira.”
WARGANET KAGUM
Menjengah ke ruangan komen, ramai sebenarnya yang turut kagum dengan didikan Mia dan juga keperibadian Richie.
Sama-samalah kita jadikan tindakan pasangan ibu dan anak ini sebagai inspirasi untuk kita juga menunjukkan contoh tauladan yang terbaik buat anak-anak kita. Semoga generasi akan datang menjadi generasi yang penuh dengan sifat dan akhlak mulia.
SUMBER : Akses Info, TIKTOK @miaoctavia1