“Anak Dia Kecik, Hisap Puting Lagi. Dah lah Tengah Panas Macam Ni” Tumpangkan Lelaki Tolak Motor Rosak Tengah Panas Bersama Anak Kecil, Dua Pemuda Hulurkan Bantuan Dipuji Ramai

0 9,509

Rakyat Malaysia memang sangat terkenal dengan kemurahan dan keikhlasan hati untuk membantu orang lain di dalam kesusahan. Jika tidak mampu untuk berikan bantuan besar, pastinya sekecil-kecil bantuan akan tetap dihulurkan.

Begitulah apa yang berlaku baru-baru ini menerusi sebuah video yang telah tular di laman Facebook. Tindakan murni seorang lelaki pemandu kenderaan jenis pacuan empat roda itu telah mengundang pujian warganet.

Perkongsian tersebut telah dikongsikan menerusi akaun Facebook Ku Nazrey pada 18 Julai yang lalu dan telah meraih lebih daripada 1.3 ribu tanda suka dan lebih daripada 100 komen dan juga perkongsian semula.

 

TOLAK MOTOSIKAL ROSAK DI TENGAH PANAS

Menerusi perkongsian video yang berdurasi selama 23 saat itu, kelihatan seorang lelaki yang sedang menolak motosikalnya dalam keadaan cuaca yang sangat panas. Pada mulanya Ku Nazrey dan rakannya melewati lelaki berkenaan.

Namun, mereka kemudiannya telah mengambil keputusan untuk berhenti dan menghulurkan bantuan kepada lelaki tersebut. Apa yang lebih menyedihkan adalah ketika itu lelaki berkenaan bersama-sama dengan seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai anaknya.

Anaknya itu diletakkan di dalam bakul motosikal sementara dia menolak motosikal tersebut. Tidak dapat dipastikan apa sebenarnya yang berlaku terhadap motosikal lelaki berkenaan.

 

BAWA MOTOSIKAL NAIK KERETA

Kebetulan pada ketika itu Ku Nazrey membawa kenderaan jenis pacuan empat roda jadi lebih mudah untuk dia membantu. Dia kemudiannya membantu untuk membawa naik motosikal tersebut ke bahagian belakang kenderaan.

Lelaki berkenaan dan anaknya turut sama naik untuk duduk di bahagian belakang. Saat terakam wajah si anak yang masih menghisap puting, terus timbul rasa kasihan pada lelaki dan anak tersebut kerana terpaksa bersusah dalam keadaan panas sebegitu.

Sekalipun pertolongan tersebut bukanlah pertolongan yang gah dan kelihatan biasa pada pandangan orang lain, namun tiada siapa yang tahu betapa besarnya pertolongan tersebut kepada lelaki berkenaan dalam situasi sedemikian.

Bayangkan bagaimana jika rumah atau bengkel masih lagi jauh? Pastinya bantuan sebegini sangat-sangat diperlukan dan dihargai oleh mereka yang memerlukan. Lelaki tersebut dan anaknya telah dihantar pulang ke rumah oleh Ku Nazrey.

Kejadian tersebut dipercayai telah berlaku di sebuah kawasan di sekitar Nibong Tebal, Pulau Pinang. Ia juga telah dikongsi oleh banyak akaun media viral di Facebook sehinggakan mendapat ribuan tontonan dan juga perkongsian.

 

VIDEO :

 

WARGANET TURUT MEMUJI

Ramai yang mengatakan bahawa sikap sebeginilah yang harus dicontohi oleh semua rakyat Malaysia. Bantuan harus diberikan tanpa perlu untuk mengira bangsa dan agama.

 

BACA JUGA : Terjumpa Unta Terbaring Hampir Pengsan Di Tepi Jalan, Tindakan Lelaki Ini Beri Unta Minum Air, Undang Pujian Ramai. Suhu Cuaca Cecah 60’C Panasnya!

 

Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah melalui kejadian yang sama seperti lelaki tersebut.

Tidak kurang juga yang mendoakan kebaikan buat Ku Nazrey kerana sudi untuk membantu.

Sama-samalah kita jadikan perkongsian ini sebagai inspirasi buat kita semua untuk terus membantu mereka yang memerlukan.

 

SUMBER : Akses Info, FB KU NAZREY

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34