“Kepala Ular Tu Dah Kembang, Tunggu Nak Terkam Je” Halang Daripada masuk Rumah Tuannya, Kucing Ni Setia Duduk Depan Ular Selama 30 Minit Sebelum Bantuan Tiba!

0 1,000

Musim-musim panas seperti apa yang dilalui sekarang ini, memang menjadi musim dimana beberapa haiwan akan keluar daripada sarang mereka sendiri untuk pergi ke kawasan yang lebih sejuk.

Sebelum ini, banyak dikongsikan kejadian di Malaysia sahaja. Namun rupa-rupanya banyak lagi kejadian yang sama yang turut berlaku di luar negara sehingga menjadi tular ke seluruh dunia.

Ramai orang yang berkongsi tips untuk mengelakkan ular daripada memasuki rumah. Antaranya adalah dengan membela kucing. Ada yang menafikan perkara tersebut. Namun, mungkin ramai yang akan berubah fikiran selepas melihat gambar-gambar yang tular ini.

 

KUCING HALANG ULAR TEDUNG MASUK RUMAH

Baru-baru ini tular menerusi sebuah akaun Twitter ANI dimana mereka telah berkongsi beberapa keping gambar mengenai seekor kucing yang berdiri di hadapan seekor ular tedung untuk menghalangnya daripada masuk ke rumah.

Boleh tahan lama juga situasi tersebut berlarutan. Menurut sumber, situasi tersebut berlarutan selama 30 minit sehinggalah pasukan penyelamat tiba untuk menangkap ular tersebut.

Dalam kejadian di Bhubaneswar, India itu, ternyata kucing tersebut telah membuatkan pemiliknya bangga kerana berjaya mengelakkan tragedi daripada berlaku kepada penghuni rumah berkenaan.

Sedikit pun dia tidak berganjak sekalipun diancam oleh ular tersebut. Memang hebat sebenarnya kucing ini dan tidak sia-sia jugalah pemiliknya mengambilnya sebagai haiwan peliharaan.

Nasib kucing ini dan penghuni rumah berkenaan agak selamat kerana banyak juga kes dimana kucing yang kehilangan nyawa selepas dipatuk oleh ular yang datang tanpa diundang dan secara tiba-tiba ini.

Menurut salah seorang penghuni rumah tersebut, Sampath K Parida, dia mengatakan bahawa kucing mereka itu baru sahaja berusia satu tahun setengah. Kucing tersebut telah tinggal bersama-sama dengan mereka bagaikan sebuah keluarga.

 

WARGANET TURUT BERKONGSI CERITA

Menerusi laman Facebook Himpunan Cerita Lawak yang turut berkongsi kisah ini, ramai juga dalam kalangan warganet yang berkongsi kisah dan pengalaman mereka sendiri yang melibatkan kucing ini.

Ada juga yang sempat berseloroh bertanyakan kucingnya yang manja-manja mampu ke nak menangkap ular?

 

“Kucing bagi hint..”

Tidak kurang juga yang berkongsi kisah kejadian yang baru sahaja berlaku kepada mereka dimana kucing mereka berikan isyarat bahawa ada sesuatu di rumah mereka.

 

BACA JUGA : “Boleh Tak Perasan Anak Hanyut Di Tengah Laut. Mujur Lah Dia Tak Jatuh Dalam Air” Nampak Pelampung Di Tengah Laut, Pasukan Penyelamat Selamatkan Kanak-Kanak 1 Tahun Hanyut!

 

Benarlah bahawa kucing mampu untuk menjadi pelindung kita dalam keadaan yang tidak disangka-sangka jika kita benar-benar ikhlas menjaga dan memeliharanya. 

Allah pasti akan hadirkan bantuan menerusi makhluk-Nya. Jadi, pengharapan kita bukanlah terhadap kucing. Betulkan pandangan kita terlebih dahulu. Membela kucing atau anjing bukanlah jaminan bahawa kita akan selamat seandainya kita tidak yakin dengan Yang Maha Esa.

 

SUMBER : Akses Info, TWITTER ANI & FB HIMPUNAN CERITA LAWAK

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34