“Kadang-Kadang Customer Pun Berkerut Dahi Nak Faham” Tutur Kata Tak Jelas, Tangan Sekali Sekala Mengerekot, Lelaki OKU Ini Tetap Gigih Berniaga Sara Ibu Tua Dan 2 Orang Adik!

0 548

Masa sekarang ini, agak sukar sebenarnya untuk kebanyakan rakyat Malaysia. Sejak pandemik Covi-19 berlaku, banyak arahan dan sekatan yang terpaksa dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangkan penularan wabak ini.

Disebabkan oleh hal ini, ramai juga yang tidak dapat keluar untuk bekerja seperti biasa. Ada yang telah dibuang kerja. Ada yang benar-benar ingin bekerja, namun tidak dapat. Tapi tak kurang juga yang mampu untuk bekerja namun terlalu memilih.

Bab memilih ini bukan sahaja berlaku semasa pandemik. Sebelum pandemik pun sudah kerap sangat berlaku. Mungkin kisah seorang lelaki yang bergelar orang kelainan upaya (OKU) ini akan menginsafkan kita semua.

 

GIGIH MENCARI REZEKI

Jika melihatkan dirinya, dia mempunyai lebih banyak sebab dan alasan untuk tidak bekerja dengan gigih. Dia mengalami kesukaran untuk bertutur sehinggakan ada pelanggan yang berkerut dahi untuk memahami tutur katanya.

Selain itu, pergerakannya juga agak terbatas kerana dia terpaksa untuk berjalan terhencot-hencot. Manakala, kedua-dua belah tangannya pula sekali sekala akan mengerekot.

Namun, ia sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk melayan pelanggan yang datang berkunjung ke kedai kecilnya yang terletak di pasar Chabang Empat, Tumpat, Kelantan.

Pemilik nama Ismail Ilias ini telah berusia 49 tahun namun dia tidak pernah letih atau berputus asa untuk meneruskan kelangsungan hidup bagi menyara ibunya yang sudah tua bersama-sama dua orang adiknya.

 

SEWA LOT KEDAI RM1 SEHARI SEJAK 11 TAHUN LALU

Menurut Ismail, dia telah menyewa lot kedai di pasar berkenaan sejak dari 11 tahun yang lalu lagi. Kadar yang disewanya pula adalah RM1 sehari menerusi seorang rakan. Apa yang dijualnya adalah permainan kanak-kanak, sabun, barangan runcit dan juga kad tambah nilai.

“Sebelum ini jualan agak laku juga tapi sekarang orang makin kurang datang ke pasar dan kanak-kanak juga tiada menyebabkan mainan tidak terjual.

“Sekarang paling banyak saya dapat boleh mencecah RM100 sehari dan paling sedikit pula RM20 tapi semua itu saya anggap sebagai rezeki yang perlu disyukuri,” katanya.

 

BERNIAGA DARI PAGI KE PETANG

Kegigihannya wajar untuk dicontohi kita semua yang serba sempurna anggota ini. Bayangkan setiap hari Ismail akan mengayuh basikal roda tiga untuk ke pasar berkenaan bagi berniaga bermula dari jam 7 pagi sehingga 1 petang.

Pada sebelah petangnya pula, dia akan berniaga pula daripada selepas Asar sehingga jam 7 malam untuk menjual makanan ringan termasuklah kek kismis yang dihasilkan oleh adiknya, Nor Asiah Iliah yang berusia sekitar 30-an. Lokasinya pula adalah di hadapan pasar berkenaan.

 

BACA JUGA : Tak Jadi Top Up Game, Anak Kecil Ini Pulangkan Duit Ibu. Rupanya Minta Ibu Belikan Jamuan Untuk Hantar Pada Masjid. SubhanAllah!

 

“Saya perlu kerja kuat untuk menyara hidup terutama selepas kematian ayah tiga tahun lalu selain perlu membayar sewa rumah sebanyak RM400 sebulan.

 

VIDEO :

 

“Adik lelaki lepasan tahfiz hanya mengajar kanak-kanak mengaji al-Quran di rumah manakala adik perempuan pula membuat kek untuk saya jual.. Alhamdulillah, rezeki tetap ada untuk kami asalkan berusaha,” katanya.

 

Kisah sebegini sebenarnya sangat penting untuk kita hayati dan mengambil pengajaran daripadanya. Hal ini kerana dengan melihat orang lain yang lebih susah namun tidak berputus asa akan menjadikan kita lebih terinspirasi untuk berjaya.

 

SUMBER : Akses Info, HARIAN METRO

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34