“8 Ahli Keluarga Positif Termasuk Ibu, Dia Tetap Jaga Sebaiknya.” Tindakan Wanita Peluk Dan Cium Ibu Sebelum Hantar Ke Hospital Undang Sebak Ramai. Sampai Berhenti Kereta Tepi Jalan!
Musim pandemik sekarang ini benar-benar menguji kita semua. Ada yang diuji hebat dari segi ekonomi kerana terputus punca pendapatan dan sebagainya. Ada juga yang diuji kesihatan mereka kerana dijangkiti wabak ini.
Namun, yang paling berat dan paling terkesan adalah yang diuji kasih sayang mereka. Ada yang kehilangan insan tersayang disebabkan oleh wabak ini namun tidak memberikan penghormatan terakhir buat mereka.
Tidak kurang juga yang diuji seperti wanita ini. Ibunya yang sudah uzur disahkan positif C0vid-19. Diuji kasih dan sayangnya samada dia sanggup atau tidak untuk menjaga sekalipun berisiko untuk dijangkiti juga.
PILIH AMBIL RISIKO JAGA IBU UZUR
Namun, demi kasih dan sayang yang tiada bertepi buat ibu tersayang, wanita yang dikenali sebagai Sha ini sanggup mengambil risiko untuk menjaga ibunya. Hal ini kerana ibunya sudah uzur.
Sekalipun sedar dia juga berisiko untuk dijangkiti oleh virus tersebut, dia tetap dengan rela hati dan penuh dengan kasih dan sayang tetap memilih untuk menjaga ibunya. Ahli keluarganya juga sudah ramai yang turut positif.
Menurut sumber lain, disebabkan ibunya merupakan golongan berisiko tinggi dia diminta untuk menghantar ibunya ke Hospital Sungai Buluh bagi mendapatkan rawatan. Namun, di dalam perjalanan tersebut Sha ada berhenti di tepi jalan untuk peluk dan cium ibunya sepuas-puasnya.
Siapa yang tak bimbang, menghantar ibu yang uzur dan dijangkiti covid ini ke Hospital. Bukan sahaja tidak dibenarkan untuk teman, malah dia risau sekiranya itu adalah pelukan dan ciuman terakhir buat ibunya.
8 AHLI KELUARGA POSITIF
Siapa yang tidak risau jika sudah 8 orang dalam kalangan ahli keluarganya yang turut sama positif wabak ini. Menurutnya, kesemua mereka ini telah dijangkiti daripada rakan anak buat mereka yang positif.
Sha telah berkongsikan semua ini menerusi beberapa buah video yang dimuat naik di akaun Tiktok miliknya. Dalam video tersebut juga dia telah menunjukkan bahawa dirinya sedang menjaga ibunya yang uzur dan positif tanpa menggunakan sebarang alat pelindungan diri.
Menurut Sha, semuanya bermula selepas rakan anak buahnya itu datang juga ke tempat mereka walaupun dirinya telah disahkan positif Covid-19. Tindakan itu akhirnya membuatkan mereka yang lain di tempat kerja turut sama dijangkiti.
Anak buahnya itu langsung tidak mengetahui akan keadaan rakan sekerjanya itu. Akhirnya dia menjadi di antara yang terawal yang turut dijangkiti sebelum ia merebak kepada ahli keluarga mereka yang lain.
BAPA MENINGGAL DUNIA
Terlalu ramai sekarang ini yang kehilangan ibu bapa mereka disebabkan oleh wabak Covid-19 ini. Itu jugalah yang berlaku kepada bapa Sha. Bapa dia yang turut positif wabak tersebut akhirnya telah meninggal dunia.
Menurutnya, bapanya itu sebelum ini mempunyai bermacam masalah kesihatan. Jadi, keadaan tersebut memburukkan lagi kesihatan bapanya itu. Dia sempat berkongsi video di mana bapanya itu sedang menerima rawatan.
VIDEO :
Sedih. Sayu. Hiba. Pasti bermacam-macam perkara sudah bermain di fikiran Sha saat mengetahui bapa dan ibunya ini dijangkiti Covid-19. Sebuah lagi video turut dikongsikan olehnya yang menunjukkan keadaan anak buahnya selepas mengetahui bahawa bapanya itu sudah meninggal dunia.
VIDEO :
Menurutnya, anak buahnya itu terlalu sedih saat mengetahui akan berita tersebut. Menangis daripada tengahari dan tertidur selepas membaca Yasin buat arwah.
WARGANET TURUT SEBAK
Ramai warganet yang turut bersimpati akan nasib yang menimpa keluarganya. Mereka juga faham kenapa Sha memilih untuk menjaga ibunya sendiri sekalipun terpaksa untuk menanggung risiko.
Tidak kurang juga yang menitipkan doa buat arwah bapa Sha dan turut meninggalkan kata-kata semangat buatnya untuk memastikan ibu kembali sihat.
Ada juga yang berkongsi kata-kata nasihat kerana mereka juga pernah melalui keadaan yang sama seperti Sha.
Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat arwah bapa Sha. Buat Sha, teruslah kuat demi keluarga tersayang. Buat kita semua, patuhilah SOP, jagalah kesihatan diri dan elakkan daripada merisikokan diri dan insan tersayang dengan tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Bagi mereka yang dikuarantin, kuarantinlah dengan penuh amanah. Bagi mereka yang positif, janganlah menyusahkan orang lain dan merisikokan orang lain dengan kepentingan peribadi.
SUMBER : Akses Info TIKTOK @sha.alshahab