“Selalu Datang Rumah Tanya Ada Sampah Tak” Demi Sesuap Makanan, Remaja Usaha Buat Apa Jua Kerja Yang Penting Halal. Sedih Bila Tahu Dia Tinggal Di Mana

0 425

Dalam keadaan yang serba mendesak ini, ramai sebenarnya yang terkesan terutamanya dari segi ekonomi. Bayangkan di saat ini ramai yang sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan demi meneruskan kelangsungan hidup.

Ramai yang kehilangan pekerjaan, kehilangan punca pendapatan, diberhentikan kerja dan tidak dapat keluar untuk bekerja. Semuanya adalah kesan daripada wabak yang melanda negara kita sekarang ini.

Sukar untuk dibayangkan berapa lama lagi keadaan sebegini akan berlarutan. Tidak dapat dibayangkan juga berapa ramai lagi yang akan terjejas. Begitu jugalah apa yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok ini yang mulai tular.

 

BANTU BUANG SAMPAH DEMI MAKANAN

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna Tiktok @sisrose77 ini, ia membuatkan warganet berasa sangat sedih dan sebak. Hal ini kerana pemuda tersebut jelas kelihatan ikhlas dan sanggup untuk melakukan apa-apa sahaja.

Dia sanggup untuk datang rumah ke rumah untuk mengutip sampah jiran-jiran yang ada. Dia melakukan aktiviti ini setiap hari. Upahnya pula bergantung kepada keikhlasan hati jiran-jiran samada ingin memberikan dia duit atau sesuatu untuk dimakan.

Dalam video yang dikongsikan itu, Sis Rose kebetulan pada ketika itu baru sahaja sudah memasak nasi goreng daging. Lalu, dia berikan makanan tersebut kepada pemuda berkenaan.

Dapatlah pemuda tersebut makan sesuatu yang sedap dan sihat sebagai upah buat dirinya. Ramai juga yang terharu dengan tindakan Sis Rose yang sanggup memberikan makanan yang terbaik sebagai upah.

 

TINGGAL DI HUTAN BELAKANG RUMAH SIS ROSE

Saat ditanya dimanakah pemuda tersebut tinggal sekarang, dijawabnya bahawa kini dia tinggal di dalam hutan di tepi bangunan yang didiami tersebut. Terkejut juga saat mendengar jawapan pemuda tersebut.

Rupa-rupanya dia telah dihalau kerana tidak dapat membayar sewa rumahnya sebelum ini. Namun, tiada info lanjut mengenai apa lagi yang terpaksa dilalui oleh pemuda berkenaan.

 

BACA JUGA : [VIDEO] Detik Rakaman CCTV  Cubaan Rider Meragut Wanita Tapi Gagal. Mujur Auntie Tu Pegang Handbag Kuat Dan Ada Pertolongan Orang Awam!

 

WARGANET TURUT BERSIMPATI

Menjengah ke ruangan komen, ramai sebenarnya yang sangat bersimpati dengan nasib yang diterima oleh pemuda ini dan juga ramai lagi di luar sana yang turut sama mengalami nasib yang sama.

Mereka juga kagum kerana sekalipun keadaan diri yang sangat terdesak, dia masih lagi mencari rezeki dalam cara yang halal.

Ramai juga yang mendoakan kebaikan buat pemuda ini dan mereka yang lain di luar sana.

Ada juga yang berkongsi pengalaman mereka sendiri membantu mereka yang lain yang memerlukan bantuan di luar sana.

Buat kita yang berkemampuan, cubalah untuk membantu sekadar yang termampu buat mereka yang datang ikhlas untuk mencari rezeki. Saat-saat begini, kita semua sangat memerlukan sokongan diantara satu sama lain.

 

UPDATE : Menurut SisRose, kes ini sudah diselesaikan dan tiada lagi update mengenai adik ni di ruangan tiktok milik beliau.

 

SUMBER : Akses Info, TIKTOK @sisrose77

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34