[VIDEO] “Serious Air Tu Laju! Mujur Ada Yang Bantu Tarik Naik Atas” Seram Tengok Dalam Train Penuh Air, Banjir Besar Melanda China. Sekurang-Kurangnya 3 M4ut Dan Ada Yang Hilang!
Sedang dunia sedang bergelut dengan wabak pandemik Covid-19, ada juga negara yang turut ditimpa bencana alam sehingga menggugat keamanan negara mereka. Sebagai contoh, di China sekarang ini sedang berlaku banjir yang agak teruk.
Di Beijing, sebuah bandar telah dilanda ribut dan mengorbankan sekitar 3 nyawa. Selain itu, sistem kereta api bawah tanahnya juga lumpuh akibat daripada banjir besar yang melanda.
Hujan lebat pula dijangka akan turun secara berterusan untuk beberapa hari lagi. Banjir yang lebih teruk juga dijangka akibat daripada keadaan cuaca buruk tersebut sehingga mengancam keselamatan penduduk.
PENUMPANG KERETA API BAWAH TANAH TERPERANGKAP
Sebuah rakaman video telah tular di media sosial dimana ia menunjukkan sebilangan penumpang kereta api bawah tanah telah terperangkap di pusat bandar Zhengzhou, di wilayah Henan.
Rakaman tersebut juga menunjukkan penumpang saling berpegangan tangan kerana air sudah naik ke paras bahu. Selain itu, ia turut merakamkan beberapa orang penumpang yang terpaksa untuk berdiri di atas tempat duduk mereka.
VIDEO :
AKAN MENUTUP SEMUA STESEN DI SEMUA LALUANNYA
Dalam rakaman itu juga ada menunjukkan air banjir yang kelihatan mengalir melalui platform bawah tanah. Menurut pengendali kereta api bawah tanah di bandar tersebut, dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkannya mengatakan bahawa pihak mereka akan menutup semua stesen di semua laluannya akibat daripada cuaca buruk tersebut.
Setakat hari ini, menurut laporan, seorang telah mati dan dua orang lagi dilaporkan hilang sejak hujan lebat bermula. Laporan daripada People’s Daily juga melaporkan bahawa terdapat rumah-rumah yang turut runtuh.
VIDEO :
Menurut laporan daripada media tempatan, ada dua orang individu yang telah maut akibat dihempap daripada tembok runtuh di daerah lain di sana. Selain itu, pihak berkuasa juga menurut hasil kajian pihak kaji cuaca telah mengeluarkan amaran tahap paling tinggi untuk seluruh wilayah Henan di tengah China.
VIDEO :
DUDUK DI ATAS BUMBUNG KERETA
Menerusi stesen penyiaran CCTV, mereka juga ada menunjukkan siaran rakaman yang menunjukkan penduduk di kawasan yang ditenggelami air dimana ada yang diselamatkan dengan menggunakan rakit.
Ada juga kelihatan pekerja kecemasan yang sedang mengendong bayi dan dalam rakaman tersebut juga ada menunjukkan seorang lelaki yang duduk di atas bumbung kereta miliknya yang sudah separuh tenggelam.
BANJIR DI CHINA SEMAKIN BURUK
Berdasarkan rekod, banjir merupakan keadaan yang biasa berlaku ketika musim hujan di China. Namun, bencana tersebut mulai menjadi buruk sejak beberapa dekat yang lalu.
Ada beberapa faktor yang membawa kepada masalah tersebut iaitu pembinaan beberapa empangan dan pintu air yang menyekat aliran air di sungai-sungai dan juga tasik-tasik yang ada disana.
Kejadian ini telah menyebabkan ratusan penerbangan telah dibatalkan di Beijing dan juga beberapa bandar yang berdekatan. Sekolah dan lokasi pelancongan juga telah ditutup akibat daripada hujan lebat dan juga angin kencang yang telah melanda ibu negara China itu.
RESPONS PELBAGAI WARGANET
Menjengah ke ruangan komen, ramai sebenarnya warganet yang berasa sangat marah dengan negara tersebut kerana pandemik yang melanda dunia sekarang ini pun dikatakan berpunca dari sana.
Namun, ada komen yang agak bagus dan membuatkan semua warganet tersedar akan kesilapan mereka yang terlalu menghukum tersebut.
Jadikanlah musibah yang menimpa orang lain sebagai pengajaran buat kita semua. Jangan pula kita berasa sangat selesa dan perhatikanlah apa kesilapan yang dilakukan mereka supaya kita tidak melakukan kesilapan yang sama.
SUMBER : Akses Info, KOSMO & FB info kemalangan/bencana/semasa