Belum Reda Dengan Bencana Banjir Besar Dan Angin Kencang, China Kini Dilanda Ribut Pasir Gergasi Setinggi 100 Meter. 400 Flight Terpaksa Batalkan Penerbangan!
Rasanya baru sahaja negara China diuji dengan beberapa bencana alam yang menjadi tragedi buruk buat negara itu. Beberapa bencana seperti banjir besar dan ribut kencang sedikit sebanyak mengganggu kehidupan rakyat di negara berkenaan.
Banyak video-video yang menunjukkan keadaan yang dialami oleh penduduk di sana. Ada yang terperangkap didalam keretapi bawah tanah disebabkan oleh banjir besar. Ada juga yang bergelut untuk melindungi anak saat ribut dan angin kencang.
Semua itu cukup untuk menginsafkan diri kita dan membuatkan kita bersyukur kerana negara kita masih aman dan selamat daripada perkara-perkara sebegini. Bayangkan jika dalam keadaan negara sedang bergelut dengan pandemik dan terpaksa pula menghadapi situasi sebegini.
RIBUT PASIR GERGASI
Bayangkan pula belum lagi reda dengan bencana-bencana itu, kini mereka diduga pula dengan ribut pasir gergasi. Rakaman daripada video benar-benar membuatkan sesiapa yang melihat berasa kecut perut.
Kejadian yang berlaku di bandar Dunhang itu telah dikongsikan menerusi laman media tempatan mereka iaitu South China Morning Post dimana mereka jugalah yang menularkan video tersebut.
MENCECAH 100 METER
Ketinggian 100 meter bukanlah satu ketinggian yang rendah. Itulah ketinggian yang telah dicapai oleh ribut pasir berkenaan. Kejadian itu juga telah menyebabkan langit bertukar menjadi warna kuning dan turut menjejaskan jarak penglihatan.
Terdapat beberapa kawasan yang berdekatan yang terjejas dan terkesan daripada bencana kali ini. Jarak penglihatan juga menjadi terhad kepada 5 meter sahaja. Menurut sebuah portal berita di sana, keadaan lalu lintas juga menjadi terganggu disebabkan oleh bencana berkenaan.
Sebanyak 400 penerbangan daripada dua buah lapangan terbang utama terpaksa untuk dibatalkan. Rakaman dan foto-foto ribut pasir yang telah ‘menyerang’ China itu juga telah banyak tersebar dan menjadi tular di media sosial.
VIDEO :
Wait for 2 seconds, the world is completely different. Dunhuang encounters a rare summer sandstorm. west of dunhuang is a thousand km of no man’s land and Gobi Desert.But Many tourists are happy to face and have strange experiences😅😅😅. pic.twitter.com/84CUvAAgr3
— Sharing travel (@lsjngs) July 26, 2021
WARGANET TURUT BERASA SERAM
Tidak dapat dinafikan bahawa kejadian yang berlaku itu sangat-sangat menyeramkan. Begitu jugalah apa yang dirasakan oleh mereka yang mendapat perkongsian berita berkenaan daripada laman Facebook Siakap Keli.
Ada juga yang mengingatkan supaya kita semua tidak terlalu menghukum dan mempersendakan apa yang berlaku di negara lain. Hal ini kerana setiap apa yang kita lakukan dan katakan itu seolah-olah berbalik semula kepada negara kita.
Sama-samalah kita jadikan bencana yang berlaku di negara China ini sebagai pengajaran dan peringatan buat diri kita juga supaya sentiasa muhasabah diri dan mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah S.W.T.
Marilah kita sama-sama titipkan doa agar bencana yang dialami oleh mereka dan pandemik yang melanda dunia ini dapat segera dihapuskan.
SUMBER : Akses Info, FB SIAKAP KELI & SOUTH CHINA MORNING POST