“Saya Menjual Tisu Dan Facemask” Sebak Tengok Ibu Muda Gigih Buat Jualan Tepi Jalan Sambil Pegang Sepanduk. Baby Dalam Stroller Setia Teman Ibu Kerja

0 486

Pandemik Covid-19 benar-benar memberikan kesan yang teramat dahsyat kepada hampir semua golongan masyarakat terutamanya rakyat Malaysia. Kesan tersebut adalah daripada segi ekonomi dan juga mental.

Disebabkan oleh wabak ini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dijalankan sehingga banyak sektor ekonomi yang terjejas. Ada yang kehilangan pekerjaan. Ada yang tidak dapat untuk keluar bekerja dan macam-macam lagi.

Jadi, apa sahaja sanggup untuk dilakukan oleh mereka semata-mata untuk meneruskan kelangsungan hidup. Begitulah seperti apa yang dikongsikan oleh seorang pengguna Instagram ini mengenai apa yang dilihatnya sendiri.

 

ANGKAT SEPANDUK TINGGI

Dalam sebuah video yang dikongsikan oleh @dura_inlove itu, ia menunjukkan seorang ibu muda yang gigih untuk menjual tisu dan juga face mask. Apa yang lebih memilukan adalah bersama-samanya ada seorang anak kecil yang duduk di dalam stroller.

Mereka menjualnya di tepi jalan di mana ibunya akan mengangkat sepanduk kepada kereta yang lalu lalang untuk menjual barang jualannya. Kegigihan si ibu benar-benar menimbulkan rasa sebak warganet yang menonton video tersebut.

Ditambah pula dengan kehadiran anak kecil di sisi yang masih lagi tidak faham dengan apa yang berlaku ini. Ia benar-benar membuatkan warganet lebih memahami dan menyedari bahawa keadaan masyarakat di Malaysia ini sudah semakin kritikal.

 

VIDEO : 

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Dura Ramli ❤️ (@dura_inlove)

 

Menurut Dura lagi, kejadian tersebut sempat dirakamnya sewaktu dia keluar untuk membeli barangan keperluan dapur. Pada ketika itulah dia melihat ibu muda tersebut dan anaknya sedang menjual mask dan tisu di simpang lampu isyarat Jalan U-Thant.

Tidak dapat dinafikan bahawa dia sendiri berasa sangat sebak dengan apa yang dilihatnya itu. Melihatkan perkara begini berlaku, dia benar-benar berharap agar kejadian sebegini adalah kejadian terakhir yang akan dilihatnya.

Barulah dia dan mereka yang lain sedar bahawa lebih ramai lagi sebenarnya yang sedang bergelut untuk mencari rezeki yang halal lebih daripada diri kita. Jelas kelihatan di dalam video tersebut saat diberikan bayaran untuk barang jualannya, betapa bersyukurnya dia. 

 

WARGANET TURUT SEBAK

Menjengah ke ruangan komen, ramai sebenarnya yang berasa sangat sebak saat melihat perkongsian video tersebut. Ramai juga yang bertanya samada ibu tersebut setiap hari ke bekerja di sana kerana jika ya, ramai yang ingin ke sana untuk membantu.

Tidak kurang juga mereka yang meminta sebarang maklumat untuk memudahkan mereka menghubungi ibu tersebut untuk membantu.

 

BACA JUGA : “Exam Sepatutnya Jam 10 Pagi, Lama Tunggu Tapi Soalannya Tetap Tak Ada” Guru Matematik M4ut Ketika Siapkan Soalan PdPR. Isteri Pelik Suami Tak Balik Rumah, Telefon Tak Dapat

 

Berapa ramai dan berapa lama lagi rakyat harus menderita sebegini? Sukar juga untuk kami berikan jawapan. Berbagai usaha telah kita lakukan bersama-sama untuk memutuskan rantaian Covid-19 ini.

Ada yang telah bertahun lamanya tidak berjumpa dengan keluarga tercinta. Ada juga yang sudah terlalu lama berkurung di rumah semata-mata ingin menjaga SOP. Namun, mungkin masih ada yang belum benar-benar mematuhinya baik golongan atasan mahupun golongan bawahan.

Sama-samalah kita patuhi SOP dan segera mendapatkan vaksin. Apa yang boleh kita lakukan sekarang ini hanyalah bersabar dan mengharapkan bantuan daripada Allah S.W.T. 

 

SUMBER : Akses Info, INSTAGRAM @dura_inlove

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.