“Sepatutnya Saya Gembira, Tapi Saya Lebih Takut Dan Insaf” Terima Banyak Tempahan Keranda Setiap Hari, Lelaki Ni Kongsikan Dulu Dua Je, Sekarang lebih Sepuluh Sehari. Semakin Hari Semakin Ramai Yang Mati
Sudah menjadi lumrah hidup buat si penggali kubur atau pembuat keranda. Kematian orang lain menjadi rezeki dan sumber pendapatan buat mereka. Bukanlah mereka mengambil kesempatan atas ajal orang lain.
Namun ia merupakan suatu pekerjaan yang sangat diperlukan kerana tanpa mereka, siapa yang akan melakukannya. Bukan semua orang juga mampu untuk melakukan kerja-kerja sebegini.
Itulah apa yang dilakukan oleh dua beranak pembuat keranda ini. Menerima tempahan dan membuat keranda kepada umat Islam yang telah meninggal dunia dan bakal dikebumikan.
KEINSAFAN BERTAMBAH SEIRING REZEKI
Bagi Mohd. Fozailah yang berusia 53 tahun, pertambahan tempahan keranda ini sekalipun memberikan rezeki yang banyak buat dirinya, ia juga turut menghadirkan keinsafan.
Hal ini kerana dia yang selama ini mendapat sekitar dua tempahan sehari telah mendapat lebih daripada 70 tempahan pada bulan ini. Semuanya berkait rapat dengan wabak Covid-19 yang melanda negara kita sekarang ini.
Jumlah kematian yang dicatatkan juga semakin bertambah sekaligus ia memberikan keinsafan dan kesedaran kepada dirinya bahawa wabak ini benar-benar mampu untuk meragut nyawa sesiapa sahaja.
Sudah berapa ramai yang berkongsi kisah sedih mereka yang kehilangan ahli keluarga tercinta akibat daripada wabak ini. Apa yang lebih menyedihkan adalah mereka langsung tidak dapat untuk memberikan penghormatan, memeluk, mencium dan melihat wajah insan tersayang buat kali terakhir.
Semua ini berkait rapat dengan SOP yang telah digariskan oleh kerajaan Malaysia di mana hanya pihak yang dibenarkan sahaja boleh menguruskan jenazah pesakit Covid-19 ini.
DARI DUA BUAH KERANDA MENJADI 10 KERANDA SEHARI
Lihatlah betapa seriusnya keadaan sekarang ini. Menurutnya, selama ini dia hanya mendapat tempahan keranda sekitar dua buah sahaja sepanjang 11 tahun penglibatannya dalam industri ini.
Namun kini dia mulai mendapat lebih daripada 10 tempahan dalam sehari. Antara mereka yang menempah adalah daripada penyelia tanah perkuburan dan juga NGO yang terlibat dalam pengurusan jenazah Covid-19.
“Sepatutnya saya gembira apabila pendapatan bertambah tetapi perkara ini membuatkan saya lebih takut dan insaf”, katanya yang ditemui oleh media di Kampung Sungai Sireh Tambahan, Klang, dimana dia menjalankan perusahaannya itu.
Dia kini dibantu oleh seorang anaknya iaitu Mohd Aiman Faiz yang berusia 24 tahun. Menurutnya, setiap keranda yang dihasilkan adalah bersaiz 74 inci x 18 inci namun ada ketikanya saiz tersebut akan berubah mengikut saiz jenazah.
Setiap keranda yang dibuatnya berharga RM250 dan mengambil masa sekitar 30 minit untuk disiapkan. Setelah semuanya selesai, dia menggunakan motosikal dan juga van untuk menghantar keranda ke Tanah Perkuburan Islam Selat Klang yang lokasinya adalah sekitar 500 meter sahaja daripada kedainya itu.
Dia juga sempat untuk menitipkan pesanan agar orang ramai terus patuh dengan SOP selain turut mendoakan agar keadaan negara kita segera pulih seperti sedia kala.
WARGANET TURUT INSAF
Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang turut insaf hasil daripada perkongsian ini.
Sama-samalah kita jadikan perkongsian ini sebagai pengajaran buat kita untuk lebih mematuhi SOP dan menjaga diri kita, keluarga dan mereka disekeliling kita. Semoga negara kita dapat segera bebas daripada Covid-19 sesegera mungkin.
SUMBER : Akses Info, FB SI CENCOROT & AKUPAPANKEKUNCI.COM