“Tengah Seronok Main, Tiba-Tiba Dia Jerit. Saya Nampak Ular Keluar Ikut Lubang Bilik” Ibu Kongsi Detik Danial Dipatvk Ular. Tengok Tangan Ade Kesan patvk, Terus Bawa Ke Hospital. Namun Adik Tetap Pergi Jua
Saat video-video yang berkongsikan kisah mengenai kehadiran tetamu yang tidak diundang ini, ramai sebenarnya yang seolah-olah menjadikan seperti senda gurau dan tidak mengambil serius akan isu ini.
Pasti ada sahaja jenaka yang tidak kena tempat yang cuba untuk dilakukan mereka. Namun, mustahil untuk mereka melakukan perkara yang sama dalam kisah kali ini yang agak tragis.
Kisah kali ini melibatkan kehilangan nyawa seorang bayi lelaki yang masih muda usianya iaitu setahun lima bulan. Namun, dia telah menjadi mangsa korban kepada tetamu yang tidak diundang ini.
BERMAIN DENGAN ABANG DI DALAM BILIK
Siapa sangka hari yang dilalui mereka seperti biasa itu akhirnya bertukar menjadi sebuah tragedi yang penuh dengan duka. Kejadian tersebut telah berlaku di Kampung Seberang Batu Hampar, Solok Jelawai Hilir, Rembau, Negeri Sembilan.
Dalam kejadian tersebut, rumah sebuah keluarga telah menjadi sasaran seekor ular. Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan, Hazri Mohamad berkata, kejadian tersebut telah berlaku pada kira-kira jam 9 malam, ketika mangsa, Muhammad Danial Iqwan Muhammad Hafiz, 1, bermain bersama abangnya di bilik tidur utama.
Pada ketika kejadian tersebut berlaku, siasatan mendapati bahawa mangsa yang merupakan anak bongsu tinggal di rumah berkenaan bersama-sama dengan ibu, seorang abang dan juga neneknya.
ULAR MASUK MELALUI LUBANG BILIK
Tambahnya lagi, dalam kejadian berkenaan, ibu mangsa turut berada bersama-sama dengan kedua-dua orang anaknya itu di dalam bilik.
“Ketika kejadian, mangsa sedang bermain dengan abangnya berusia tiga tahun di bilik tidur utama. Ibu mereka turut berada di bilik berkenaan.
“Tiba-tiba ibu mangsa terdengar jeritan anak bongsunya dan melihat seekor ular menyusur keluar ke dalam lubang bilik.
“Wanita itu kemudian memeriksa anaknya dan mendapati kesan patvkan ular di tapak tangan kiri kanak-kanak terbabit.
“Ibu mangsa membawa anak bongsunya ke Hospital Rembau namun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1 pagi ketika menerima rawatan,” katanya dalam sebuah kenyataan khas.
Salah seorang ahli keluarga mereka ada memuatnaik video berkenan kes ini di ruangan tiktok miliknya, mia_qaseh90 menceritakan jantung anak buahnya terhenti ketika menerima rawatan. Dia memohon doa daripada sahabat2.
Tidak lama kemudian, satu lagi status dimuat naik mengenai pemergian anak saudara kesayangannya itu. Sungguh, Allah lebih sayangkan Danial.
VIDEO :
Tambah Hazri lagi, selepas dimaklumkan oleh pihak hospital mengenai kematian anaknya yang m4ut dipatvk ular, ibu mangsa telah segera tampil untuk membuat laporan polis pagi ini.
Katanya, kes ini telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Menurut sumber, jenazah kanak-kanak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Masjid Lama Seberang Batu Hampar, Rembau pada Sabtu.
WARGANET TURUT DAN BERSIMPATI
Ramai warganet yang bersimpati di atas nasib yang menimpa mangsa dan keluarga. Mereka juga mulai rasa takut sekiranya kejadian yang sama berlaku kepada diri mereka sekarang ini.
Jadi, ramai yang tampil untuk memberikan tips dan petua bagi memastikan keselamatan diri.
Ambillah segala komen yang positif ini untuk dijadikan panduan bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku kepada keluarga kita. Ingatlah, lebih baik untuk kita berwaspada daripada terleka dan mengambil mudah akan semua perkara kerana musibah boleh datang pada bila-bila masa sahaja.
SUMBER : Akses Info, HARIAN METRO