TERPISAH 25 TAHUN, BERJAYA TEMUKAN IBU DENGAN MENGGUNAKAN GOOGLE EARTH
Kisah yang bakal kami ceritakan ini memang sangat menyentuh hati. Liku-liku yang dilalui lelaki ini dan keluarganya sama seperti didalam sebuah filem. Disebabkan oleh itu jugalah ia telah dijadikan inspirasi kepada sebuah filem berjudul, Lion.
Semuanya bermula pada tahun 1987 di sebuah pekan bernama Burhanpur di India. Ketika itu, Saroo dan abangnya Guddu keluar ke pekan bagi meminta sedekah. Hal ini kerana keluarga mereka sangat miskin.
Mereka ke sana dengan menaiki keretapi. Namun, Saroo pada ketika itu sudah sangat kepenatan. Jadi, Guddu menyuruhnya untuk tidur sebentar di stesen tersebut sementara dia pula keluar untuk meminta sedekah.
EMPAT MINGGU HIDUP DI JALANAN
Siapa sangka itulah kali terakhir mereka berjumpa. Sebaik sahaja Saroo terbangun dari tidur, dia mendapati dirinya telah tinggal keseorangan dan di cuba mencari Guddu namun tidak berjaya untuk menemuinya.
Empat minggu lamanya Saroo terpaksa hidup di jalanan. Pada ketika itu, dia hanya mampu berharap ada sesiapa yang mampu untuk membawanya pulang ke rumahnya semula.
Dia pernah ditawarkan tempat tinggal oleh salah seorang pekerja stesen keretapi tersebut namun lelaki itu sebenarnya mempunyai niat yang tidak baik dan mencuba untuk mencabulnya.
Saroo terpaksa untuk melarikan diri dan tinggal di dalam paip yang berbau busuk untuk bersembunyi daripada lelaki itu. Kemudiannya dia telah dibawa ke rumah anak yatim dan tinggal selesa bersama penghuni lain di sana.
DIAMBIL SEBAGAI ANAK ANGKAT
Hidupnya mulai berubah selepas dia diambil sebagai anak angkat oleh pasangan Sue dan John Brierley. Dia dibawa untuk hidup bersama dengan keluarga angkatnya di Australia.
Selang beberapa tahun kemudian, dia tak berhenti untuk mencari lokasi kampungnya dengan menggunakan Google Earth. Sehinggalah pada tahun 2011, dia akhirnya berjaya untuk mengesan stesen keretapi yang diingatinya dan nama pekan tersebut.
“Apabila saya menekan tanda biru yang memaparkan nama bandar itu Burhanpur, jantung saya hampir berhenti. Saya teruja dan tertanya-tanya adakah ini tempat tinggal keluarga asal saya? Hanya satu saja cara untuk memastikannya,” katanya.
Saroo akhirnya mengambil keputusan untuk kembali ke India dan berjaya menemui ibunya pada tahun 2012, Fatima Munshi, 60. Fatima tahu Saroo adalah anaknya sebaik saja dia melihat kesan parut yang ada di dahinya.
TAK PERCAYA SAAT JIRAN BERITAHU SAROO PULANG
“Saya sedang membasuh pinggan di tempat orang dan tiba-tiba jiran saya datang dan menjerit bahawa anak saya telah pulang. Saya menjerit padanya jangan mainkan perasaan saya. Sehinggalah dia mengheret saya keluar dari rumah dan bertemu dengan Saroo.
“Saya terkedu dan tergamam seketika bila bertemu dengannya (Saroo). Matanya sama, parut di dahinya juga membuktikan bahawa dia adalah anak saya. Akhirnya doa saya dimakbulkan tuhan.
“Perkataan pertama yang dia sebut, ‘Ma’ dan kami terus berpelukan selama beberapa jam. Kami tidak bercakap, hanya memeluk masing-masing sebelum jiran-jiran mulai meraikan kegembiraan ini.
“Inilah saat-saat terindah dalam hidup saya. Saya sangat gembira yang dia masih sayang pada kami dan tidak berubah. Saya masak segala makanan kesukaannya seperti telur kari, dal dan ikan. Saya tahu dia masih menyukai masakan saya, malah dia meminta resepi itu.
BERBUAL MENGGUNAKAN PENTERJEMAH
“Sekarang kami kerap berbual dengan bantuan penterjemah. Saya harap dapat bertemu dengan dia lagi. Saya tak sabar nak berjumpa dengan dia. Saya juga berterima kasih kepada keluarga Brierley yang membesarkan anak saya dengan baik. Saya gembira yang Saroo bukan sahaja ada seorang ibu, malah ada dua ibu yang amat menyayanginya.
“Setiap hari saya rasa seperti mati dan hidup seperti tidak lengkap serta menyakitkan tanpa dia selama 25 tahun. Saya cuba mencarinya di setiap tempat, namun gagal menemuinya,” katanya.
Menurut Fatima lagi, dia mengambil keputusan untuk tidak https://www.tacotrucksstl.com/ meninggalkan tempat tinggal tersebut kerana risau jika suatu hari Saroo akan kembali. Selama 25 tahun Fatima hidup dalam keadaan yang penuh dengan kesedihan dan dalam tempoh itu juga dia tidak mengetahui sama ada anaknya itu hidup atau mati. Namun kali ini, segala-galanya sudah terjawab.
VIDEO :
https://www.facebook.com/watch/?v=3769470373109255
WARGANET TURUT GEMBIRA
Menjengah ke ruangan komen, barulah penulis dapat tahu bahawa abang kepada Saroo, Guddu tidak kembali mencari Saroo pada hari tersebut kerana dia telah meninggal dunia akibat dilanggar oleh keretapi.
Mereka yang lain berasa gembira kerana setidak-tidaknya ibu Saroo tidak terus kehilangan dua orang anaknya sekalipun terpaksa menanti selama 25 tahun tanpa mengetahui status diri Saroo.
Sebenarnya ramai juga seperti Saroo ini. Bertahun lamanya terpisah dengan ibu bapa dan keluarga. Semoga anda semua berpeluang untuk bertemu mereka tidak lama lagi.
SUMBER : Akses Info, GOALCAST