“Ular Tu Besar, Hitam Dan Agresif” Lepas Tahu  Ada Ular, Terus Tangkap Baby Tu Masuk Rumah. Tindakan Pantas Lelaki Berbaju Merah Selamatkan Baby Undang Pujian Ramai

0 52,341

Ada musimnya, haiwan-haiwan akan keluar daripada sarangnya dan datang ke rumah-rumah. Sebagai contoh, jika di luar negara, ada musim di mana ketam-ketam merah keluar, musim labah-labah menembak sawangnya merata-rata dan macam-macam lagi.

Begitu juga dengan haiwan-haiwan lain dan di negara lain. Ia bergantung kepada iklim dan musim negara tersebut. Haiwan-haiwan ini akan keluar kerana mereka ingin mencari tempat yang lebih sesuai dengan mereka mengikut musim.

Namun, ada beberapa jenis haiwan yang jatuh dalam kategori berbisa dan berbahaya yang mampu mengancam nyawa saat tiba musim mereka keluar daripada habitat atau sarang masing-masing seperti ular.

 

TETAMU TAK DIUNDANG

Menerusi sebuah posting di Group Facebook info kemalangan/bencana/semasa, seorang pengguna Facebook dengan nama Zamrud Zam telah berkongsi sebuah video mengenai kehadiran seekor ular ke sebuah rumah.

Besar dan lincah ular tersebut menghampiri penduduk rumah tersebut. Pada ketika itu, ada dua orang dewasa dan seorang bayi yang sedang berada di luar rumah. Bayi tersebut sedang bermain manakala dua orang lagi duduk memerhatikan bayi tersebut.

Sesuai dengan caption perkongsian video rakaman CCTV tersebut, “Berhati-hati selalu, tetamu tak diundang ada di mana-mana sahaja”, tiba-tiba sahaja seekor ular datang dengan lajunya ke arah mereka.

 

NAMPAK DAN TERUS BAWA BABY MASUK RUMAH

Nasib baik mereka bertindak pantas dan segera menyelamatkan bayi tersebut serta terus masuk ke dalam rumah. Ketika itu jugalah kelihatan ular tersebut masuk ke dalam kamera CCTV itu.

Ia datang dari arah di mana bayi tersebut duduk bermain. Jika terlambat sedikit, pasti bayi tersebut menjadi mangsa. Laju juga pergerakan ular tersebut. Nasib baik juga kerana mereka sempat untuk menutup pintu dengan segera kerana ular tersebut terus menghala ke arah pintu rumah mereka.

Ia berlegar-legar di hadapan pintu rumah tersebut untuk seketika sebelum berlalu pergi. Tonton video di bawah untuk rakaman penuh kejadian tersebut.

 

VIDEO :

 

WARGANET TURUT BIMBANG

Menjengah ke ruangan komen, ramai sebenarnya yang berasa sangat bimbang selepas melihat video tersebut. Mereka bimbang jika ia berlaku kepada mereka sendiri.  Namun, tindakan lelaki yang selamatkan baby itu juga harus dipuji. 

 

BACA JUGA :  “Dia Cakap Sakit Dan Badan Dia Panas Sebelum Rebah Tak Sedarkan Diri” Kanak-Kanak 11 Tahun M4ut Disengat Lebah. Kakak Kongsi Detik Kejadian Berlaku Depan Mata

 

Ada juga yang mengatakan bahawa cuaca panas menyebabkan ular keluar mencari tempat yang lebih teduh.

Tidak kurang juga yang berkongsi tips dan petua untuk mengelakkan didatangi tetamu tidak diundang ini.

Sama-samalah kita lebih peka dan berhati-hati dengan keadaan sekeliling kita sekarang ini. Hal ini kerana bukan kita sahaja yang ada di atas dunia ini. Ada juga hidupan lain yang kita tidak nampak. Pastikan kita juga sentiasa memantau anak-anak kecil. Risau akan keselamatan mereka jika dibiarkan berseorangan.

 

SUMBER : Akses Info,  FB info kemalangan/bencana/semasa

Leave A Reply

Your email address will not be published.