[VIDEO] “Gelap, Bising Dan Sejuk Selama 3 Hari…” Kapal Tenggelam Selama 60 Jam, Harrison Terkejut Hanya Dia Yang Berjaya Diselamatkan. Berada Di Tandas Ketika Kejadian Berlaku.

0 2,144

Dalam kehidupan kita, sudah banyak kisah kemalangan yang kita dengar. Baik kemalangan di jalan raya, kemalangan di udara dan juga kemalangan di laut. Ada yang berakhir sebagai sebuah tragedi tanpa seorang pun yang terselamat.

Namun, ada juga yang berakhir dengan hanya seorang sahaja yang terselamat. Mungkin ada hikmah kenapa Allah S.W.T tetap membiarkan seseorang itu terselamat sedangkan mereka yang lain terkorban.

Itulah apa yang terjadi beberapa tahun lalu. Sebuah kemalangan di lautan luas yang mengorbankan 11 daripada 12 orang anak kapal yang berlayar dengan sebuah kapal tunda yang dikenali sebagai Jascon-4.

 

KAPAL TERBALIK KERANA OMBAK KUAT

Kisah yang bakal kami kongsikan ini adalah mengenai Harrison Okene yang merupakan salah seorang daripada anak kapal tersebut. Kapal tunda yang dinaiki bersama-sama dengan 11 lagi rakannya telah terbalik dan tenggelam kira-kira 30 kilometer dari pantai Nigeria. 

Kejadian tersebut berlaku di Teluk Guinea. Menurut Harrison, kejadian tersebut berlaku selepas kapal yang dinaiki mereka dipukul ombak dan keadaan cuaca pada ketika itu juga sangat buruk.

Tragedi pada 26 Mei 2013 ini pastinya akan sangat diingati oleh Harrison buat selama-lamanya. Dia merupakan seorang tukang masak yang bekerja di atas kapal tersebut.

 

BERADA DI DALAM TANDAS KETIKA KEJADIAN

Menurutnya, ketika tragedi tersebut berlaku, dia pada ketika itu sedang berada di dalam tandas. Saat dia sedar sesuatu berlaku terhadap kapal yang dinaikinya, kapal tersebut sudah mula terbalik dan tenggelam. Namun, dia bernasib baik kerana dia berjaya menemui kawasan yang mengandungi udara untuk dirinya kekal bernafas. 

 

DUA HARI DALAM KEADAAN GELAP DAN SEJUK

Dia yang pada ketika itu hanya memakai seluar dalam tidak menafikan bahawa dirinya sangat ketakutan. Bayangkan selama dua hari dia berada dalam keadaan yang gelap dan sejuk.

Dia juga sangat risau seandainya air mulai memenuhi ruang tersebut. Namun, sekali lagi dia bernasib baik kerana air tidak memenuhi ruang tersebut. 

“Keadaan di sekeliling saya sangat gelap dan bising, saya menangis dan berdoa bersungguh-sungguh agar saya diselamatkan. Saya sangat lapar dan dahaga,” katanya.

 

DISELAMATKAN SELEPAS 60 JAM

Namun, setelah 60 jam berada di situ, satu pasukan penyelam yang datang dari Afrika Selatan telah tiba di lokasi kejadian dengan tujuan untuk memeriksa kapal tunda tersebut dan mencari mayat-mayat anak kapal yang lain. 

Mereka sendiri tidak menyangka dan dikatakan sangat terkejut saat melihat Harrison yang berada di situ. Sebelum itu, Harrison telah menghulurkan tangannya secara perlahan-lahan dan dengan penuh lembut untuk menyentuh lengan penyelam. 

Tujuannya adalah dia tidak ingin menakutkan pasukan penyelam. Dia kemudian menarik lengan penyelam tersebut dan melambai bagi memaklumkan bahawa dia ada di situ.

 

VIDEO :

 

HAMPIR MAUT SAAT DINAIKKAN KE PERMUKAAN

Rupanya perjalanan Harrison untuk naik ke permukaan tidaklah terlalu lancar. Hal ini kerana dia sudah berada terlalu lama di dalam laut yang masin itu dan telah menyerap lebih daripada sejumlah nitrogen yang berpotensi membawa maut.

Dia bernasib baik kerana pasukan penyelam tersebut mahir untuk menyesuaikan tahap gas di dalam badan Harrison dan membawanya naik dengan perlahan-lahan. Dengan cara tersebut,  badannya tidak terkejut dan dia dapat diselamatkan. Dia cuma mengalami masalah kulit menggelupas kerana terlalu lama berada di dalam air.

 

BACA JUGA : “Doakan Kak Anis Boleh Tengok Dekat Syurga Ye” Tak Pernah Tengok Muka Sesiapa Pun, Kak Anis Rindu Nak Tengok Muka Mak Ayah, Adik Beradik, Anak-Anak Dan Suami

 

SANGKAKAN RAKANNYA YANG LAIN TERSELAMAT

Pada mulanya, dia mengatakan bahawa dia sangka mereka yang lain juga berjaya diselamatkan. Namun, saat dia mengetahui hal sebenarnya bahawa dia seorang sahaja yang terselamat dia berasa benar-benar sedih.

Kisahnya sehingga ke hari ini masih tular dan menjadi bukti bahawa Allah S.W.T mampu untuk menyelamatkan sesiapa sahaja yang dikehendakinya sekalipun keadaan seperti menunjukkan tiada harapan yang tersisa.

 

SUMBER : Akses Info, BBC & GCAPTAIN

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.