“Kalau Kita Mati Nanti, Kerajaan Tolong Jugak Kan?” Wanita Tumpangkan Pak Cik Tua Pulang ke Rumah, Tak Sangka Soalan Akhir Pak Cik Ni Buat Ramai Sebak!
Dalam keadaan yang serba mencabar sekarang ini, terlalu ramai sebenarnya yang terkesan. Ada yang terpisah dengan keluarga. Ibu bapa tidak dapat untuk berjumpa dengan anak-anak dan begitulah juga buat anak-anak.
Pastinya sudah lama wajah tua ibu dan bapa tidak kita tatapi. Pasti juga sudah lama tangan mereka tidak kita salam dan cium. Sudah tentu sudah sangat lama tubuh mereka tidak kita peluk untuk menikmati hangatnya kasih dan sayang mereka.
Sungguh, rindu itu pasti ada. Namun, apakan daya kerana keadaan semasa yang sangat-sangat merbahaya untuk kita semua. Wabak pandemik Covid-19 masih jauh lagi untuk berjaya dikawal dengan sebaiknya.
RAKYAT MALAYSIA RAMAI YANG PRIHATIN
Namun, kita semua bernasib baik kerana rakyat Malaysia semuanya sangat prihatin. Ramai yang masih peka akan nasib mereka di sekeliling dan sangat bersedia untuk membantu.
Bermacam kempen telah dilaksanakan. Semuanya demi menjamin dan memastikan kita semua dapat keluar daripada ujian ini bersama-sama. Baru-baru ini tular sebuah perkongsian menerusi akaun Instagram @_syafiqamazlann.
Video tersebut menunjukkan dia yang telah membantu seorang pakcik tua untuk pulang ke rumah dengan menumpangkannya menaiki kereta yang dipandunya. Tujuannya berkongsi video berkenaan bukanlah untuk menunjuk akan kebaikannya. Sebaliknya, ada satu perkara yang dia sangat-sangat ingin kongsikan dengan semua warganet.
DULU DUDUK BERDUA, KINI SEORANG DIRI
Menerusi video tersebut, sempat jugalah Syafiq bertanya beberapa soalan kepada pakcik tersebut. Menurutnya, pakcik tersebut sebelum ini tinggal berdua dengan isterinya. Namun kini, dia hanya tinggal seorang diri.
Anak-anak pula sekarang ini berada jauh dengannya. Mungkin disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sukar untuk mereka pulang menziarahi bapa mereka ini.
VIDEO :
SOALAN AKHIR PAKCIK BUAT RAMAI SEBAK
Sebelum tamat video yang dikongsikan itu, pakcik tersebut bertanyakan satu soalan yang sangat-sangat menyebakkan. Dia bertanya seandainya dia mati, adakah kerajaan akan tolong? Mungkin dari segi pengurusan jenazah dan sebagainya. Mungkin itu menjadi kerisauannya kerana sekarang ini dia tinggal seorang diri dan tidak mahu menyusahkan anak-anak.
Sebelum turun dari kereta, katanya pakcik tersebut menolak pelawaan untuk menyimpan nombor telefon Syafiqa. Tujuannya hanya satu, seandainya ada apa-apa yang pakcik tersebut perlukan pertolongan, boleh sahaja hubungi dirinya.
Pakcik tersebut turut sempat menitipkan pesanan untuk Syafiqa supaya teruskan berbuat baik dengan orang ramai dan bantulah sekadar termampu.
WARGANET TURUT SEBAK
Tidak dapat dinafikan bahawa soalan terakhir daripada pakcik tersebut telah membuatkan ramai yang berasa sebak. Ada yang mencadangkan agar Syafiqa mendaftarkan khairat kematian untuk pakcik tersebut.
Ramai juga yang mengucapkan terima kasih kerana menjadi rakyat yang prihatin dan sudi untuk membantu mereka yang memerlukan. Mereka juga mendoakan kebaikan buat Syafiq dan pakcik ini.
Ramai juga yang memberikan kata-kata semangat buatnya untuk terus melakukan kebaikan.
Sama-samalah kita menjadi lebih peka dan prihatin dengan mereka di sekeliling kita. Mungkin ada kesusahan atau kesulitan yang mereka tidak sanggup untuk berkongsi dengan orang lain. Jadi, rajinkan diri untuk bertanyakan khabar dan membantu sekirang mereka memerlukan.
SUMBER : Akses Info, INSTAGRAM _syafiqamazlann