5 CARA BAYAR ZAKAT DENGAN MUDAH

0 34

Ada 5 Cara Bayar Zakat Dengan Mudah. Sebelum saya ceritakan dengan lebih detail bagaimana cara bayar zakat dengan mudah. Perlu untuk kite ketahui zakat ini terbahagi kepada dua jenis zakat.

Zakat Fitrah dan Zakat Harta. Tapi untuk entry kali ni, saya kongsikan tentang zakat fitrah sahaja dulu ye.

ZAKAT FITRAH

Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum, pada hamba sahaya, orang yang merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa dari kaum Muslimin” (HR Bukhari)

Berdasarkan hadith ini, setiap individu itu WAJIB untuk menunaikan Rukun Islam yang ke tiga ini. Akan tetapi terdapat kelonggaran yang diberikan oleh agama Islam buat penganutnya.

Jadi mereka yang memenuhi syarat ini sahaja adalah DIWAJIBKAN.

  1. Mereka yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungganya pada malam dan pagi hari raya
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum matahri terbenam pada akhir Ramadhan dan berkekalan islamnya.
  • Seseorang yang meninggal dunia selepas matahari terbanam akhir Ramadhan
BILAKAH ZAKAT FITRAH DIBAYAR?

Terdapat tiga hukum berkenaan bilakah zakat fitrah ini wajib dibayar.

  1. WAJIB – Menurut mazhab Syafie mengikut yang “azhar- paling jelas” dan Hanbali berpenda[at bahawa wajib zakat fitrah bermula tenggelamnya matahari pada akhir Ramadhan iaitu pada malam raya. Dan ia merupakan sebahagian daripada pendapat Mazhab Maliki.
  2. SUNAT – Mazhab Syafie berpendapat sunat dikeluarkan zakat sebelum Solat Sunat Hari Raya dan makruh metakhirkannya sehingga solat sunat itu selesai.
  3. HARAM –  Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya bersifat setempat dan terhad seperti hari Korban. Oleh itu, siapa yang membayar zakat sesudah hari raya TANPA UZUR ia dianggap BERDOSA.  Pendapat ini adalah pendapat daripada MAzbah Maliki, Syafie dan juga Hanbali.  Dan sekiranya sedar, haruslah dibayar dengan kadar SEGERA. Sekiranya ia masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Bagaimana CARA MEMBAYAR ZAKAT FITRAH DENGAN MUDAH
  1. Kaunter PPZ – MAIWP
    1. Bagi mereka yang berdekatan dengan Pusat Pungutan Zakat wilayah Persekutuan ini, boleh terus walk in sahaja ke sana. Ianya lebih mudah dan lebih trusted. Namun, di musim PKPB ini hendaklah berhati-hati. Jaga jarak sosial dan patuhi setiap SOP yang dikeluarkan pihak berwajib.
  2. Portal PPZ – MAIWP
    • Untuk memudahkan supaya tidak perlu keluar, pihak PPZ MAIWP ada sediakan platform untuk kita membuat bayran zakat secara online. Melalui Portal PPZ – MAIWP. Boleh follow cara di bawah.
A screenshot of a computer screen

Description automatically generated
A screenshot of a cell phone

Description automatically generated
A screenshot of a social media post

Description automatically generated
A screenshot of a cell phone

Description automatically generated
A screenshot of a computer

Description automatically generated

Dan teruskan sehingga selesai bayaran.Kaunter Van Bergerak

3. Selain daripada buat bayaran di kaunter PPZ dan bayaran online. Pihak PPZ ada sediakan van bergerak bagi memudahkan orang ramai buat bayaran zakat.

A picture containing outdoor, road, truck, car

Description automatically generated
  • 4. Skim Potongan Gaji atau Skim Thohir
A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Lebih mudah dengan klik je di laman web rasmi pusat zakat. Sebab dah ada button yang terus bawa kita ke sana. Bank (Kaunter, Perbankan Internet, Mesin ATM)

5. Menggunakan perkhidmatan Bank sama ada melalui kaunter, perbankan internet atau mesin ATM.

Jadi, jika kita ragu2 untuk buat bayaran melalui online. Boleh terus ke kaunter bank. Sekiranya kaunter PPZ di kawasan kita agak jauh.

  • Firma Mata & Firma Audit
  • MYEG
  • Kiriman Pos
  • Kaunter Pejabat Pos di Seluruh Wilayah Persekutuan
  • Cek Post – Dated
  • Koperasi Angkasa
  • Trustess Terpilih (‘amil)

So, inilah 5 Cara Bayar Zakat Dengan Mudah. Pihak PPZ MAIWP dah sediakan pelbagai cara untuk memudahkan kita. Tinggal kita sendiri je nak jalankan tanggungjawab berikutnya.

Selamat Menunaikan Zakat buat semua Muslim.

https://www.zakat.com.my/

Leave A Reply

Your email address will not be published.