7 JENIS BANTUAN TERKINI UNTUK RAKYAT MALAYSIA 2020
7 Jenis Bantuan Terkini Untuk Rakyat Malaysia 2020? Fuuh bukan satu dua, tapi ada 7 bantuan Kerajaan yang boleh kita mohon.
Sebenarnya ada banyak lagi bantuan baik daripada peringkat kerajaan mahupun peringkat negeri yang disediakan buat kita semua. Ya, negeri ni akan berbeza mengikut negeri masing-masing.
Setiap bantuan yang saya kongsikan ni, ada yang sudah pun mohon dan mungkin ada yang anda belum mohon. Atau mungkin ada yang belum tahu pun kewujudan bantuan-bantuan ini.
So, jom kita tengok satu persatu bantuan-bantuan yang ada dan boleh kita mohon.
BANTUAN TERKINI YANG ADA UNTUK RAKYAT MALAYSIA
- BANTUAN SARA HIDUP
- Bantuan ini umumnya ramai yang sudah tahu. Dan ramai yang sudah pun terima wang bantuan sara hidup ni. Bermula dari zaman kepimpinan sebelum ini pun, bantuan ini ada cuma nama sahaja yang berbeza-beza.
- Bantuan Sara Hidup ini ada beberapa kategori. Antaranya bujang yang berpendapatan melebihi RM2,000 atau yang kurang dari RM2,000. Ada juga untuk keluarga yang isi pendapatan kurang RM4,000 atau melebihi RM4,000
- Jenis bantuan dan amount yang diterima akan berbeza-beza mengikut kategori tertentu.
- Permohonan untuk Bantuan Sara Hidup ini sudah pun ditutup pada 15 Mac 2020 yang lalu. Namun proses rayuan dibuka bagi mereka yang gagal tempoh hari. Sayangnya Tarikh rayuan dibuka bermula 12 Mei sehinggalah pada 30 Mei yang lepas.
- Bagi tahun ini, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) diberikan berdasarkan data daripada Bantuan Sara Hidup (BSH) yang lepas dan juga Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
- Sila layari pautan ini untuk detail lanjut mengenai Bantuan Sara Hidup dan Bantuan Prihatin Nasional
2. SKIM MYSALAM
- Skim perlindungan kesihatan nasional mySalam adalah inisiatif Kerajaan kepada 8 JUTA rakyat Malaysia. Ia bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada individu B40.
- Golongan ini yang mana penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 yang berumur 18 hingga 55 tahun serta pasangan mereka.
- Pada tahun 2020, skim ini juga telah diperluas kepada individe berkategori M40 iaitu mereka yang mempunyai pendapatan kasar tahunan di bawah RM100,000.00
- KATEGORI BSH
- Pembayaran tunai RM8,000 jika didiagnos mempunyai salah satu daripada 45 penyakit kritikal
- Mendapat elaun hospitaliti sebanyak RM50 sehari (termasuk jika masuk wad disebabkan covid 19). Maksima 14 hari ataupun RM700 setahun.
- KATEGORI BUKAN BSH
- Layak terima RM50 sehari jika mendapat rawatan di mana-mana hospital kerajaan, universiti atau tentera.
- SENARAI 45 PENYAKIT KRITIKAL
- Boleh lihat di lini ini >> PENYAKIT KRITIKAL
- CARA PENDAFTARAN
- Klik link ini dan buat pendaftaran mySalam >> PENDAFTARAN
LEGA BILA ADA SKIM UNTUK KESIHATAN NI
- Bagi yang bukan penerima BSH, pendaftaran M40 kini ditutup buat sementara waktu.
3. PROGRAM REBAT ELEKTRIK RM40
- Program rebat Eletrik RM40 adalah program bantuan Kerajaan secara bersasar untuk membiayai bil eletrik bulanan sehingga RM40. Ianya adalah untuk keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar. Ianya disahkan dalam sistem e-Kasih dari unit penyelarasan pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM). Pengguna yang layak akan menerima bil eletrik percuma sehingga RM40 setiap bulan.
- Program ini merupakan program baharu yang telah menggantikan Program Rebat bil Elektrik RM20 yang telah dilaksanakan sejak 2008.
- Boleh buat semakan, sekiranya anda tergolong dalam golongan miskin tegar atau miskin berdaftar.
- Boleh hubungi nombo 03-8000 8000 untuk maklumat lanjut mengenai program ini
- Klik sini >> SEMAKAN REBAT ELEKTRIK RM40
- Baca sini untuk >> SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PROGRAM REBAT ELEKTRIK
4. PAS TANPA HAD MYRAPID MY100/MY50. TERBARU MY30!
- My100 dan My50 adalah pas yang menawarkan perjalanan tanpa had pada rangkaian kereta api dan bas Rapid KL selamat 30 hari berturut-turut.
- Penumpang boleh melalukan perjalanan beberapa kali dalam sehari di mana-mana rangkaian Rapid KL atau bas dengan tambang yang dikenakan bayaran sebanyak RM100 untuk 30 hari.
- Perjalanan tanpa had ini meliputi juga di LRT, MRT, Monorail, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas pengantara MRT.
- Atau RM50 untuk 30 hari bagi perjalanan tanpa had tetapi ianya hanya untuk bas Rapid KL dan perkhidmatan bas pengantara MRT. Tidak termasuk BRT.
- Baru-baru ini menerusi ucapan perutusan Perdana Menteri, ada satu lagi pakej atau program iaitu MY30.
- Dengan bayaran RM30 sahaja, kita boleh menikmati perjalanan tanpa had untuk 30 hari. Antaranya MRT, LRT, Monorail, BRT, Bas Rapid KL dan bas pengantara MRT.
- Namun, MY30 ini sah bermula 15 Jun sehingga 31 Disember 2020 sahaja.
- Perkhidmatan ini tersangat lah membantu bagi para pekerja yang sudah mula masuk ke pejabat. Sejak wabak Covid 19 ini menular, semua agensi pekerjaan diarah untuk tutup kecuali beberapa agensi sahaja yang dibenarkan.
- Fasa PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) yang sedang dijalankan kini bermula 15 Jun sehingga 31 Ogos ini, sudah banyak agensi pekerjaan yang dibenarkan beroperasi.
- Untuk info lanjut mengenail Program MyRapid ini, boleh dibaca di sini >> RAPID KL MY30
BACA JUGA: Permohonan Bantuan Skim BaitulMal Yang Ramai Tak Tahu
BANTUAN UNTUK ANAK-ANAK SEKOLAH PUN ADA?
5. BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
- Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dilaksanan bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga. Terutama sekali pada awal tahun di mana banyak barangan keperluan yang diperlukan.
- Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 ataj yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan isi Rumah Kasar RM3,000 dan ke bawah.
- Bantuan akan diberikan secara sekaligus (one-off) sebanyak RM100 untuk seorang murid.
- Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yangbersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (Selain sekolah antarabangsa).
KAEDAH PENYALURAN
- Bantuan diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat melalui
- Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) Sekolah atau
- Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK
- NAMUN, bagi tahun 2020 ini sepeti yang kita sedia maklum anak-anak akan mula bersekolah secara berperingkat bermula 24 Jun ini.
- Pihak Kementerian Pendidikan membenarkan untuk pelajar Tingakatan 5 dan Tingkatan 6 sahaja dahulu.
- Diikuti 1 Julai 2020 ini, diberi arahan untuk beroperasi pelajar tadika dan prasekolah dan taska.
- Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan ini, boleh baca di sini >> DETAIL BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
6. SKIM I-SURI
Pelaksanaan Skim KWSP Untuk Suri Rumah (i-SURI) diperkenalkan bagi mewujudkan jaringan sosial. Seterusnya memperkasa hak wanita dan mengiktiraf kepentingan peranan kaum hawa.
Kumpulan sasar yang akan mendapat manfaat di bawah skim ini adalah semua yang merupakan suri rumah kepada Ketua Isi Rumah, Ketua Isi Rumah dalam kalangan ibu tunggal, balu, dan wanita yang belum berkahwin.
Mereka haruslah yang berdaftar dalam Sistem e-Kasih kendalian Unit Penyelarasan Pelaksanaa (ICU) di Jabatan Perdana Menteri.
FAEDAH I-SURI
- Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM200 pada tahun pada tahun 2018, dan RM480 pada setiap tahun yang berikutnya
- Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila -bila masa engikut kemampuan mereka dan masih boleh buat pengeluaram mengikut syarat-syarat tertentu.
- Menerima dividen tahunan KWSP
- Bantuan Kematian RM2500
- *tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan KWSP
- Baca detail di sini >> SIAPA YANG BOLEH DAFTAR I-SURI?
7. SKIM PEDULI KESIHATAN UNTUK KUMPULAN B40
- Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PEKA B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
- Bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).
- Peka B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan isi rumah 40% terendah (B40)
- Penerima BSH dan pasangan mereka yang mana berusia 40 tahun ke atas secara automatik layak menyertai Peka B40. TIADA PENDAFTARAN KHUSUS diperlukan untuk sertai Peka B40.
- Boleh buat semakan kelayakan anda di sini.
BANYAK BETUL BANTUAN YANG BOLEH KITA DAPAT SEBENARNYA..
Secara kesimpulannya, bukan hanya 1 malah terdapat banyak lagi bantuan yang boleh kita dapat melalui bantuan kerajaan ini.
Seperti yang kita sedia maklum, bantuan KEBANYAKANNYA adalah untuk mereka yang memerlukan dan selayaknya.
Jadi, sekiranya kita tidak tergolong dalam kelompok dan golongan ini, ketahuilah di luar sana ada ramai lagi yang lebih memerlukan berbanding kita. InsyaAllah sudah pasti rezeki itu ada di mana-mana.
Sekiranya kita layak, pastikan dah isi dan tersenarai dalam 7 Jenis Bantuan Terkini Untuk Rakyat Malaysia 2020 ini.
Semoga bermanfaat dan kongsikan kepada kawan-kawan atau ahli keluarga kita dari golongan B40.