BANTUAN KHAS AIDILFITRI UNTUK PENJAWAT AWAM

0 35

Bantuan Khas Aidilfitri Untuk Penjawat Awam. Satu berita yang baru sahaja diwar-warkan oleh pihak BERNAMA sudah pasti menjadi satu berita gembira buat seluruh penjawat awam di Malasyia.

Hal ini kerana Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah akan menerima Bantuan Khas Aidilfitri 2020 sebanyak RM500.00.

Walaubagaimanapun, ianya tertakhluk kepada mereka yang masih berkhidmat sehingga tarikh 20 Mei 2020.

Menurut Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2020 menjelaskan, kerajaan memutuskan bantuan Khas itu akan dibayar bermula 20 Mei 2020 ini.

Tidak diabaikan, pesara kearajaan yang menerima pencen juga turut mendapat Bantuan Khas Aidilfitri 2020 ini dengan jumlah RM250.00.

PEGAWAI YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN

Menurut beliau lagi, hampir kesemua pegawai kakitangan kerajaan akan layak menerima Bantuan Khas Aidilfitri 2020. Antara pegawai yang layak diberi Bantuan Khas ini adalah :

  • Pegawai Lantikan Tetap
  • Pegawai Sementara
  • ‘Contract service”
  • Pegawai yang bercuti bergaji penuh
  • Pegawai yang Bercuti Separuh gaji
  • Pegawai yang bercuti Tanpa gaji
  • Pegawai yang dipinjamkan

Pegawai yang dipinjamkan ini termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya. Bantuan Khas Aidilfitri 2020 ini akan dibayar oleh agensi yang menerima peminjaman pegawai.

Bantuan Khas ini juga turut diberikan kepada guru-guru interim, pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas.

Serta pegawai Gred Khas A dan ke atas yang layak mendapat khidmat pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya. Ianya turut dinyatakan dalam pekeliling tersebut.

“Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran, Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman berdasarkan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan Akta Saraan Hakim 1971 juga turut layak menerima Bantuan Khas Aidilfitri.” Jelas Mohd Khairul Adib.

Dalam pada itu, Mohd Khairul Adib berkata, Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 akan turut disalurkan bantuan ini sebanyak RM500 dengan syarat tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari secara berturut-turut.

Mengenai pesara yang sudah tamat perkhidmatannya, namun dibuat lantikan semula secara ‘contract of service’ seperti mana di bidang perubatan kini dan masih berkhidmat pada 20 Mei 2020 juga layak diberi bantuan sebanyak RM500.00.

Pembayaran tersebut akan dibuat secara dua peringkat iaitu dengan bayaran RM250.00 setiap satu. Pembayaran akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam  bermula 20 Mei 2020.

PEGAWAI YANG TIDAK LAYAK MENERIMA BANTUAN

Terdapat juga golongan pegawai yang TIDAK LAYAK menerima Bantuan Khas Aidilfitri 2020 ini. Mereka adalah dari golongan :

  • pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjam/ tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/ Gred Khas
  • pegawai yang dijatuhkan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 20 Mei 2020
  • pegawai yang ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 20 Mei 2020
  • pegawai yang meletak jawatan dalam tempoh 1 Januari 2020 hingga 20 Mei 2020
PEGAWAI YANG MENINGGAL DUNIA DALAM TEMPOH PERKHIDMATAN

Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang meninggal dunia pada 20 Mei 2020, mereka juga layak diberi Bantuan Khas Aidilfitri Tahun 2020 ini sebanyak RM500.00.

Pembayaran kepada mana-mana penerima pencen terbitan yang layak dibawah undang – undang pencen sebanyak RM500.00 akan dibayar oleh jabatan terakhir pegawai tersebut berkhidmat.

Kesemua Bantuan Khas Aidilfitri 2020 ini dijangka akan dibayar bermula 20 Mei 2020 – BERNAMA

Rujuk PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 3 TAHUN 2020 :

Nanti ada pekeliling dekat sini

Semoga bantuan  yang diberikan oleh pihak kerajaan ini dapat meringankan sedikit sebanyak kesusahan yang dialami oleh pihak pegawai penjawat awam untuk menyambut Aidifitri Tahun ini.

Walaubagaimanapun, amalkan jarak sosial dengan duduk di rumah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.