BANTUAN KREDIT RM50 e-WALLET TERIMA BERMULA ESOK – Tengku Zafrul

0 19,604

Bantuan Kredit RM50 e-Wallet Terima  Bermula Esok  melalui aplikasi tiga e-dompet yang disenaraikan. Kerajaan melalui Kementerian Kewangan sebelum ini ada mengwar-warkan mengenai Kredit RM50 ini ke dalam e-dompet pengguna.

Namun, kredit ini akan diberikan melalui e-dompet dan boleh ditebus melalui Boost, GrabPay atau Touch n Go e-Wallet

Walaupun jumlah RM50 ini dilihat kecil namun, ianya memadai dalam mambantu setiap orang yang layak menerima bantuan kredit ini.

SIAPA YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN KREDIT INI

Penerima yang layak menerima bantuan kredit e-dompet ini adalah mereka yang berwarganegara Malaysia serta berumur 18 ke atas. Selain itu, penerima mestilah berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun.

Terdahulu, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, program RM750 juta iaitu kredit e-Penjana itu adalah antara inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA).

Ini bertujuan membantu merancakkan perbelanjaan pengguna di Malaysia. Dengan erti kata lain, menggalakkan pengguna untuk mula terbiasa dengan membuat belian tanpa sentuh atau ‘touchless’ bagi mengelakkan sebarang penularan wabak covid ini serta lebih memudahkan.

Tidak perlu membawa cash untuk keluar membuat belian, cukup sekadar hanya scan melalui aplikasi yang dimuat turun di telefon pintar kita.

Bermula esok, 31 Julai 2020 sehingga 24 September, mereka yang layak boleh membuat penebusan melalui e-dompet yang terlibat dan penggunaan mestilah sebelum 30 September 2020.

APA KAITAN DENGAN APLIKASI MYSEJAHTERA?

Aplikasi MySejahtera merupakan Aplikasi yang dibangunkan milik Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mengesan secara atas talian sekiranya pendaftar mempunyai gejala – gejala covid 19.

Melalui soalan-soalan yang diajukan, pengguna mestilah menjawab beberapa soalan dengan jujur bagi membantu pihak KKM memperolehi data pengguna dengan tepat.

Dengan pemberian kredit PERCUMA RM50 ini, maka Kerajaan bekerjsama dengan pihak KKM untuk memastikan bahawa mereka yang mempunyai atau memuat turun aplikasi mysejahtera sahaja akan dibolehkan untuk membuat tebusan kredit tersebut.

Oleh yang demikian, Sesiapa yang berkelayakan seperti berikut sahaja, boleh membuat tebusan bantuan kredit tersebut.

  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan kurang dari RM100,000 setahun
  • Mempunya salah satu daripada 3 e-dompet ini ( Boost, GrabPay atau Touch n Go)
  • Memuat turun aplikasi MySejahtera

Cukup sahaja syarat di atas, maka kita sudah boleh buat tebusan bermula esok (31 Julai 2020) sehingga 24 September.

Pemohon yang layak juga akan menerima padanan insentif tambahan bernilai RM50 dalam bentuk rebat tunai, baucar atau mata ganjaran sepanjang tempoh kempen. Katanya dalam kenyataan media di Kuala Lumpur hari ini.

Sehingga hari ini, sudah banyak kedai-kedai dalam pasaraya, mahupun kedai runcit yang sudah mempunyai QR MySejahtera bagi memastikan urus niaga e-Penjana yang lancar di premis mereka.

Bagi peniaga yang belum mempunyai QR Code MySejahtera ini boleh lah menghubungi penyedia perkhidmatan berkenaan atau follow step by step di bawah.

STEP BY STEP DAFTAR QR MYSEJAHTERA

STEP 1 – Pergi ke laman web MySejahtera – MySEJAHTERA MALAYSIA

STEP 2 – Klik Perkhidmatan, kemudian MySejahtera Check In

MySejahtera
Klik MySejahtera Check In

STEP 3 – Klik Daftar MySejahtera Check In. (bagi mereka yang 1st time nak mohon)

MySejahtera
Daftar untuk Pertama kali

STEP 4 – Isi detail Nombor telefon untuk terima OTP. Klik Saya Bukan Robot. Kemusian, submit.

Mysejahtera
Masukkan Nombor fon

STEP 5 – Isi Nombor OTP yang diterima dan klik submit

Msejahtera
Masukkan Nombor OTP

STEP 6 – Isi kan detail company profile kita dengan lengkap.

Mysejahtera
Isikan detail mengenai perniagaan kita

STEP 7 – Akhir sekali, kita akan diberi imbasan QR milik company kita yang kita cipta tadi.

STEP 8 – Print dan tampalkan di pintu masuk kedai.

MySejahtera
Imbasan Kod QR untuk premis kita

Baca juga >> 9 Status Permohonan BSH Yang Wajib Korang Tahu. Korang Yang Mana?

Tengku Zafrul berkata lagi, pemohon diminta untuk memuat turun dan mengemas kini data dalam aplikasi MySejahtera bagi memudahkan urusan tebusan kredit dilakukan.

Menurutnya, rakyat juga diingatkan bahawa bagi tujuan Pelaksanaan e-Penjan ini Kementerian kewangan hanya mengiktiraf aplikasi MySejahtera, Boost, Grabpay dan Touch n Go eWallet sahaja.

Hal ini ditegaskan berikutan bagi memastikan pengguna tidak memberikan maklumat peribadi sewenang-wenangnya kepada mana-mana aplikasi lain yang bimbang diambil kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Pastikan data peribadi hanya dikongis dengan aplikasi yang rasmi dan sahih.

Semoga dengan perkongsian Bantuan KreditT RM50 e- Dompet Terima  Bermula Esok ini boleh buat kita lebih alert untuk buat penebusan bermula esok.

Kami di Akses Info mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua yang sudi membaca perkongsian ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34