Bantuan Prihatin Elektrik Bantu 4 Juta Rumah Dapat Bil Percuma

0 10,885

Bantuan Prihatin Elektrik Bantu 4 Juta Rumah Dapat Bil Percuma. Lebih kurang 4 juta atau 52.2 peratus pengguna domestik yang mana bil elektriknya kurang RM77, tidak perlu membuat pembayaran.

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Dato’ Dr Shamsul Anuar Nasarah, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meluluskan Bantuan PRIHATIN Elektrik Tambahan dalam kategori domestik sebanyak RM942 juta.

Ini adalah untuk mengurangkan beban pengguna elektrik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).  Hal ini berkaitan bila mana baru-baru ini kecoh,  bil elektrik pengguna yang mencanak naik.

Sebelum itu, jom kita kongsikan sedikit info tentang Bantuan Prihatin Elekterik ini.

APAKAH BANTUAN PRIHATIN ELEKTRIK (BPE)?

BPE adalah pakej bantuan tambahan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia bersama TNB kepada semua pelanggan domestik  dalam bentuk manfaat penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan.

Ini bersamaan penggunaan elektrik sehingga 300kWj pertama untuk tempoh 3 bulan pelaksaan PKP.

Di samping itu, bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik  di antara 601 – 900 kWj sebulan, akan mendapat diskaun 10%.

APAKAH PERBEZAAN ANTARA BPE DENGAN DISKAUN PRIHATIN?

Diskaun Prihatin diberikan kepada para pelanggan bermula April 2020 sehingga September 2020. Manakala BPE adalah bantuan tambahan yang diberikan sekaligus bagi bil yang tinggi sepanjang April 2020 hingga Jun 2020.

SIAPA YANG LAYAK?

Semua pelanggan domestik TNB akan menerima BPE yang jumlahnya akan dimasukkan secara sekaligus ke dalam bil Julai 2020.

BAGAIMANA NAK BUAT SEMAKAN?

Tak perlu, sebab BPE akan diberikan secara automatik kepada semua pelanggan domestik.

SAYA PELANGGAN METER PINTAR. ADAKAH SAYA LAYAK MENERIMA BPE?

Ya. Semua pelanggan domestik layak sekiranya bil kurang daripada RM77 sebulan

MACAM MANA NAK BUAT PERMOHONAN?
Tidak perlu buat permohonan untuk menikmati manfaat bantuan tambahan ini sebab ia diberikan secara automatik.

Baca lagi soalan-soalan lazim mengenai BPE ini di sini

>> SOALAN LAZIM BPE

Blok Tarif di antara 601 -900 kWj akan menerima pertambahan diskaun sebanyak 8 peratus. Sebelum ini, diskaun yang diberikan hanya 2% dan kini menjadikan 10% sebulan kesemuanya.

Selain daripada Bantuan Prihatin Elektrik, Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga membantu kita sebagai pengguna dengan beberapa perkara lagi.

  • Easy Payment Plan (EPP) memudahkan pengguna membayar secara ansuran
  • Tiada pemotongan elektrik sehingga 30 September 2020
  • Tiada denda bayaran lewat dikenakan bermula 18 Mac 2020 sehingga 30 September 2020. Iaitu sepanjang tempoh MCO.

Wah! Bukan sikit bantuan yang diberikan kepada kita kan? Tapi janganlah dengan kemudahan ini buat kita rasa senang dan buat keputusan tidak membayar bil.

Selepas bulan Sptember nanti, sakit kepala nak buat bayaran secara lump sum. Oleh itu, jangan bertangguh dan buat bayaran secara bulanan dengan konsisten.

Kepada yang memang ada buat pembayaran secara bulanan, sekiranya ada lebihan, akan dikreditkan ke bil yang akan datang.

Selain itu, sekiranya mereka yang menggunakan bil elektrik 300kWj ke bawah, dan sudah membuat bayaran bil untuk bulan April, Mei dan Jun juga akan dikreditkan semula ke dalam bil Julai nanti.

“KESELURUHAN DANA BANTUAN RM942 JUTA

Dari keseluruhan bantuan yang diberikan untuk Bantuan Prihatin Elektrik ini adalah sebanyak RM942 juta.

Ini menjadikan jumlah diskaun keseluruhan yang diberikan  pengguna elektrik bagi tempoh 1 April 2020 hingga 30 Disember 2020 adalah sebanyak RM2.2 billion.

Melalui kenyataan media yang disampaikan beliau petang semalam, mereka berharap bahawa bantuan yang diberikan oleh Kerajaan ini dapat membantu sedikit dan dapat meringankan beban kepada penggunanya.

BACA JUGA : Bayar Bil Elektrik Dalam 5 Minit secara online?

Oleh itu, kita yang masih lagi dalam keadaan perang dalam memerangi Covid19 ini, hendaklah berjimat cermat dalam penggunaan elektrik supaya tidak berlaku peningkatan mendadak.

Seterusnya menjadi bebanan kepada kita untuk melunaskan bayaran. Bantuan Prihatin Elektrik Bantu 4 Juta Rumah Dapat Bil Percuma ini akan mula dilaksanakan serta merta.

Jadi, boleh mula tengok untuk bil Julai nanti okay! Berjimat cermat, amalan mulia.

Akhir kalam, kami di Akses Info mengucapkan tahniah sekiranya anda tergolong dalam mereka yang mendapat PERCUMA bayaran bil bagi bulan April, Mei dan Jun.

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.