Bantuan Tambahan RM480 Untuk Anak Bawah 18 Tahun Diberi Sebelum Akhir Julai

4 51,484

Bantuan Tambahan RM480 Untuk Anak Bawah 18 Tahun Diberi Sebelum Akhir Julai  ini disampaikan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Dalam ucapan beliau yang berlangsung ketika kenyaataan media Laporan Ke -11 baru-baru ini, beliau mengatakan golongan isi rumah juga, anak-anak mereka layak menerima bantuan Sara Hidup.

Dengan jumlah RM120 bagi setiap seorang anak, diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh keluarga berkenaan.

RM120 SEORANG MAKSIMA 4 ORANG SAHAJA

Walau bagaimanapun, hanya maksima empat (4 ) orang anak sahaja yang akan diambil kira dan diberi bantuan sara hidup ini dan mestilah berumur 18 tahun ke bawah.

Bagi fasa ke tiga ini, jumlah bayaran yang akan diperolehi bagi Golongan Pendapatan bawah RM2,000 ini adalah sejulah RM600. Sekiranya mempunyai anak sehingga 4 orang, mereka diberi tambahan sebanyak RM480 menjadikan jumlah RM1080 yang akan diterima.

Hal ini menjelaskan sekiranya mempunyai ramai anak melebihi empat orang sekali pun, yang dikira dan bantuan maksima untuk anak-anak adalah RM480 sahaja.

Dan begitu juga pengiraan untuk golongan isi rumah yang berpendapatan melebihi RM2001 hingga RM3000 dan juga golongan yang berpendapatan RM3001 hingga RM4000.

Pembayaran bagi Fasa Ketiga ini membabitkan RM3 bilion yang terdiri daripada 3.8 juta kategori isi rumah dan juga 1.2 juta individu bujang.

Mengulas lanjut isu ini, Tengku Zafrul berkata seperti yang dimaklumkan sebelum ini bagi Kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank, pelaksanaan pembayaran secara tunai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dijalankan tidak lama lagi.

Untuk pembayaran Fasa ketiga ini,  golongan yang berpendapatan RM2001 – RM3000 bakal mendapat bantuan sebanyak RM350. Manakalah yang berpendapatan RM3001 sehingga RM4000 pula akan menerima bantuan sejumlah RM250.

Bagi golongan bujang, yang berusia 40 tahu ke atas dan mempunyai pendapatan kurang daripada RM2000 juga akan menerima bantuan dari Kerajaaan melalui BSH ini. Dengan jumlah RM400 ia akan terus disalurkan ke akaun bank bagi kemudahan mereka.

PEMBAYARAN TUNAI BERMULA 1 JULAI 2020

Melalui pelarasan Perbendahaan Malaysia Sabah (PMSabah) dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak (PMSarawak). Ianya dijadualkan bakal bermula antara 1 hingga 31 Julai 2020 ini.

Usaha ini bakal memberi manfaat kepada sebanyak 53,325 orang penerima dengan impliaksi kewangan sejumlah RM28.7 juta kesemuanya.

Baca Juga >> Permohonan Rumah PPR Yang Ramai Terlepas Pandang

“Kerajaan sedar, walaupun masih ada bantuan-bantuan lain seperti BPN, BSH, SOCSO, EIS, Zakat dan sebagainya, masih ada golongan rakyat yang berada dalam keadaan amat berkurangan.”

Kesan daripada Pendemik Covid-19 ini, bukan sahaja ekonomi Negara yang terkesan, Tidak dapat dinafikan ianya memberi kesan yang amat teruk terhadap golongan keluarga yang berpendapatan rendah.

Hal ini menyebabkan kerajaan kita sehingga hari ini mencari peluang dan jalan untuk membantu rakyat Malaysia yang mempunyai masalah kewangan dan kehidupan.

Pelbagai bantuan yang diberikan, seberapa banyak golongan yang layak menerima. Tidak sahaja golongan isi rumah, mahal peniaga-peniaga baik kecil mahupun besar turut menerima bantuan kerajaan.

Tidak terhenti di situ, sewaktu awal Pendemik Covid-19 ini berlaku pun, Pihak Kerajaan telah memberi pilihan kepada kita untuk menghentikan bayaran dan pinjaman kepada pihak Bank.

TIDAK PANDANG RINGAN PAKEJ PRIHATIN DAN PENJANA

Tengku Zafrul menegaskan bahawa Kerajaan sesekali tidak akan memandang ringan aspek keselamatan sosial rakyat dan bantuan pakej PRIHATIN dan juga PENJANA yang disasarkan untuk membantu rakyat dalam jangka masa pendek ini.

Sambungnya lagi, mereka akan terus memantau rapat situasi semasa untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik bukan hanya untuk jangka masa pendek, maalah untuk jangka masa sederhana dan Panjang.

Semoga dengan bantuan yang diberikan ini dapat meringankan kesusahan yang ditanggung oleh mereka yang memerlukan.

Berita mengenai Bantuan Tambahan RM480 Untuk Anak Bawah 18 Tahun Diberi Sebelum Akhir Julai sudah pasti memberi sinar baru buat  mereka.

Kami di Akses Info mengucapkan selamat maju jaya buat semua yang terlibat!

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.