Bayar Bil Elektrik Dalam 5 Minit secara online?

0 9,124

Bayar Bil Elektrik Dalam 5 Minit secara online? Kalau sebelum ini kita merupakan orang yang selalu beratur untuk membuat bayaran segala jenis bil, baik bil elektrik, bil air, bil astro atau bil telefon.

Sedarlah, belum terlambat untuk menggunakan cara yang jauh lebih mudah.

Ya! Semuanya di hujung jari sahaja. Buat bayaran atas talian ini boleh membantu kita dalam menjimatkan masa, memudahkan urusan kerja.

Dalam entri kali ini, saya fokuskan kepada kaedah pembayaran bil elektrik. Seperti mana yang kita maklum, bil elektrik merupakan bil yang wajib yang kita hadap setiap bulan.

Baik tinggal di rumah sewa, apatah lagi tinggal di rumah sendiri. Ianya bergantung berapa kerap penggunaan elektrik di rumah yang kita stay itu.

Pembayaran bil elektrik ini dahulunya (masih boleh digunakan sehingga kini), dibayar di Pejabat TNB itu sendiri, Pejabat POS, 7 eleven, UTC ( Urban Tranformation Centre ) atau boleh juga di Stesen Minyak yang menggunakan sistem Epay.

Oleh itu, seiring dengan dunia sekarang ini pembayaran bil elektrik juga boleh dilakukan terus dari portal web atau application rasmi TNB atau menerusi pembayaran atas talian yang direct dari perbankan online.

Di sini saya akan kongsikan step untuk dua bank iaitu Maybank dan juga CIMB.

CARA MEMBUAT BAYARAN BIL ELEKTRIK

1- APLIKASI TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB)

Pertama sekali, kita perlu memuat turun dahulu aplikasi myTNB. Sekiranya anda pengguna Android, boleh dapatkan nya di Goole Play Store atau di App Store jika anda pengguna iOS.

Selain daripada membayar bil eletrik, aplikasi myTNB ini juga boleh digunakan untuk :

  • Memaparkan bil elektrik anda
  • Mengetahui jumlah tenaga yang telah digunakan sehingga enam bulan yang sebelumnya.
  • Uruskan beberapa akaun TNB yang lain. (Contohnya, rumah kediaman ibu bapa kita di kampung dsb)
  • Simpan info berkaitan kad kredit untuk pembayaran dalam aplikasi lebih pantas.
  • Hantar maklum balas atau aduan berkaitan bil elektrik
LANGKAH DEMI LANGKAH MENGGUNAKAN MYTNB

STEP 1 – Download myTNB di Google Play Store atau Apple Store. Klik INSTALL

cara bayar bil TNB online

STEP 2 – Tekan Daftar untuk yang belum ada akaun di aplikasi myTNB ni. Atau LOG IN masuk untuk yang sudah daftar akaun

STEP 3 – kita akan diberikan bantuan untuk pertama kali guna aplikasi ini atau boleh langkau sahaja. Pilih bahasa yang mudah untuk faham.

cara bayar bil TNB online

STEP 4 – Isi detail yang diperlukan dengan tepat.

STEP 5 – Anda akan menerima 4 digit nombor di ruang SMS untuk dimasukkan ke dalam ruang yang disediakan.

cara bayar bil TNB online

STEP 6 – Pilih sama ada owner jika rumah tersebut nama kita atau tidak sekiranya rumah itu bukan milik kita.

STEP 7 – Pilih antara dua. Sama ada nak akses untuk semua bahagian atau tidak.

cara bayar bil TNB online

STEP 8 – Klik tambah nombor akaun untuk masukkan akaun nombor bil kita.

STEP 9 – Bila dah selesai isi detail, boleh tambah lagi akaun untuk beberapa rumah atau premis yang lain. Contoh, pejabat, kedai sewa, rumah mak ayah di kampung dan sebagainya. Klik sahkan jika dah selesai.

cara bayar bil TNB online

STEP 10 – Setelah ia disahkan, tekan butang SELESAI

STEP 11 –  Anda akan diberikan jumlah bayaran yang perlu dibayar atau sekiranya ada lebihan pun akan dimaklumkan. Klik pada akaun tersebut jika nak buat bayaran.

cara bayar bil TNB online

STEP Seterusnya – Pilih akaun mana yang menjadi pilihan kita untuk buat pembayaran. Seterusnya akan dibawa ke lama jualan dan pembayaran menggunakan FPX.

Teruskan pembayaran dan selesai!

Jangan lupa simpan bukti bayaran untuk rujukan masa depan.

PEMBAYARAN MELALUI MAYBANK2U

Biasanya paling ramai suka guna pembayaran kaedah M2U ni. Sekiranya korang dah ada akaun m2u boleh log in seperti biasa.

STEP 1 – Log in ke akaun Maybank2u

STEP 2 – klik pada PAY &TRANSFER. Tukar dari Payee kepada JomPAY

cara bayar bil TNB online

STEP 3 – Masukkan biller code ( untuk TNB – 5454)

STEP 4 – Masukkan nombor akaun bil elektrik dekat column Ref-1. Dan jumlah bayaran yang kita nak buat. Tandakan pada Term and Condition dan klik PAY.

cara bayar bil TNB online

STEP 5 – Pastikan Nombor akaun yang dimasukkan adalah betul dan tepat. Rujuk di bil elektrik anda. Dan teruskan pembayaran sehingga akhir. Simple je kan!

BUAT BAYARAN MENGGUNAKAN CIMBCLICKS

Untuk CIMB boleh juga menggunakan JOMPAY seperti mana Maybank2u. Tapi ada satu lagi cara untuk kita buat bayaran.

STEP 1 – Log in akaun Cimbclicks

cara bayar bil TNB online

STEP 2 – Tekan bahagian Pay & Transfer.Seterusnya klik Pay Bills. Rujuk Gambar di bawah.

STEP 3 – Dekat bahagian To – taip TENAGA NASIONAL BERHAD

cara bayar bil TNB online

STEP 4 – Isi detail akaun nombor, Pembayaran dari akaun mana dan berapa jumlah bayaran yang mahu dibuat.

STEP 5 – Teruskan buat pembayaran dengan klik Make Payment.  Masukkan TAC dan selesai buat pembayaran bil elektrik anda!

cara bayar bil TNB online

Secara kesimpulannya, sama ada menggunakan aplikasi atau perbankan atas talian kedua-duanya membantu kita menjimatkan masa, tenaga, dan juga minyak kenderaan untuk keluar bagi membayar bil elektrik.

Tak sampai 5 minit anda boleh jelaskan bil elektrik tanpa perlu beratur panjang, tanpa perlu mengambil nombor giliran dan tanpa perlu start enjin kereta keluar.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.

Leave A Reply

Your email address will not be published.