Berita Had Umur Pengeluaran KWSP Tular Semalam. Ini Jawapan KWSP Yang Buat Nitizen Terdiam

0 8,827

Berita Had Umur Pengeluaran KWSP Tular Semalam. Ini Jawapan KWSP Yang Buat Nitizen Terdiam.

Bermula semalam, tular  di media sosial mengatakan isu kenaikan umur untuk kepada 65 tahun untuk pengeluaran penuh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ini.

Dalam berita yang disampaikan melalui Media Prima sebentar tadi, pengeluaran penuh KWSP ini kekal bermula usia 55 tahun.

Menurut sumber Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengesahkan tiada sebarang perbincangan pernah diadakan dengan mana-mana pihak untuk menaikkan had umur pengeluaran penuh simpanan itu.

Sama ada dalam akaun 1 mahupun akaun 2. Bagaimanapun KWSP menafikan tentang kenaikan daripada umur 55 tahun kepada 65 tahun ini.  

Dalam satu kenyataan, KWSP juga turut menekankan bahawa mereka sentiasa mengambil langkah yang berhemat dalam menetapkan sebarang polisi penting.

Ini termasuklah menjalankan kajian yang mendalam dan juga rundingan bersama ahli serta pihak-pihak yang berkepentingan lain.

KEKAL 55 TAHUN UNTUK PENGELUARAN AKAUN 1 DAN AKAUN 2

Langkah ini dilihat bertujuan untuk memastikan kepentingan ahli sentiasa dilindungi dalam melaksanakan mandat asal Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Melalui klip video yang ditayangkan semalam melalui buletin TV3, Amanina Abdur Rahman yang merupakan Ahli Ekonomi, Bank Dunia ada mencadangkan beberapa perkara termasuklah mengenai menaikkan had umur pengeluaran seara beransur-ansur.

Hal ini disahkan melalui Laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia Bank Dunia. Namun, cadangan yang diberikan diterima maklum oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ini dan belum memutuskan apa-apa jawapan penerimaan mahupun penolakan.

KWSP | Pengeluaran Penuh Kekal Umur 55 Tahun

KWSP | Pengeluaran Penuh Kekal Umur 55 Tahun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), mengesahkan tiada sebarang perbincangan diadakan untuk menaikkan had umur pengeluaran penuh simpanan dalam akaun 1 dan 2 daripada 55 kepada 65 tahun.

Posted by Buletin TV3 on Jumaat, 26 Jun 2020

Berikutan hal yang tular semalam mengenai cadangan dinaikkan ini. Kebanyakan Rakyat Malaysia  memberi komen yang menyuarakan tidak setuju dengan pendapat dan cadangan tersebut.

Baca juga >> SEMAK BIL ELEKTRIK PERCUMA BERMULA JULAI

Berita yang disampaikan ini tular dengan komen yang ditinggalkan sebanyak 11,000 dan reaction sejumlah 10,000 di laman facebook Buletin TV3

Walaubagaimanapun, ianya perlu diteliti dengan lebih mendalam dalam pelaksanaan cadangan itu, berikutan fakta dan data yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Strategi KWSP ini.

PENJELASAN DARIPADA KETUA PEGAWAI STRATEGI KWSP

Melalui forum atas talian (online), Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Nurhisham Hussein mengulas isu ini dengan mengatakan terdapat keperluan bagi rakyat Malaysia dalam meneroka kontak sosial baru.

Ianya mengenai bagaimana mereka ingin melindungi diri kita dari segi kewangan khususnya untuk masa yang akan datang.

“ Kami memerlukan kontrak sosial baru, rakyat perlu bersetuju sekiranya ini adalah jenis faedha yang mereka mahukan, mereka harus bersetuju bahawa inilah cara kita perlu membiayai.”

Sambung beliau lagi,

“Kita tidak boleh secara tidak sengaja memaksanya dari peringkat atas. Dan ini memerlukan perundingan dan persetujuan daripada orang ramai. Ia sangat memerlukan pengurusan tadbir yang lebih kukuh.”

Menerusi laporan Pemantau Ekonomi Malaysia yang diterbitkan semalam 25 Jun 2020 berkata di saat usia 54 tahun ramai pekerja mempunyai baki simpanan Kumpulan Simpanan Wang Simpanan (KWSP) di bawah RM150,000 dan hamper tiga per empat mempunyai baki di bawah RM250,000.

3 CADANGAN YANG DIKEMUKAN BANK DUNIA

  • Menjadikan semua caruman KWSP kepada simpanan persaraan
  • Memberi mandat kepada pengeluaran secara berperingkat
  • Memeriksa dengan teliti insurans untuk kepanjangan usia dan pengeluaran secara tahunan

Dengan kata lain, Bank Dunia tidak mempunyai dana yang cukup untuk menampung kehidupan selepas bersara. Bukan hanya dengan itu, bantuan kerajaan yang ada seperti Bantuan Orang Tua (BOT) di bawah Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) juga tidak mencukupi.

Hanya dapat membantu 26.4 peratus warga emas sahaja yang berada di bawah 20%.  Disebabkan hal ini lah institusi perbankan antarabangsa berkata, pencen sosial tanpa sumbangan adalah sangat penting dalam membantu golongan warga emas yang memerlukan dan golongan miskin.

Bank Dunia mencadangkan dalam jangka pendek dan sederhana, pencen sosial sederhana dengan tahap faedah yang sama dengan BOT (Bantuan Orang Tu).

Iaitu bantuan secara tunai RM350 sebulan diperlukan kepada golongan B40 yang berusia 65 tahun ke atas menggunakan system Bantuan Sara Hidup sedia ada.

Dengan memperkenalkan Langkah ini, 1.6 peratus sahaja yang diperlukan daripada pendapatan fiskal bagi tahun 2020.  Dalam masa yang sama program ini akan diperlukan lagi pada masa hadapan.

Namun, mendengar ulasan yang disiarkan tadi walaupun masih ada yang memberikan sindirian, sudah pasti ramai yang tersenyum gembira dengan berita yang disampaikan ini.

Berikut sedikit komen  yang ditinggalkan oleh rakyat Malaysia selepas mendengar berita yang disampaikan sebentar tadi.

Secara kesimpulannya, sehingga saat ini pihak KWSP menetapkan had umur pengeluaran penuh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ini kekal di usia 55 tahun baik dari akaun 1 mahupun akaun 2.

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.