Bila RM50 e-wallet Dikreditkan? Ini Jawapan Menteri Kewangan

14 58,947

Bila RM50 e-wallet Dikreditkan? Ini Jawapan Menteri Kewangan. Ini adalah info terbaru yang baru sahaja diumumkan baru-baru ini.

Pada 5 Jun lalu, Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin bin Mohd Yassin membentangkan mengenai Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Siaran langsung itu ditayangkan di media untuk tatapan umum bermula jam 3 petang.

Antara intipati yang disampaikan adalah sejumlah wang RM50 akan dikreditkan ke dalam akaun e-dompet. Ini bagi menggalakkan orang ramai untuk berbelanja dengan kaedah tanpa sentuh atau contactless payment.

Mengulas hal ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata saranan ini adalah bertujuan menggalakkan lebih ramai orang untuk memuat turun aplikasi mySejahtera.

KEMASKINI  TERBARU : 

 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Zafrul  Tengku Abdul Aziz, berkata butiran masuk mekanisme pengkreditan ke e-wallet pengguna akan diumumkan nanti. 

“Kita akan kreditkan bulan ini (Julai).. hujung bulan” Kata beliau ketika sidang media selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke Tekun Nasional, semalam.

Turut menghadiri lawatan tersebut,  Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Sebelum ni Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan inisiatif yang akan dilaksanakan menerusi program e-PENJANA bernilai RM750 juta bermula bulan ini. 

Inisiatif ini dijangka bakal memberi manfaat kepada lebih kurang 15 juta rakyat dan ini merupakan usaha kerajaan untuk mengelakkan pembayaran tanpa sentuh selain menggalakan rakyat malaysia memuat turun aplikasi MySejahtera. 

APAKAH APLIKASI MYSEJAHTERA?

Aplikasi MySejahtera ialah aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covi19 dalam Negara.

Ia juga membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Hal ini dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk tindakan yang lebih cepat dan berkesan.

Ia memberi kemudahan untuk  :

  • Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak Covid 19
  • Membantu individu mengenal pasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak Covid 19
  • Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan Tindakan perlu diambil jika dijangkiti COVID 19
  • Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID 19
A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

“ Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin dalam perutusan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara, kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna setelah mereka memuat turun aplikasi MySejahtera.”

Dalam sidang media harian Covid 19 di Putrajaya semalam, beliau menyambung lagi,  ini adalah untuk menggalakkan orang ramai untuk memuat turun aplikasi MySejahtera ini.

Ketika ucapan perutusan PENJANA minggu lalu, Perdana Menteri kita tidak ada menyebut sebarang prasyarat untuk kredit e-dompet RM50. Bahkan beliau hanya menyebut kerajaan akan memyalurkan RM50 kepada akaun e-dompet pengguna di bawah Skim Program PENJANA.

Ini untuk menggalakkan pembayaran tanpa sentuhan. Ia dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai, dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet.

Namun begitu, apa yang menarik minat saya ialah dalam teks ucapan ini menyatakan bahawa ia akan memanfaatkan 15 juta rakyat Malaysia.

Hal ini bererti, peruntukan ini diberikan kepada mereka yang  terawal memuat turun aplikasi MySejahtera ini atau 15 juta yang layak nanti.

Baca juga: Telefon Bimbit Percuma Untuk Pelajar Dari Keluarga B40

BOLEH TEBUS MULAI JULAI 2020

Sekiranya  kita tergolong daripada 15 juta tersebut, kemungkinan besar kita akan mendapat inisiatif ini yang akan mula dikreditkan pada Julai 2020 hingga September 2020.

Alhamdulillah! Sebagai rakyat Malaysia, saya sendiri rasakan sudah banyak bantuan kewangan yang diberikan oleh pihak Kerajaan kepada kita. Oleh itu, tugas kita untuk menggunakan dan memanfaatkan sebaiknya.

Menjelang esok 10 June 2020, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan ditukarkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan  (PKPP).

Demikian itu, sudah banyak premis-premis perniagaan akan dibuka dan agensi pelancongan dalam negeri juga akan dibuka semula.

Dengan membelanjakan wang tersebut, kita sedikit sebanyak membantu dalam memulihkan ekonomi negara kita. #KitaJagaKita

Bagi mereka yang belum lagi memuat turun aplikasi MySejahtera, ini adalah tutorial dan  cara Langkah demi Langkah untuk memuat turun aplikasi ini.

CARA MUAT TURUN APLIKASI MYSEJAHTERA

Anda boleh mendaftar MySejahtera melalui 2 kaedah iaitu melalui website rasmi MySejahtera dan aplikasi MySejahtera.

  1. Daftar di website Rasmi MySejahtera

Langkah 1: Layari website https://mysejahtera.malaysia.gov.my

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated
  • Klik butang “Register MySejahtera”

Langkah 2: Daftar MySejahtera

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated
  • Masukkan Numbor telefon anda
  • Klik “I’m not a robot”
  • Kemudian “Klik Register”
A screenshot of a cell phone

Description automatically generated
  • Masukkan  “Code OTP” yang telah di hantar ke SMS anda.
  • Kemudian klik “Submit”

Langkah 3: Kemaskini Butiran

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated
  • Antara butiran yang perlu anda isi ialah:
    • Nama penuh
    •  Email
    •  No kad pengenalan
    • Jantina
    • Bangsa
    • Alamat Semasa
A screenshot of a cell phone

Description automatically generated
  • Create “kata laluan”
  • Kemudain klik butang “Sahkan”
A screenshot of a social media post

Description automatically generated
  • Pendaftaran anda hampir selesai. Anda hanya perlu log masuk ke halaman utama dan teruskan langkah seterusnya sehingga selesai.

DAFTAR MELALUI APLIKASI MySejahtera

Langkah 1 : Muat turun aplikasi MySejahtera

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated
  • Muat turun aplikasi MySejahtera di Playstore atau Appstore
  • Kemudian Klik “Get Started”

 Langkah 2: Daftar Aplikasi MySejahtera

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated
  • Masukkan Numbor Telefon anda
  • Klik “I’m not a robot”
  • Kemudian “Klik Register”
A screenshot of a cell phone

Description automatically generated
  • Masukkan  “Code OTP” yang telah di hantar ke SMS anda.
  • Kemudian klik “Submit”

Langkah 3: Kemaskini Butiran

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated
  • Antara butiran yang perlu anda isi ialah:
    • Nama penuh
    •  Email
    •  No kad pengenalan
    • Jantina
    • Bangsa
    • Alamat Semasa
  • Create “kata laluan”
  • Kemudian klik butang “Sahkan”
A screenshot of a social media post

Description automatically generated
  • Pendaftaran anda hampir selesai. Anda hanya perlu log masuk ke halaman utama dan teruskan langkah seterusnya sehingga selesai.

Alhamdulillah, kini kita dah ada aplikasi MySejahtera. Kami di Akses Info akan mengemaskini info ini dari semasa ke semasa selepas mendapat info terkini dari pihak kerajaan.

Semoga dengan bantuan Kerajaan ini, walaupun RM50 ianya dapat membantu kita. Supaya kita dapat berbelanja dan bantu semula ekonomi Negara Malaysia.

Dan saya harap kita semua yang membaca ini, tergolong dalam golongan 15 juta rakyat Malaysia yang terawal untuk mendapatkan inisiatif ini. Jadi, Jangan lupa untuk install aplikasi mySejahtera dan terima kredit rm50 dari kerajaan di e-dompet anda.

SEMOGA BERJAYA!

Join Channel Telegram dengan update pantas!

14 Comments
  1. Mohammad fazli bin abu hussain says

    Saya mmlukan bantuan…

    1. aksesinfo says

      Assalamualaikum.. Tuan memerkukan bantuan apa ye

  2. Nor Ilyana Daud says

    Tebus kredit Rm50

    1. aksesinfo says

      boleh register apps Mysejahtera sis.. detail kami share kat blog.. utk claim RM50.. info akn kami update bila kerajaan update info

  3. TARMIZIE says

    Tebus bantuan 50

    1. aksesinfo says

      Bulan july baru boleh tebus

  4. TARMIZIE says

    Nk Bayar duit sewa bikik

    1. aksesinfo says

      Sewa bilik blh guna ewallet ke?

  5. Zack says

    Mysejahtera tu bukan e wallet. Tiada langsung fungsi untuk urusan kewangan dalam aplikasi tu.. Jd rm50 tu tebusnya macam mana?

    1. aksesinfo says

      Mysejahtera merupakan sistem baru yang masih di update fungsinya.. utk tebus RM50 bln julai PM umum kan.. mohon tunggu bln julai ye untuk info terkini.

  6. sezo says

    setahu saya nak tebus rm50 tu kene download app e wallet sebab hujung bulan duit tu akan masuk ke e wallet kan? tapi masalahnya saya tk tahu nak download app e wallet yang mana satu. tolong bagi detail boleh?

    1. aksesinfo says

      boleh download e-wallet touch n go kalau nak mudah

  7. Rose Marida says

    Saya memerlukan bantuan

    1. aksesinfo says

      puan perlukan bantuan apa ye

Leave A Reply

Your email address will not be published.