Bina Rumah Baru Dan Baik Pulih Dalam 10 Hari Melalui Program MyHaus
Bina Rumah Baru Dan Baik Pulih Dalam 10 Hari Melalui Program MyHaus. Menurut kata bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Program ini bakal dilancarkan Ogos 2020.
Kerajaan baru-baru ini merasmikan projek MyHaus melalui Kementerian Agama di bawah seliaan Yang Berhomat Senator Datuk Dr Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menyandang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Untuk permulaan ini, dua -tiga buah rumah akan dipilih bagi setiap negeri melalui permohonan yang akan dibuka tidak lama lagi.
MYH.a.u.s TERAP ELEMEN ISLAM SEPERTI KEBERSENDIRIAN (PRIVACY), KESELAMATAN (SECURITY) DAN KEBERSIHAN (HYGIENE) DALAM PEMBINAAN RUMAH UNTUK ASNAF DAN B40 YANG MEMERLUKAN
pic.twitter.com/VfWO6hQkqn— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzul_albakri) June 28, 2020
Perasmian program MyHaus ini berlangsung beberapa hari lepas ketika Dr Zulkifli melawat salah satu rumah yang sedang dibuat menerusi Program MyHaus di Kampung Padang Rambong, Baling Kedah Darul Aman.
Projek MyHaus ini adalah singkatan kepada Harta Wakaf Untuk Semua. Ia melibatkan Kerjasama strategik Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, pihak berkuasa Agama Negeri, wakil rakyat, syarikat2 GLC, dan pertubuhan bukan NGO, serta pihak-pihak yang bekerpentingan.
Dengan tema Is’ad Al usrah iaitu membahagiakan dan menceriakan keluarga, program di bawah seliaan JPM ini turut menyediakan bantuan dari segi kewangan melalui dana Wakaf.
Ini membolehkan kumpulan sasar dapat mendiami rumah atau tempat tinggal dengan rasa selesa dan selamat berbanding tempat kediaman terdahulu.
3 komponen yang disediakan di bawah program ini ialah
- Membina semula rumah atau membina rumah baru
- Membaikpulih rumah
- Membaiki kerosakan rumah
Apa yang menariknya semua aktiviti yang dijalankan ini akan di siapkan dalam masa yang sangat pantas iaitu 10 hari sahaja. Woww!
“Komponen projek dibawah MYHaus terbahagi kepada beberapa kategori antaranya membina semula rumah, bina baharu, membaik pulih rumah dan membaiki kerosakan rumah.Semuanya bakal disiapkan dalam tempoh lebih kurang 10 hari sahaja.
Program ini mempunyai Objektif dan matlamat yang sangat jitu dan kemanusiaan.
Di mana melalui program ini kita berharap dapat meningkatkan dengan segera kualiti hidup kumpulan sasar baik secara fizikal mahupun spiritual.
Saya kira, ini merupakan salah satu antara inisiatif TERBAIK yang pernah dilakukan oleh Kementerian Agama, Jabatan Perdana Menteri.
Bukan sahaja untuk membantu rakyat yang kurang bernasib baik. Malah melalui program MyHaus ini turut meyerapkan serba sedikit elemen kerohanian.
Melalui program ini, pendidikan kerohanian, pendidikan seks menurut Islam dan kesederan sivik juga turut ditekankan kepada isi rumah agar pembangunan yang seimbang dapat dikecapi.
3 elemen yang diterapkan dalam pembinaan rumah MyHaus ini.
- Kebersendirian (privacy)
- Keselematan (security)
- Kebersihan (hygiene)
Program ini menyediakan bantuan kewangan melalui dana wakaf bagi membolehkan kumpulan sasar mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa berbanding tempat kediaman terdahulu.
Oleh yang demikian, struktur rumah yang dibina juga mempunyai elemen patuh syariah di mana mengasingkan bilik untuk anak-anak lelaki dan anak-anak Perempuan.
Jadi, Terdapat 3 bilik kesemunya iaitu :
- Bilik ibu bapa
- Bilik anak lelaki
- Bilik anak Perempuan
Projek ini bakal dilancarkan pada Ogos akan datang dan hanya memilih 2 – 3 buah rumah sahaja bagi setiap negeri untuk peringkat awal ini.
Syarat2 permohonan projek MyHaus.
- Warga Asnaf
- Golongan B40 yang memerlukan
- 2 buah setiap negeri
Lain-lain syarat akan di update dari semasa ke semasa. Jangan lupa nantikan info terbaru dari team akses Info.
Berita ini adalah menurut Dr Zulkifli dalam sidang media yang dilakukan di Putrajaya sempena 100 hari menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Masjid Mahmoodiah Presint 18, 17 Jun lepas.
Baca juga – Permohonan rumah PPR seluruh negeri
Semakin hari semakin banyak bantuan untuk skim perumahan kan. Antaranya ialah Bina Rumah Baru Dan Baik Pulih Dalam 10 Hari Melalui Program MyHaus. Ada yang di bawah kerajaan negeri, bawah kerajaan Persekutuan serta perbankan-perbankan yang ada.
Jom kita sama-sama doakan program ini dapat memberi impak yang baik dan membantu golongan yang betul-betul memerlukan.
Kami dari team Akses Info harap permohonan kalian menerusi program MyHaus yang bakal dilancarkan Ogos nanti akan dipermudahkan.
Semoga berjaya!
Saya memerlukan bantuan untuk membina sebuah rumah.
Puan boleh baca posting yg saya share tu smapai habis.. saya ada konsikan info berkenanan permohonan.