CARA BAYAR ZAKAT FITRAH SECARA ONLINE

0 205

Cara Bayar Zakat Fitrah Secara Online. Sekarang ini adalah waktu yang sangat sesuai untuk kita membuat bayaran Zakat Fitrah. Kebiasaannya, zakat fitrah ini dibayar melalui ‘amil atau kaunter Pusat Pungutan Zakat.

Tapi kini sudah ada pelbagau cara yang Pihak Pusat Zakat sediakan untuk kita semua membuat bayaran zakat dengan mudah. Maka, tidak lagi menjadi alasan untuk kita TIDAK membayar zakat.

Sesungguhnya, menunaikan Zakat ini adalah terdiri daripada Rukun Islam yang ketiga.

Antara langkah mudah untuk membuat bayaran zakat ialah melalui atas talian atau ‘online’. Akan tetapi bagaimanakah caranya?

Adakah boleh digunakan dari semua jenis bank yang ada? Atau adakah ianya boleh dipercayai?

Ya! Sudah pasti ianya terselamat dan boleh di percayai. Dan tidaklah kesemua jenis bank yang di ‘link’ dengan Pusat Pungutan Zakat ini.

BANK BAYARAN ZAKAT

Berikut antara bank-bank yang boleh digunakan untuk membuat bayaran zakat

  1. Maybank
  2. Bank Rakyat
  3. Bank Muamalat
  4. RHB Bank
  5. Alliance
  6. CIMB
  7. Bank Islam
  8. OCBC
  9. Public Bank
  10. HSBC Bank

PERHATIAN! Setiap negeri mempunyai Pusat Pungutan Zakat tersendiri. Jadi, anda boleh rujuk cara untuk membuat pembayaran zakat secara online untuk negeri masing-masing.

BAYARAN ZAKAT MELALUI Maybank2u

Di sini, saya sertakan cara-cara untuk buat bayaran zakat secara online menggunakan Maybank2u.

Step 1 – Log in ke akaun Maybank2u

A screenshot of a social media post

Description automatically generated

Step 2- Tekan pada Bill Payment

A screenshot of a social media post

Description automatically generated

Step 3- Klik pada Make a One-Off Payment

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Step 4 – Klik pada list dan cari Zakat and Charity

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Step 5 – Pilih pada Pusat Zakat Negeri masing-masing. Dekat sini juga ada list-list tempat yang boleh kita dermakan.

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Step 6- Contoh, saya pilih Lembaga Zakat Negeri Kedah. Then tekan list jenis – jenis zakat yang kita nak bayar. Sebelum tu, pastikan dulu berapa kadar zakat yang wajib kita bayar.

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Step 7 – Sekiranya dah confirm kadar bayaran zakat kita, klik dan teruskan dengan masukkan TAC number yang di send ke phone kita.

A screenshot of a social media post

Description automatically generated

So, dah settle buat bayaran zakat melalui Maybank2u. Senang je kan!  Semua di hujung jari. Pusat Pungutan Zakat setiap negeri ada memberikan garis panduan bagaimanakah cara nak buat bayaran secara online.

BAYAR ZAKAT MELALUI BORANG

Selain daripada bank, ada sesetengah pusat zakat yang sediakan borang untuk bayaran online. Saya kongsikan salah satau cara dari PPZ- MAIWP.

Step 1 – Klik https://fitrah.zakat.com.my/. Sila isi detail dan tekan bayar.

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Step 2 – Pilih jenis pembayaran yang kita nak. Sama ada melalui FPX atau Kredit/Debit Kad

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Step 3 –  Saya pilih FPX, pilih bank dalam senarai list. Dan jangan lupa baca niat yang disediakan.

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Step 4 – Saya pilih Maybank2u. Dan kita akan dibawa ke laman web Maybank2u.

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Step 5 – Teruskan procedure sehingga tamat. Selesai!

A screenshot of a cell phone

Description automatically generated

Berikut saya sediakan pautan untuk cara bayaran bagi setiap negeri.

Wilayah Persekutuan -> https://fitrah.zakat.com.my/

Selangor -> https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/bayar-online/

Johor -> http://www.maij.gov.my/zakatjohoronline/

Melaka -> https://www.izakat.com/ui.php

Pahang -> https://ezakat.muip.gov.my/appZv1/

Negeri Sembilan ->  https://www.zakatns2u.biz/bayar/index.php

Perak -> https://ezakat.maiamp.gov.my/v4/

Kelantan -> http://www.e-maik.my/v2/index.php/ms/zakat-fitrah-payment

Terengganu -> http://www.maidam.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-kami/zakat-fitrah-1441h-2020m/682-bayar-zakat-fitrah-anda-sekarang

Kedah -> http://www.zakatkedah.com.my/bayaran-zakat/

Perlis -> https://www.maips.gov.my/index.php?option=com_sppagebuilder&view=page&id=911&lang=ms

Pulau Pinang -> https://www.zakatpenang.com/zpp/index.php/component/content/article/9-uncategorised/727-kaedah-bayaran-zakat-fitrah-online-1441-hijrah

Sabah -> https://appszakat.sabah.gov.my/zakatfitrah.php

Sarawak -> https://www.facebook.com/110233099029503/posts/3105234789529304/

Di sini saya sediakan lafaz niat akad untuk kita membayar zakat fitrah ni. Jadi, waktu nak buat bayarans ecara online tu, boleh lah baca dulu lafaz niat ini supaya zakat kita sah di sisi agama dan diterima Allah SWT.

LAFAZ AKAD FITRAH

Diri Sendiri

“ Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah sebanyak RM………… wang wajib bagi diriku pada tahun ini kerana Alalh Ta’ala”

Diri dan Tanggungan

“ Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah sebanyak RM……….. wang yang wajib bagi diri dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala”

Bagi Pihak

“ Inilah wang bagi mengganitikan Beras Fitrah sebanyak RM…………. Wang wajib bagi ……………………….. tanggunganku pada tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Ta’ala.

Jadi saya harap dengan perkongsian Cara Bayar Zakat Fitrah Secara Online ini dapat membantu kita untuk membuat bayaran zakat secara atas talian atau online. Silakan SHARE supaya lebih ramai yang mendapat manfaat.

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.