Cara Memohon Dekoder MYTV Percuma secara Online
Cara Memohon Dekoder MYTV Percuma secara Online. Sebenarnya ramai lagi yang tak tahu kerajaan telah menyediakan 300,000 unit dekoder digital myFreeview yang diberikan secara percuma
Tawaran ini diberikan kepada kumpulan isi rumah B40 dan golongan orang kurang upaya (OKU) di seluruh negara.
Golongan yang layak dan mempunyai anak yang masih bersekolah juga mungkin layak untuk memohon telefon bimbit percuma bagi tujuan pembelajaran. Cara step by step saya dah kongsikan di sini.
Sebelum ini kerajaan telah memperuntukan 2 juta unit dekoder percuma dan kos ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Anda boleh menonton saluran TV dan radio popular tanda bayaran bulanan sekiranya anda mengunakan dekoder MYTV.
Siapa yang layak menerima dekoder percuma ni?
Penerima BSH 2020 merupakan individu yang layak untuk menuntut dekoder MYTV percuma.
Anda boleh menuntut dan membuat semakan di portal rasmi MYTV Broadcasting https://status.mytvbroadcasting.my/.
MYTV merupakan sebahagian agenda national untuk untuk mentransformasikan industri penyiaran negara. Ia dapat menambah baik kualiti hidup rakyat Malaysia ke arah status negara maju menjelang 2020
kelebihan siaran TV digital percuma
- Kualiti audio-visual terbaik
- Lebih banyak saluran TV,
- Akses kepada EPG,
- Sarikata pelbagai bahasa dengan tontonan TV dalam kualiti HD.
Selain itu, kerajaan dalam usaha mempertingkatkan lagi penggunaan TV digital.
Pada masa akan datang penonton boleh akses kepada perkhidmatan TV interaktif seperti beli-belah di rumah, video dalam permintaan, langganan dan perkhidmatan internet terpilih.
Antara saluran TV yang ditawarkan oleh MYTV adalah :
- TV1 (HD)
- TV2 (HD)
- TV3 (HD)
- NTV7
- 8TV
- TV9
- TV AL-HIJRAH (HD)
- BERNAMA NEWA CHANNEL
- ASTRO GO SHOP
- TV OKEY
- RTM SPORTS (HD)
- CJ WOW SHOP (MELAYU
- CJ WOW SHOP (CINA)
- ASTRO GO SHOP
MYTV juga menawarkan 6 saluran radio iaitu:
- NATIONAL FM
- TRAXX FM
- MINNAL FM
- AI FM
- KLASIK FM
- ASYIK FM
Step by step Cara Semak Set Dekoder Percuma
Step 1: Layari website : https://status.mytvbroadcasting.my
Tarikh akhir untuk memohon dekoder percuma pasa 31 Mei 2020. Jadi bagi isi rumah B40 dan golongan Orang Kurang Upaya (Oku) yang masih belum menerima dekoder MYTV percuma boleh mengemaskini maklumat anda segera sebelum tarikh tamat.

- Klik “Isi rumah B40”sekiranya anda dari golongan B40, manakala klik “OKU yang berdaftar dengan JKM” sekiranya anda Orang Kurang Upaya.
Step 2: Masukkan Nombor Kad Pengenalan untuk proses semakan dan klik “Semak”
Step 3: Kemaskini borang pemohonan untuk proses penghantaran dekoder
Sekiranya anda layak menerima set dekoder percuma anda perlu mengemaskini butiran untuk proses penghantaran dekoder ke rumah anda.
Antara butiran yang perlu di isi adalah nama, no telefon ,email dan alamat.

Sebarang maklumat yang di isi tidak boleh di ubah, jadi anda perlu pastikan maklumat yang di isi betul dan tepat.
Tanda kan (/) pada kotak yang terdapat di bahagian bawah boring sebagai pengesahan maklumat. Kemudian klik “Hantar”.
Paparan ini menandakan proses kemaskini butiran anda telah selesai dan proses menuntut decoder MYTV percuma anda telah berjaya. Anda hanya perlu tunggu dekoder MYTV anda sampai di rumah.
Proses penghantaran biasanya mengambil masa yang agak lama kerana pihak MYTV perlu memproses beribu pemohonan dekoder sehari.

Mudahkan cara untuk menuntuk dekoder percuma ni?
Semoga perkongsian saya ini bermanfaat untuk anda semua. Pastikan anda yang layak memohon tidak melepaskan peluang keemasan ini
Sekiranya anda terlepas peluang anda perlu membeli dekoder MYTV ni dengan harga RM187.00 di kedai-kedai elektrik terpilih.
Jadi, inilah Cara Memohon Dekoder MYTV Percuma secara Online. Kemaskini permohonan anda sebelum 31 Mei 2020
mcm mne nk dapat nie.sy pnye xlulus sy chek
Kalau tuan bukan penerima BSH 2020.. mmg tak lulus nak apply MYTV percuma
tuan penerima BSH 2020 ka? sbb tu syarat utama
Sy penerima BSH,tp sy xlayak dpt myfreeview percuma,kenapa ye?
Tahun ni mmg terima BSH ye? kalau ikut lps masukkan no ic memang akan direct tertera lulus. Kalau tak lulus mungkin xda rezeki sis.
Saya punya dh lulus…tp masih tk terima lg dekoder nya..
Proses penghantaran mengambil masa sis sebab ramai yg buat pemohonan. Proses penghantaran akan di lakukan berperingkat. harap sis bersabar menunggu 🙂