Dah Dapat Bantuan Kredit Rm50. Ini Cara Paling Simple Nak Guna. Sebenarnya ramai yang mempunyai masalah yang sama. Dah dapat tapi tak tahu nak guna aplikasi e- wallet Touch N Go.
Terutama bila kita ni orang biasa-biasa yang tak pernah guna aplikasi e-wallet ni. Seperti yang kita sedia maklum, Perdana Menteri melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Malaysia (PENJANA) telah bersetuju untuk mengeluarkan dana sebanyak RM750 juta.
Wang ini akan disalurkan kepada semua pengguna melalui aplikasi e-wallet. Dengan Kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah melancarkan apliaksi MySejahtera, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk mengenakan syarat kepada bakal penerima.
Namun, objektif utama adalah untuk menggalakkan pengguna Malaysia untuk terbiasa menggunakan cashless, atau touchless. Dengan erti kata lain, tanpa sentuh atau tanpa duit cash.
Semuanya hanya perlu menggunakan telefon pintar kita yang sudah tersedia aplikasi untuk membuat pembayaran dengan mudah.
Terdapat beberapa aplikasi yang boleh digunakan namun untuk Program PENJANA E-wallet ini, hanya tiga (3) aplikasi yang disahkan oleh Kementeria Kewangan.
3 aplikasi itu ialah :
- Boost
- GrabPay
- Touch n Go
Ternyata daripada ketiga-tiga aplikasi ini, majoriti memilih untuk menebus daripada aplikasi Touch n Go.
RM50 Wang Bantuan Kredit ini sudah pun boleh ditebus bermula semalam iaitu 31 Julai 2020. Tempoh dibuka untuk membuat penebusan ini adalah sehingga 22 September 2020 ini.
Sekiranya wang kredit bantuan sudah dimasukkan, kita diwajibkan menghabiskan nya sebelum 30 September 2020 ini.
Masalahnya sekarang, macam mana nak guna? Apa boleh beli guna e-wallet ni? Macam mana nak bayar? Tak ada siapa ke boleh ajar?
INI CARA NAK GUNA E-WALLET TOUCH n GO
Terdapat pelbagai cara untuk kita guna e-wallet ini. Kerajaan nak bantu kita supaya terbiasa bayar pakai e-wallet je. Tak perlu bawak purse. Tak perlu bawa cash untuk bayar beli barang.
- BELI BARANG DI PASARAYA / 7 ELEVEN / SPEEDMART
- TOP UP TOUCH N GO
- BAYAR BIL ASTRO / UNIFY/ PHONE BIL DLL
- ISI MINYAK DI PETROL PUMP
- BUAT BELIAN SECARA ONLINE (LAZADA / SHOPEE)
Dan pelbagai lagi lah yang boleh kita gunakan. Tapi, saya akan kongsikan cara untuk beberapa perkara asas sahaja supaya kitab oleh faham dan boleh guna sebaiknya.
Lagi pula tempoh guna wang bantuan ni kan sehingga 30 September. Jadi, boleh lah bayar bil guna duit ni. Daripada tak tahu nak guna untuk apa kan?
Kepada yang belum claim, boleh cuba. Namun sekiranya permintaan gagal, bermaksud ianya sudah tidak boleh di claim.
STEP BY STEP CARA GUNA E-WALLET
Sekiranya kita menggunakan post paid mahupun pre paid, e-wallet Touch n Go ini mempunyai perkhidmatan tersebut. Ianya sangat mudah dan tak perlu lagi kita keluar untuk membuat bayaran bil atau isi nilai prabayar.
TOP UP TELCO ANDA






Selain pre paid, perkhidmatan bayar bil telefon atau post paid juga ada dan berikut adalah langkah-langkahnya.





Top up sudah, bayar bil post paid sudah. Jom saya tunjukkan cara buat belian atas talian atau online. Saya kongsikan untuk beli barang di lazada ye.
Ap ayang menarik, sejak diberikan wang bantuan RM50 ini, banyak aplikasi jualan yang memberikan diskaun atau potongan harga yan menarik sekiranya berbelanja dengan menggunakanWang RM50 Penjana ini.
Best kan, dapat wang bantuan kredit, beli barang pun boleh dapat diskaun lagi. Terima Kasih kepada yang memberi dan membantu kami.
Untuk beli barang di Lazada, mula-mula sekali,








Haa ini contoh 3 transaksi yang saya screenshot untuk kongsikan kepada anda. Semoga dengan perkongsian ini, kita semua boleh faham bagaimana nak gunakan e-wallet touch n go ini.
Ada banyak lagi yang boleh kita buat menggunakan e-wallet touch n go ni. Fungsi touch n go itu sendiri sudah menarik.
Jika kad Touch n Go kita sudah di linkkan dengan aplikasi ini. Tak perlu risau ika tak kad kurang kredit. Automatik akan ditarik terus dari e-wallet kita (sekiranya ada kredit di e-wallet)
Selain itu juga untuk memudahkan e-wallet sentiasa ada kredit (duit), kita boleh meletakkan limit. Contohnya, sekiranya kredit e-wallet kita hanya tinggal RM10. Kita boleh set supaya e-wallet kita akan terus di top up dari akaun bank kita.
Selain daripada apa yang saya kongsikan di atas, ada beberapa lagi yang lain yang boleh kita bayar menggunakan e-wallet ini.


Waah! Banyak juga kelebihan yang kita boleh gunakan daripada aplikasi ini. Saya harap dengan perkongsian Dah Dapat Bantuan Kredit Rm50. Ini Cara Paling Simple Nak Guna ini dapat memberikan maklumat dan ajar bagaimana cara untuk menggunakan duit dari e-wallet ni.
Jangan lupa kongsikan kepada orang lain, kenalan dan ahli keluarga kita yang mana belum tahu cara nak gunakan bantuan kredit e-wallet ini ye.
Sehingga kita jumpa lagi dalam next posting! Tahniah diucapkan dari kami Team Akses Info!
Macam mana nk refund semuka krdt yang kite topup? Sbb penerima kata dia x terima krdt tu
boleh hubungi customer service aplikasi yang tuan topup