Ditanya Mengenai Bantuan Kepada Rakyat Dalam Parlimen, Ini Jawapan padu Dari Perdana Menteri

0 964

Ditanya Mengenai Bantuan Kepada Rakyat Dalam Parlimen, Ini Jawapan padu Dari Perdana Menteri dalam siding parlimen yang berlangsung bermula hari ini.

Ramai maklum bahawa disebabkan Pendemik Covid 19 ini, seluruh negara bahkan seluruh dunia terpaksa berkurung bagi mengelakkan penyebaran wabak Covid 19 yang menuluar bermula awal Mac yang lepas.

Menjadi persoalan besar bagi beberapa ahli Dewan Parlimen di mana mereka inginkan penjelasan daripada YAB Perdana Menteri mengenai bantuan-bantuan serta inisiatif yang disalurkan kepada rakyat.

Bukan dari segi jumlahnya, bahkan mengenai keputusan untuk meluluskan sesuatu bantuan dan inisiatif rakyat tersebut.

PERSOALAN DARI ANUAR IBRAHIM DIJAWAB TENANG

Ketika  ditanya oleh Ketua Pembangkang, YB Anuar Ibrahim mengenai hal ini, YAB Perdana Menteri menjawab dengan tenang dan logik akal.

“Terima kasih YDP. Memang saya dah jangka Port Dickson mengemukakan soalan seperti itu. Kerana perkara ini bukanlah pertama kali disebutkan. Tapi sebagaimana yang kita sedia maklum.  Permasalahan yang kita hadapi ialah soal untuk menguruskan dan juga menangani masalah covid 19.

Keseluruh negara umum rakyat tahu, bahawa dalam situasi yang amat menyukarkan sekali dan sulit sekali itu, kerajaan tidak ada pilihan. Malahan saya sendiri berpendapat bahawa tindakan segera mesti diambil walaupun sebelum sesi parlimen bermula.

Dan hari ini, walaupun tarikh itu belum lagi dibentangkan InsnyaAllah Menteri Kewangan saya akan membentangkan  dalam tempoh sesi ini juga. Segala perkara yang terperinci. Ada berpuluh – puluh inisiatif yang terpaksa kita laksanakan.

Kerana diluar sana, kita mesti tahu rakyat menunggu. Dia tidak boleh nak tunggu sesi parlimen ini, dia  (rakyat) nak sekarang. Bantuan ini sampai sekarang. Mereka hadapai kesusuhan itu sekarang.

Institusi – institusi  dan runtuh sekarang, perniagaan – perniagaan  tidak boleh dilaksanakan sekarang. Nak tunggu hari parlimen boleh bersiadang?

Oleh sebab itu saya paham. Sebagai tugas ahli parlimen, mempunyai tanggungjawab, tetapi tugas sebuah Kerajaan adalah untuk menentukan rakyat mesti dibela.”

Bergitulah kata-kata keramat  yang menjawab kepada persoalan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Port Dickson YB Anuar Ibrahim pada sidang Parlimen yang bermula jam 10 pagi tadi..

Ternyata tindakan yang dibuat oleh perdana Menteri ini satu tindakan yang berat sekali kerana beliau mengambil risiko yang sangat tinggi dalam memastikan rakyat di bawah jagaan beliau terpelihara.

Benar apa yang disampaikan, tindakan pantas perlu dibuat berikutan masalah Covid ini. Ramai yang terkesan dan mula hilang punca pendapatan. Bagi mereka yang bergaji, masih dapat gaji penuh, gaji separuh daripada majikan dan juga kerajaan.

Bagi peniaga-peniaga kecil atau besar, turut terjejas pendapatan mereka kerana tidak boleh bukak payung mendapat jualan dari orang ramai.

MEREKA SUSAH SEKARANG, PENIAGA TAK JALAN SEKARANG, MEREKA PERLU SEKARANG

Berita mengenai Parlimen ini sememangnya sangat tergempar dan riuh rendah berlaku dalam Parlimen. Bagi yang belum pernah mendengar siding parlimen sudah pasti terkejut dengan situasi ini.

Namun, bagi mereka yang sudah terbiasa inilah sidang parlimen negara kita. Yang pasti, walaupun mereka bertindak sedemikian di dalam parlimen, kerja dan tanggungjawab hakiki terhadap rakyat mestilah dijalankan dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin atau mesra dipanggil Abah Din oleh rata-rata rakyat dan netizen berasa puas hati dengan tindakan yang dibuat kerana belian tahu itu hanya lah untuk rakyat. Bukan untuk diri sendiri.

Beliau menegaskan “Kerajaan akan pastikan tiada golongan yang tercicir dalam menerima manfaat melalui inisiatif PENJANA”kata beliau.

Patut lah  disayangi rakyat, Rakyat didahulukan dalam apa juga keadaan. Seperti  kata slogan 1 Malaysia pada tahun 2019 yang lepas, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diuatamkan”

Bagaimanapun, terima kasih banyak- banyak buat barisan kerajaan yang sehingga hari ni masih membantu rakyat yang memerlukan.

Baca Juga >> Pasaraya ELewsMArt bakal dibuka bermula 18 Julai, Ini alamat penuh 10 cawangan. 

Dijangka bermula Tarikh hari ni 13 julai sehingga 31 Julai ini merupakan Tarikh pengagihan baki akhir Bantuan Sara Hidup Fasa 3.

Sidang Parlimen ini pula dijangka akan berlangsungs elama 25 hari bermula hari ini dan dijadualkan selesai dan berakhir pada 27 Ogos depan.

Melalui artikel Ditanya Mengenai Bantuan Rakyat, Ini Jawapan padu Dari Perdana Menteri ini diaharapkan semuluruh rakyat turut memberi sokongan kepada pihak kerajaan yang mana mendahulukan rakyat dalam kepimpinannya.

 

 

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.