ELEWSMART TAWAR HARGA SERENDAH SEPULUH SEN DI HARI PEMBUKAAN

3 2,947

ElewsMart Tawar Harga Serendah Sepuluh Sen Di Hari Pembukaan nanti. Semoga dipermudahkan segala urusan Ustaz Ebit Lew hendaknya.

Beberapa jam lepas, tular posting yang dimuat naik oleh Ustaz Ebit Lew mengenai gambar beliau bersama harga promosi yang bakal dikenakan pada hari pembukaan nanti.

Ramai sudah maklum dengan pembukaan Elewsmart milik Pendakwah Terkemuka, Ustaz Ebit Lew yang bakal mula dibuka pada bulan Julai ini.

Elewsmart yang mempunyai 10 cawangan ini dibangunkan secara sekaligus dan bakal dibuka secara berperingkat mengikut tempat dan masa.

10 CAWANGAN ELEWSMART

10 tempat yang dipilih Ustaz Ebit Lew untuk dibangunkan ElewsMart ini ialah :

  • Bandar Baru Bangi
  • Kajang
  • Cyberjaya
  • Subang Perdana
  • Sg Buloh
  • Prima Sri Gombak
  • Shah Alam
  • Damansara
  • Balakong Cheras

Baca juga >> 10 Lokasi ElewsMart beserta alamat lengkap

Dengan perkongsian lebih sembilan belas ribu itu rata-rata mengeluarkan komen positif serta tidak sabar menunggu hari berkenaan.

Usaha baik ustaz diterima oleh seluruh rakyat Malaysia. Ramai yang mencadangkan Kawasan mereka juga turut dibina ElewsMart ini.

Objektif utama Ustaz Ebit Lew adalah untuk membantu golongan-golongan yang betul-betul memerlukan dan mudah untuk membuat pembelian.

Namun, jangan ada yang salah anggap harga itu akan berkekalan kerana ianya adalah harga promosi sahaja di hari pembukaan nanti.

Menurut Ustaz Ebit Lew, dalam masa terdekat ini cawangan Bangi akan mula dibuka pada 18 Julai 2020 yang jatuh pada hari Sabtu hadapan. Kemudian, esoknya 19 Julai iaitu Ahad pula akan dibuka untuk cawangan Kajang.

Kemudian diikuti cawangan lainnya pada minggu-minggu seterusnya. Semoga dipermudahkan urusan ustaz!

Bagi kepada warga penduduk Bangi dan Kajang boleh bersiap sedia untuk ramai-ramai support pasaraya baru ElewsMart milik Ustaz Ebit Lew ini.

Harga Promosi Untuk Opening
Harga Promosi Untuk Opening

Diharap tidak ada yang mengambil kesempatan dalam kebaikan yang diberikan ustaz. Beberapa komen nasihat daripada warga net juga ada mengatakan dan meminta supaya mendahulukan mereka yang betul-betul memerlukan terlebih dahulu.

Ini dilihat bimbang sekiranya ada yang mampu, tapi memborong semuanya dengan banyak. Sehinggakan tidak meninggalkan untuk yang lain.

Daripada gambar yang dikongsikan, kelihatan beberapa produk atau barangan yang dilihat dengan harga yang ditawarkan.

Bagaimanapun, ianya terhad kepada 300 yang terawal sahaja dan mesti lah 1 pcs sahaja bagi setiap produk dalam 1 resit atau 1 keluarga, Ini bagi mengelak berlakunya ketidakadilan kepada orang lain. Sekiranya seorang boleh membeli sehingga 10 item yang sama, yang lain akan berputih mata.  Jadi lebih adil dihadkan pembelian.

Antaranya ialah :

  • Chipsmore RM0.90
  • Maggi Kari RM0.90
  • Aiskrim Cornetto RM0.10
  • Susu Pekat Dairy Champs RM0.70
  • Kicap Cap Kipas Udang RM0.90
  • Air Tin Nescafe RM0.40

Memang tak maasuk akal kan? Saya yakin bukan hanya saya je, tapi semua yang melihatnya juga terkejut dengan harga yang diberikan.

Dan terdapat banyak lagi pelbagai barangan yang akan dijual dengan harga yang murah ketika hari pembukaan kelak.

Saya kongsikan beberapa komen dari nitizen yang bimbang diambil kesempatan atas kebaikan ustaz ini.

 

Perkongsian 1
Perkongsian 2
Perkongsian 3

Tidak ketinggalan juga ada di kalangan mereka yang turut mendoakan semoga Ustaz Ebit Lew berjaya dan dapat membuka dengan lebih banyak Elewsmart di negeri dan Kawasan lain pula.

Dengan tertubuhnya ElewsMart ini ditambah dengan sokongan kita membuat belian di sana, bukan sahaja membantu perniagaan Muslim malah turut membantu ustaz untuk terus membantu orang -orang susah yang lain.

Jika dilihat dengan kemampuan diri kita ini, mungkin kita tidak mampu menjadi seperti beliau. Namun, dengan usaha yang kecil dengan mendapatkan barangan di kedai beliau, semoga diangkat menjadi penyebab bantuan disalurkan kepada yang memerlukan.

Kami di Akses Info mendoakan perniagaan ini berjaya untuk membantu lebih ramai yang memerlukan. Di samping itu, dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik untuk dapat membuat belian barangan runcit.

Semoga dengan perkongsian mengenai ElewsMart Tawar Harga Serendah Sepuluh Sen Di Hari Pembukaan ini dapatlah sedikit sebanyak membantu dalam menyebarkan maklumat penting ini.

 

Join Channel Telegram dengan update pantas!

3 Comments
  1. muhd syafiq says

    sya nk cri duit untuk khwin

    1. aksesinfo says

      Tuan boleh apply jawatan kosong yang kami share kat blog… banyak jawatan kosong yang menawarkan gaji yang berpatutan.

    2. aksesinfo says

      boleh cuba apply jawatan kosong yang kami kongsikan..

Leave A Reply

Your email address will not be published.