Golongan B40 Layak Dapat RM8000 Bantuan Kesihatan Melalui Skim MySalam

0 8,212

Golongan B40 Layak Dapat RM8000 Bantuan Kesihatan Melalui Skim Mysalam. Skim MySalam merupakan sebuah inisiatif kerajaan dalam memberikan perlindungan kesihatan kepada rakyat Malaysia.

APA ITU SKIM MYSALAM?

Melalui skim ini kerajaan ingin menyediakan sebuah skim perlindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan dalam mengatasi masalah kewangan. Terutama apabila menghidapi penyakit yang kritikal.

Ia merupakan satu inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh pihak Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada mereka yang layak.

Layak dari segi menerima skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

SIAPA YANG LAYAK MENDAPAT SKIM MYSALAM INI?

  • Golongan B40 merupakan golongan yang secara automatik layak memohon sekiranya disahkan atau di diagnos oleh pakar perubatan.
  • Golongan M40 juga golongan yang layak secara automatik boleh memohon sekiranya disahkan atau didiagnos oleh pakar perubatan.
Golongan yang layak
APA YANG SAYA DAPAT DARI SKIM MYSALAM INI?
  • Bagi golongan B40 dan menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) –
    • Individu yang berumur antara 18 tahun hingga 65 tahun dan juga pasangan
    • Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun yang berpendapatan kurang RM24,000 setahun ( RM2,000 /sebulan)
    • Individu Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berumur antara 18 tahun hingga 65 tahun yang berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun (RM2,000 / sebulan)
  • Manfaat yang akan diterima
    • RM8,000 sekiranya mempunyai penyakit kritikal
    • Wang Hospitaliti RM50 sehari selama 14 hari (maksima)
  • Bagi golongan Bukan Penerima Bantuan BSH ( M40)
    • Individu yang berumur 18 tahun hingga 65 tahun dan berpendapatan sehingga RM100,000 setahun (Atas RM2,000 sebulan)
  • Manfaat yang akan diterima
    • RM4,000 sekiranya mempunyai penyakit kritikal
    • Wang Hospitaliti RM50 sehari selama 14 hari (maksima)

Dengan Bahasa mudahnya, sekiranya kita tersenarai dalam Golongan B40 yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan disahkan oleh doktor mempunyai sakit kritikal akan menerima RM8,000 melalui Skim MySalam ini.

Golongan B40 Layak Dapat RM8000 Bantuan Kesihatan Melalui Skim MySalam

Pembayaran ini dilakukan sekali sahaja dalam seumur hidup apabila didiagnos menghidapai salah satu dari empat puluh lima (45) penyakit kritikal yang disenaraikan di bawah :

  • Alzheimer / Demensia teruk
  • Buta Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  • Pembedahan Otak
  • Kanser
  • Koma
  • Pekak dan Tidak Boleh Pulih
  • Serangan Jantung
  • Kegagalan Buah Pinggang
  • Kehilangan Upaya Hidup Sendiri
  • Strok / Angin Ahmar

Selebihnya boleh lihat dalam gambar di bawah :

Senarai 45 penyakit kritikal

 

Walaubagaimanapun, permohonan untuk Golongan B40 yang mempunyai sakit kritikal seperti di atas boleh lah terus membuat permohonan di laman web rasmi Skim MySalam ini.

Permohonan akan mengambil masa lebih kurang 10 hari untuk pengesahan dan kelulusan. Namun, ianya bergantung juga kepada dokumen -dokumen sokongan yang diperlukan.

Bagi golongan yang tidak mendapat Bantuan Sara Hidup atau M40 pula, buat masa ini permohonan ditutup sehingga Tarikh yang akan diberitahu.

 

Permohonan M40 ditutup

 

BAGAIMANA TUNTUAN DIBUAT?

Tuntutan untuk hospitaliti dan penyakit kritikal ini boleh dibuat dengan ikuti langkah – langkah seperti di bawah.

Cara tuntutan

Skim MySalam ini sememang sudah wujud sebelum ini namun tidak ramai yang cakna dengan Skim Mysalam ini. Jadi hal ini menyebabkan ramai golongan B40 yang memerlukan bantuan sebegini terlepas pandang.

Selain Skim MySalam, ada tujuh (7)  lagi bantuan kerajaan yang boleh dimohon

Sebagai rakyat yang prihatin, bertanggungjawab untuk mengwar-warkan bantuan kesihatan sebegini bagi membantu supaya dapat sampaikan maklumat penting ini kepada semua golongan B40 yang memerlukan.

Pelbagai soalan yang berkaitan dengan Skim MySalam ini boleh dibaca di ruang FAQ ini. Banyak persoalan yang kita nak tahu akan terjawab dalam ruang ini.

>> FAQ

Semoga dengan perkongsian Golongan B40 Layak Dapat RM8000 Bantuan Kesihatan Melalui Skim Mysalam ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan B40 yang memerlukan bantuan skim kesihatan ini.

Kami di Akses Info doakan semoga berjaya kepada semua yang buat permohonan!

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34