HUKUMAN BERAT MENANTI PEMANDU MABUK

0 107

Hukuman Berat Menanti Pemandu Mabuk sekiranya pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Aktra 333) Diluluskan Dewan Rakyat.

Berikutan peningkatan kes kemalangan pemandu mabuk yang berlaku baru-baru ini pihak Kerajaan kali ini mengambil keputusan yang agak tegas dengan mencadangkan hukuman berat dikenakan buat para pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

Hal ini adalah bertujuan memberi peringatan kepada semua pengguna jalan raya supaya menjadi pemandu yang berhemah dan tidak mengorbankan nyawa orang lain yang tidak berdosa.

Keratan Akhbar
Keratan Akhbar

Rata-rata rakyat sememangnya meminta hukuman berat dikenakan kepada pemandu mabuk yang membahayakan nyawa orang ramai. Sebagai balasan hukuman mati juga hendaklah dikenakan kepada pemandu mabuk sekiranya  menyebabkan kematian.

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata mereka yang disabitkan dengan kesalahan ini bakal menerima hukuman penjara maksima 20 tahun dan denda sebanyak RM150,000.

Tidak hanya itu, tempoh pergantungan lesen juga akan dinaikkan kepada 20 tahun lamanya.

Paling menyedihkan apabila beberapa kes kebelakangan ini melibatkan pemandu mabuk dan menyebabkan kematian kepada mangsa.

Hal ini dipandang serious oleh kerajaan dalam membenteras isu pemandu mabuk. Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, kita sudah mencadangkan kadar penjara maksima pindaan 15 tahun untuk kesalahan pertama dan 20 tahun bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

GANTUNG LESEN 20 TAHUN, DENDA RM150,000 DAN PENJARA 20 TAHUN

Begitu juga dengan cadangan pindaan maksima denda yang dikenakan daripada RM20,000 dinaikkan mendadak kepada RM100,000 bagi kesalahan petama dan RM150,000 untuk kesalahan kedua dan seterusnya.

Sambung beliau lagi, tidak hanya itu, tempoh pergantungan lesen turut dicadang untuk naik daripada 10 tahun kepada 20 tahun. Katantaa dalam menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat Semalam.

“Saya memberi sedikit gambaran apa yang dipinda nanti sudah tentu tempoh perganggungan lessen (memandu), kadar denda dan hukuman penjara yang akan dikenakan. Namun penjara juga akan dikenakan sebagai hukuman mandatori. “

Baca Juga >> Ini Jawapan PM Bila Ditanya Mengenai Bantuan Rakyat

Kes-kes melibatkan pemandu mabuk
Kes-kes melibatkan pemandu mabuk

Selain daripada itu, antara yang dibincangkan dan dicadangkan oleh Menteri Pengangkutan ini dalam pindaan Akta 333 kelak ialah dengan memperluaskan bidang kuasa (JPJ) Jabatan Pengangkutan Jalan.

Mengakui pihak polis yang menjalan tugas dengan sangat baik sebelum ini, namun cadangan diberikan agar JPJ juga mempunyai kuasa dalam membuat penangkapan pemandu mabuk ini.

Dan hal ini dipersetujui oleh ahli kabinet dalam memperluaskan penguatkuasaan JPJ ini demi menguatkuasakan undang-undang.

Berikutan kes pemandu mabuk yang saban hari semakin meningkat ini, pihak Kerajaan sedia menurunkan had kanduangan alcohol dibenarkan Ketika membuat pemnaduan mengikut ketetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

PENURUNAN KADAR ALKOHOL DALAM BADAN PEMANDU TERBARU

Kadar minimum sebelum ini dan diturunkan kepada kadar yang baru, saya lampirkan dalam jaduan dibawah supaya lebih faham.

 

PERKARA KADAR LAMA (mg) KADAR BARU (mg)
DALAM 100 ml NAFAS 35 22
DALAM 100 ml DARAH 80 50
DALAM 100 ml AIR KENCING 107 67

 

Dalam sidang media sidang parlimen berlangsung semalam, Ka Siong berkata Jabatan Peguam Negara sudah pun menyemak draf Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 ini dan akan dibentangkan semula untuk persetujuan Kabinet pada 17 Julai ini sebelum dibantang ke Parlimen.

Ini adalah bukti pihak kerajaan menadang serios dalam menangani isu pemandu mabuk terutama sekali sekiranya ia melibatkan kematian.

Buat masa ini apa yang boleh beliau tegaskan dan mamberi amaran,

“Amaran kita, kalau sudah mabuk dan mengambil alcohol, jangan memandu. Kita tak cabuli hak orang ramai. Ini bagi mereka yang minum, kalau minum jangan bawa (kenderaan)”

Ketua Pengarah Insititut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Dr Khairil Anwar Abu Kassim berkata tahap komiten bagi melaksanakan peraturan ini perlu konsisten dan berterusan.

Pelbagai cara perlu dibuat untuk mesej keburukan memandu di abwah pengaruh alcohol ini sampai kepada semua masyarakat.

HUKUMAN BERAT MENANTI PEMANDU MABUK YANG TERLIBAT

Mengulas lanjut mengenai isu pemandu mabuk ini, beliau berkata kajian MIROS pada tahun 2012 mendapat 23 peratus daripada 400 orang yang maut akibat kemalangan jalan raya mempunyai alcohol dalam badan mereka.

Jelas membuktikan tabiat memandu di bawah pengaruh alcohol ini boleh membawa kemudaratan yang lebih besar jika tidak ditangani segera dengan lebih tegas.

Kerjasama daripada semua pihak termasuk media dalam pelbagai Bahasa supaya menwar-warkan mengenai hukuman ini supaya ia benar-benar sampai kepada golongan sasar. Iaitu mereka yang banyak terbabit dalam kesalahan memandu dalam keadaan mabuk ini.

Selain itu, ibu bapa dan ahli keluarga juga memainkan peranan penting dalam memastikan setiap isi rumah tidak melakukan kesalahan terbabit dengan mencadangkan supaya minuman keras ini tidak dijadikan minuman wajib yang dihidangkan dalam acara keraian mereka.

Diharapkan Hukuman Berat Menanti Pemandu Mabuk yang dicadangkan oleh Menteri Pengangkutan ini  dipersetujui oleh Dewan Rakyat dalam menjaga kemasalahatan rakyat.

Join Channel Telegram dengan update pantas!

Leave A Reply

Your email address will not be published.