Ini Bantuan Yayasan Perak Yang Anda Boleh Mohon

0 8,917

Ini Bantuan Yayasan Perak Yang Anda Boleh Mohon. Masih ramai yang tak tahu dan tak perasan dengan bantuan yayasan ni. Dalam entri kali ini, saya kongsikan beberapa bantuan yang kita boleh mohon.

Setiap negeri memang mempunyai Yayasan Negeri masing-masing. Tapi, apa yang membezakan ialah jenis biasiswa dan bantuan yang diberikan kepada anak negeri masing-masing.

InsyaAllah kami di akses info akan bantu untuk mendapatkan info yang tepat dari sumber yang sahih.  Hal ini supaya tidak mahu ada kesalahfahaman terhadap institusi-institusi yang dinyatakan.

Untuk posting kali ini, kami kongsikan Bantuan Yayasan bagi Negeri Perak. Melalui Yayasan Perak, terdapat lima (5) program yang berada di bawahnya.

(5 PROGRAM BANTUAN YAYASAN NEGERI PERAK)

TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK

TUJUAN

  • Beri kesedaran dan galakkan rakyat buat simpanan untuk kegunaan anak semasa lanjutkan pengajian di university
  • Didik kita supaya tiak terlalu bergantung kepada skim pinjaman pengajian tinggi
  • Elakkan daripada menanggung hutang yang tinggi di kemudian hari

KADAR PEMBERIAN

  • Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional – RM200

KEISTIMEWAAN LAIN DARIPADA PTPTN

  • Rujuk link di bawah

SYARAT BANTUAN TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN ANAK PERAK

  • Penerima (anak) mestilah warganegara Malasyia dan lahir di Perak
  • Ibu atau Bapa lahir di Negeri Perak atau bermastautin di Perak lebih 10 tahun
  • Ibu Bapa yang lahir di Perak, tinggal di luar Perak tetapi pernah tinggal di Perak 10 tahun
  • Jumlah pendapatan bawah RM5,000 sebulan
  • Kelahiran anak di Negeri Perak mulai 1 Januari 2010 (selepas jam 12 malam)
  • Permohonan dibuka sepanjang tahun

BANTUAN SARADIRI & KECEMASAN MAHASISWA ANAK PERAK

TUJUAN :

  • Ringankan beban mahasiswa yang dating dari keluarga yang kurang berkemampuan bagi membolehkan mereka focus pada pelajaran. Tanpa memikirkan masalah kewangan.
  • Tunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebijkan mahasiswa Perak serta membantu meringankan beban keluarga

DEFINISI JENIS BANTUAN :
Bantuan ini terbahagi kepada 2 jenis bahagian yang akan disalurkan kepada mahasiswa atau pelajar Anak Perak.

  • Bantuan Sara Diri
    • Bantuan Tambahan bagi menampung perbelanjaan harian mahasiswa sewaktu menjalani pengajian di IPT
    • Bantuan kepada mahasiswa yang terpaksa membuat pertambahan semester atas alas an munasabah selain daripada disebabkan oleh kegagalan subjek.
  • Bantuan Kecemasan
    • Bantuan KHAS sewaktu mahasiswa ditimpa bencana atau musibah bagi meringankan beban yang ditanggung.
    • Contoh-contoh bencana atau musibah
      • Kemalangan
      • Kebakaran
      • Kematian Ibu/Bapa/Penjaga
      • Kecurian
      • Bencana Alam (banjir/ Ribut/ Tanah Runtuh)
      • Penyakit Kronik
KADAR PEMBERIAN BANTUAN YAYASAN PERAK
  • Bantuan Sara Diri RM700
  • Bantuan Kecemasan RM300 – RM1,000

SYARAT BANTUAN SARA DIRI

  • Anak kelahiran Negeri Perak seperti berikut :
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak
    • Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Perak tetapi telah bermastautin di Perak lebih daripada 10 tahun
    • Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Perak tetapi tinggal di luar Perak dan pernah bermastautin di Perak lebih 10 tahun
    • Keutamaan kepada yang masih menetap di Perak
  • Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS pada peringkat Diploma dan seterusnya.
  • Open Universiti Malaysia (OUM) TIDAK LAYAK untuk memohon bantuan ini
  • Semua permohonana perlu mendapat sokongan / pengesahan pihak Hal Ehwal Pelajar di IPT Pemohon
  • Isirumah (ibu dan bapa) keluarga berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan
  • Keutamaan kepada mahasiswa yang mendapat PNGK 3.0 dan ke atas
  • Mereka yang terima bantuan biasiswa dari mana-mana bantuan, TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN
  • Permohonanan dibuka sepanjang tahun
  • Pemberian sekali setahun sahaja untuk setiap pelajar.

SYARAT BANTUAN KECEMASAN

  1. Anak kelahiran Negeri Perak. Sama seperti di atas
  2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA pada peringkat Diploma dan ke atas
  3. Open Universiti Malaysia (OUM) TIDAK LAYAK memohon
  4. Semua permohonan perlu mendapatkan sokongan.
  5. Hantar bukti penegsahan kejadian dalam bentuk laporan polis, laporan perubatan atau pengesahan oleh pemimpin tempatan.
  6. Hantar permohonana dalam tempoh 2 minggu dari Tarikh berlaku kejadian
  7. Permohonan dibuka sepanjang tahun

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  • Salinan myKad pelajar, ibu dan bapa yang lahir di Perak.
  • Salinan kad Pelajar
  • Salinan penyata akaun bank pelajar
  • Salinan surat kematian dan surat bercerai
  • Salinan transkrip keputusan peperiksaan terkini
  • Salianan laporan polis/ laporan perubatan
  • Penyata pendapatan isi rumah
  • Borang permohonan

BACA SYARAT-SYARAT YANG DITETAPKAN
>> BANTUAN SARA DIRI MAHASISWA
>> BANTUAN KECEMASAN MAHASISWA

Atau MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN  ini.

BACA JUGA: PERMOHONAN PROGRAM RUMAH PERAKKU 2020

SAYANGI RUMAHKU

Kerajaan Negeri Perak amat prihatin terhadap infrastruktur pembangunan perumahan bagi golongan bawahan yang berdaftar dengan e-Kasih.

Membantu golongan ini dengan menyediakan kemudahan asas dan kediaman yang selesa tanpa mengira latarbelakang agar mereka dapat menikmati kehodupan yang selesa.

SYARAT PERMOHONAN

  • Warganegara Malaysia dan sudah berkahwin
  • Berumur 45 tahun ke atas dan menertap di Negeri Perak dan bermastautin lebih 10 tahun
  • Status tanah kediaman hak milik sendiri atau dapat kebenaran menduduki (bagi permohonana bina baru)
  • Belum pernah terima sebarang bantuan perumahan dari agensi lain
  • Status pemilikan rumah sendiri (permohonan baik pulih)

KATEGORI SAYANGI RUMAHKU

BAIK PULIH

  • Bantuan kepada peserta yang mempunyai rumah yang masih ekonomik untuk dibaiki
  • Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen asas rumah dan tidak termasuk, kerja-kerja membina/baikpulih bahagian luar rumah seperti pagar, garaj perigi dan lain-lain
  • Kos baik pulih maksima sehingga RM15,000
  • Tempoh baik pulih antara 2 – 4 minggu

 BINA RUMAH BARU

  • Bantuan kepada peserta yang tidak memiliki rumah atau mendiami rumah yangterlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomi.
  • Jenis rumah terbahagi kepada 3 :
1 bilik
3 bilik

BORANG PERMOHONAN

  • Boleh dapatkan borang permohonan secara atas talian
  • Atau dapatkan secara PERCUMA di
    • Pejabat Yayasan perak
    • Pejabat mini Yayasan perak (UTC) Ipoh
    • Pejabat pusat khidmat masyarakat adun (wakil rakyat)
    • Pejabat daerah/ Pejabat penghulu

Dan ada 2 lagi bantuan iaitu :

  • DERMASISWA YAYASAN PERAK DALAM DAN LUAR NEGARA
  • PINJAMAN TABUNG USAHAWAN

Untuk lebih detail mengenai bantuan dan pinjaman ini boleh layari terus ke laman web rasmi Yayasan Perak untuk melihat syarat-syarat yang ditetapkan.

>> LINK DERMASISWA DALAM DAN LUAR NEGARA
>> LINK PINJAMAN USAHAWAN

Semoga dengan sedikit info yang kami kongsikan ini dapat membantu anda yang kurang bernasib baik atau yang memerlukan bantuan kewangan. Untuk meminta bantuan di saluran yang betul.

Namun, perlu diingatkan bahawa setiap bantuan yang bakal diberikan akan ditapis dan dinilai sebaiknya. Hal ini kerana tidak mahu ada pihak yang tidak layak menerima bantuan ini.

Sedangkan ia seharusnya diberikan kepada yang lebih layak dan memerlukan.

Kami di Akses Info mendoakan supaya permohonan anda dipermudahkan dan dapat mengurangkan bebanan anda semua.

Jadi,  ini bantuan yayasan Perak yang anda boleh mohon sekarang. Jom kita sebarkan demi bantu sahabat dan ahli keluarga yang memerlukan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Fatal error: Uncaught wfWAFStorageFileException: Unable to save temporary file for atomic writing. in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php:34 Stack trace: #0 /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php(658): wfWAFStorageFile::atomicFilePutContents('/home/medialok/...', '<?php exit('Acc...') #1 [internal function]: wfWAFStorageFile->saveConfig('livewaf') #2 {main} thrown in /home/medialok/public_html/aksesinfo.com/wp-content/plugins/wordfence/vendor/wordfence/wf-waf/src/lib/storage/file.php on line 34