Ini Cara Mudah Jadikan Kredit e-Wallet Kepada Cash. Bermula 31 Julai lepas, ramai yang sudah pun tebus atau claim Bantuan Kredit RM50 daripada kerajaan melalui Kerjasama antara Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Zafrul berkata penebusan ini boleh dilakukan dalam tempoh masa bermula 31 Julai 2020 sehingga 22 September 2020.
Wang bantuan Kredit RM50 ini telah memanfaatkan lebih kurang 15 juta pengguna dengan jumlah dana yang dikeluarkan adalah sebanyak RM75 juta.
Bagi mereka yang sudah menebus bantuan kredit ini, kredit bantuan ini boleh digunakan sehingga selewat-lewatnya 30 September 2020.
Tetapi masih ramai yang tidak tahu bagaimana nak gunakan e-wallet ini dengan mudah.
BOLEH KELUARKAN SECARA CASH?
Jika diberi pilihan, masih ramai golongan yang mahu menerima bantuan ini dalam bentuk cash berbanding secara wang kredit melalui e-wallet sebegini.
Namun, objektif Kerajaan memberikan wang bantuan kredit ini adalah untuk menggalakkan pengguna supaya menggunakan kaedah baru iaitu cashless. Dengan cara membayar barang belian tanpa cash sebaliknya dengan hanya melalui telefon pintar.
Perkara baru ini sudah semestinya mudah diadaptasi oleh golongan-golongan yang berada di bandar atau tinggal di kota raya. Terbiasa dengan keadaan sebegini menjadikan mereka ini lebih arif dan cekap dalam menggunakan e-wallet.
Tetapi tidak bagi mereka yang tidak biasa. Mereka yang tinggal di Kawasan kampung atau pekan-pekan kecil. Mereka ini tidak didedahkan dengan penggunaan pembayaran tanpa sentuh ini malah terdapat premis di Kawasan mereka tidak menerima bayaran selain cash sahaja.
Hal ini jelas menyukarkan mereka yang menebus wang bantuan tersebut teapi tidak dapat digunakan dengan betul. Bimbang juga sekiranya sehingga tamat tempoh 30 September ini, wang tersebut sudah tidak boleh digunakan.
CARA-CARA KELUARKAN WANG KREDIT SECARA CASH
Seperti yang sedia maklum, tiga (3) e-wallet yang disahkan ialah Touch n Go e-wallet, GrabPay dan Boost.
Kalau anda pengguna e-wallet Touch n Go, boleh ikut langkah demi langkah ini untuk cashkan.
Apa yang perlu kita ada ialah :
- Aplikasi e-wallet Touch n Go
- Aplikasi Shopee
STEP 1 – Pastikan kredit bantuan berada dalam Touch n Go

STEP 2 – Bukak aplikasi Shopee, dan klik pada bahagian ShopeePay

STEP 3 – Pilih atau masukkan jumlah berapa kita nak keluarkan.

STEP 4 – Klik Cash Payment at 7 – eleven. Bila dah comfirm payment, akan keluar 1 bar code terpapar di screen phone. Bawa telefon ke 7 eleven berdekatan dan minta mereka scan barcode tersebut. Tak sampai 5 minit ada yang dah berjaya masuk duit ke ShopeePay.

STEP 5 – Bila akaun dah masuk ShopeePay, maksudnya sudah boleh di cash out. Cuma biasanya dari ShopeePay, akan ambil masa dalam 1-2 hari untuk clear.
Daripada ShopeePay ni boleh transfer to akaun bank kita. Kepada yang tak tahu macam mana, pastikan sudah link kan akaun bank kita dengan ShopeePay.

Bagi mereka yang menggunakan aplikasi e-wallet Boost dan GrabPay. Tiada cara untuk cashkan kredit bantuan. Jika ada, kita akan kemaskini kemudian. Sementara itu, boleh lah gunakan untuk buat belian secara atas talian atau di 7 eleven, top up dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, kaedah ini adalah untuk mereka yang berada di Kawasan yang di kelilingi premis -premis yang tidak menerima pembayaran melalui e-wallet.
Ini beberapa komen yang dipetik daripada laman twitter.
Secara kesimpulannya, sekiranya Kawasan kitab oleh menggunakan e-wallet ini sebaiknya tidak perlu untuk cash out kan bantuan kredit ini. Kita cuba untuk menyahut seruan kerajaan dalam melaksanakan cashless dengan menggunakan e-wallet ini.
Kerana dunia sekarang ini sedang maju ke hadapan dengan menggunakan pembelian tanpa sentuh dan tanpa cash ni. Beberapa buah negara maju sudah pun melaksanakan kaedah ini dan sedang menerapkan kepada negara-negara lain.
Dari segi sudut positif, ianya sangat bagus kerana boleh mengurangkan berlaku kes kecurian wang, boleh juga memudahkan pembeli tanpa membawa cash ke mana-mana sahaja.
Namun, cara yang dikongsikan untuk tunaikan kredit bantuan ini adalah untuk mengelakkan mereka yang tidak dapat menggunakan e-wallet ini di kawasan mereka.
Dengan perkongsian Ini Cara Mudah Jadikan Kredit e-Wallet Kepada Cash ini, semoga dapat membantu anda semua yang perlu untuk tunaikan atau transfer kredit bantuan ini kepada akaun Shopee.
Kami di Akses Info mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua pembaca.