Ini Senarai 9 Status Permohonan BSH. Semak Status Terkini Anda sekiranya masih belum dapat baki Bantuan Sara Hidup yang seharunya diterima.
Bermula 22 Julai yang lepas, sudah ramai yang menerima wang baki Bantuan Sara Hidup BSH Fasa 3. Walaupun Menteri Kewangan umumkan bermula 24 Julai, namun sepertinya ada yang menerima lebih awal.
Tidak dinafikan perasaan syukur dan gembira penerima BSH yang dapat bantuan wang tersebut. Namun, di sebalik kegembiran tersebut ada juga yang bermuram durja kerana status permohonan mereka ditukarkan kepada beberapa jenis status yang ada.
Terdapat sembilan (9) jenis status keputusan yang diterima oleh segelintir bekas penerima BSH Fasa 1 dan Fasa 2. Betul, tidak semua yang sudah terima Fasa 1 dan Fasa 2 yang turut sama menerima Fasa 3 ini.
Bermulanya selesai Fasa kedua pada Mac yang lepas, status permohonan bagi semua isi rumah telah ditukarkan kepada “Kelulusan Akan Dimaklumkan Kelak”.

STEP BY STEP CARA BUAT SEMAKAN PERMOHONAN
Ada beberapa cara untuk kita buat semakan permohonan ini. Boleh buat secara manual dan juga secara atas talian.
Bagi secara manual untuk permohonan semakan BSH ini dengan telefon nombor hotline BSH Kementerian Kewangan Malaysia di talian :
- 03-88824565 / 03- 88824566
- Atau boleh juga hubungi nombor bebas tol BSH Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
1-800-88-2747 - Semakan boleh dibuat dengan menghubungi mereka bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang.
Bagi semakan Status permohonan ini secara atas talian, atau online boleh disemak dengan membuat semakan permohonan seperti di bawah ini.
STEP 1- Log in ke laman web Rasmi BSH
STEP 2 – Klik bahagian semakan seperti dalam gambar

STEP 3 – Masukkan Nombor Kad Pengenalan

STEP 4 – Masukkan kod Captcha (kod keselamatan)

STEP 4 – Keputusan Permohonan akan dipaparkan.

Baca Juga >> Permohonan Bantuan Ibu Tunggal Masih Dibuka
9 JENIS STATUS SEMAKAN PERMOHONAN BSH
Terdapat 9 jenis statu permohonan yang diterima oleh orang ramai. Antaranya ialah :
- Permohonan Diterima
- Belum Kemas Kini
- Dalam Proses
- Tidak Layak
- Tiada Rekod
- Dalam Proses Pengkreditan
- Gagal Kredit
- Pembayaran Secara Tunai
- Kelulusan Akan Dimaklumkan
Kepada yang mempunyai salah satu jenis status yang saya kongsikan ini, boleh semak apa punca dan maksud di sebalik status yang diberikan kepada kita itu.
- Permohonan Diterima
- Ini bermaksud permohonan kita sudah diterima oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan sedang diproses bagi menentukan sama ada kita layak atau tidak. Status akan bertukar selepas selesai pemprosesan berlaku.
- Belum Kemas Kini
- Kebiasaannya pihak LHDN BSH akan menggantikan status permohonan kita kepada Belum Kemas Kini sekiranya ada maklumat perlu dikemaskini. Sekiranya berlaku perubahan barulah perlu kepada kemas kini.
- Dalam Proses
- Selepas kita hantar borang permohonan. Status pertama yang keluar adalah Permohonan diterima. Diterima oleh pihak LHDN sebelum mereka membuat proses semakan. Sekiranya permohonan kita mula diproses, status kita akan ditukar kepada ‘Dalam Proses’ untuk menentukan sama ada ia nya diluluskan atau ditolak.
- Tidak layak
- Sekiranya status kita ditukar kepada Tidak Layak. Ini bermaksud kita tidak tersenarai dalam penerima Bantuan Sara Hidup Fasa 3 ini. Kita juga turut disertakan dengan alasan kenapa permohonan kita digagalkan.
- Namun, pemohon masih boleh membuat rayuan supaya permohonan disemak sekali lagi oleh Pihak LHDN.
- Tiada Rekod
- Status ini adalah untuk permohonan yang tiada dalam rekod pihak LHDN dalam Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini. Tapi diingatkan, permohonan baru tidak boleh dibuat sekarang. Permohonan dibuka 1 Februari 2020 sehingga 24 Mac 2020. Jadi, kena lah tunggu tahun depan untuk permohonan baru dibuka.
- Dalam Proses Pengkreditan
- Bagi yang mendapat status sebegini. Boleh lah senyum gembira. Kerana permohonan kita bukan sahaja diluluskan bahkan dalam proses dibayar. Hanya tunggu masa sahaja.
- Gagal Kredit
- Ini menandakan bahawa wang bantuan tidak akan dikreditkan terus ke akaun kita. Namun, surat maklum lulus gagal kredit akan diposkan ke rumah kita. Pemohon hanya perlu bawa surat tersebut beserta maklumat nombor baucer yang diterima bersama kad pengenalan untuk ditunaikan di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.
- Pembayaran Secara Tunai
- Status permohonan ini, menunjukkan pembayaran Fasa Ketiga BSH 2020 adalah secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan dengan kita.
- Hanya perlu bawa kad pengenalan untuk ditunaikan. Tiada surat yang akan dipos kerumah. Pemohon boleh ke kaunter BSN bermula 24 julai 2020 sehingga 31 Disember 2020.
- Kelulusan Akan Dimaklumkan
- Status ini antara yang ramai terima. Ia diprogram kan supaya semua individu mempunyai status yang sama sebelum sebarang proses dilaksanakan.
- Bermula 22hb – 24 hb sudah ada status yang muka bertukar kepada status yang lain (antara jenis-jenis lain yang tersenarai)
- Kepada yang masih terdapat status ini, perlu tunggu sehingga status untuk mengetahui sama ada lulus atau gagal ditukarkan kepada status anda.
Tahniah diucapkan kepada golongan isi rumah dan bujang yang layak. Namun, kepada yang perlu buat permohonan rayuan untuk tujuan semakan semula, jangan lupa untuk berbuat demikian.
TARIKH PERMOHONAN RAYUAN MULA DIBUKA
InsyaAllah , mana tahu masih ada rezeki kita di sini kan. Permohonan Rayuan akan mula dibuka pada 7 Ogos 2020 sehingga 21 September 2020.
Jangan lepaskan peluang, dan set reminder okay!
Semoga dengan perkongsian tentang Ini Senarai 9 Status Permohonan BSH. Semak Status Terkini Anda, dapatlah merungkai mengenai status yang kita perolehi dalam semakan status permohonan.
Kami di Akses Info mengucapkan Selamat maju Jaya buat semua pemohn yang sudah berjaya atau yang akan membuat permohonan.
Untuk bujang masuk lagi ke
bujang umur 40thn ke atas sahaja yang dpt bsh
Tidak layak
Alasan tidak menepati kategori bujang yang d senaraikan..
Tiada BSH untuk bujang 21thn keatas?
ya.. bujang hanya utk umur 40thn keatas sahaja
Salam tuan sya nk tnye knpe bantuan sya blum tk dpt sbb gji sya dgn istri sya tak smpai rm4000 tpi hri tu sya cek kt pjbt UTC lulus dlm perosas…..
tuan boleh semak alasan yg pihak LHDN bagi dan buat rayuan.. Harini dah bukak untuk permohonan BSH