Keliru Cara Nak Tebus Kredit RM50? Follow step by step ni untuk buat penebusan atau claim kredit bantuan ni. Simple je. Baca sampai habis ye.
Hari ini kita semua sudah dibolehkan untuk tebus RM50 bantuan kredit yang akan disalurkan kepada kita melalui e-wallet yang diwar-warkan semalam.
Tiga e-wallet yang disenaraikan semalam yang boleh digunakan oleh pengguna untuk buat penebusan ialah Boost, GrabPay dan juga eWallet Touch n Go.
Berikut adalah step by step bagaimana nak buat penebusan dengan cara pantas. Namun, pastikan akaun kita sudah status ‘verified’.
Terdahulu, kerajaan pernah memberikan pernah berikan bantuan RM30 kepada kita melalui e-wallet ini juga. Jadi kepada sesiapa yang sudah verified akaun nya, boleh follow cara-cara dibawah.
Kita kongsikan untuk tebus menggunakan aplikasi Touch n Go.
STEP BY STEP CLAIM RM50
STEP 1- Buka Aplikasi ewallet Touch n Go
STEP 2 – anda akan secara automatic di bawa ke ruangan Penjana atau boleh klik di halaman depan aplikasi.

STEP 3- Klik Claim Now! Kemudian, Claim kita akan Pending.

STGEP 4 – Penebusan anda akan diproses segera. Walaupun proses tebusan ditulis prosesnya 5 hari, namun tidak sampai 5 minit, sudah diterima!

STEP 5- Cek baki dalam ewallet Touch n Go kita, dah ada!

Tetapi tak semua yang sudah verify akaun kan? KEpada yang belum verify akaunnya, boleh follow step by step di bawah ini. Verify ini memerlukan kad pengenalan dan juga gambar swafoto secara lansung ketika verify.
STEP BY STEP CARA UNTUK VERIFY AKAUN.
Pastikan anda layak dengan 3 syarat ini.
- Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas
- Jumlah income tidak lebih daripada RM100,000
- Mendaftar di aplikasi MySejahtera

Bagi Existing User atau New User, kita tetap perlu verify akaun untuk melayakkan kita mendapat claim RM50 itu.
Terdapat 3 step atau Langkah yang perlu kita follow untuk membuat verify akaun ini. Selepas membuka aplikasi Touch n Go, kita akan dibawa terus ke ruangan depan Penjana.
STEP 1- Scan ID kita sama ada Kad Pengenalan, Kad Tentera atau Passport adalah diterima.

STEP 2- Bersedia untuk di snap gambar swafoto. Hanya dengan blink mata, gambar kita akan terus disnap dalam aplikasi.

STEP 3 – Isi detail dengan lengkap bermula sehingga akhir. Kemudian klik submit.

STEP 4 – Verification in process akan keluar sebagai tanda permohonan kita akan diproses.

Tempoh proses yang dijangka adalah selama 5 hari. Namun, ada yang sudah mula menerima walaupun baru sahaja membuat verify tersebut.
Walaupun bantuan kredit ni hanya RM50 nampak sedikit tapi boleh digunakan untuk buat belian barang dapur juga. Hanya bayar menggunakan scan QR Code di kedai-kedai runcit yang ada sediakan perkhidmatan tersebut.
Kebanyakan kedai sudah ada perkhidmatan ini kerana ia bukan sahaja memudahkan pembeli malah peniaga itu sendiri.
Kepada peniaga atau peruncit yang masih belum mempunyai Qr Code Mysejahtera boleh lah buat permohonan QR Kod Mysejahtera ini sendiri.
Saya ada kongsikan step by step bagaimana cara untuk buat permohonan tersebut. Semudah ABC je.
Baca Juga >> STEP BY STEP CARA MOHON QR KOD MYSEJAHTERA
Semoga dengan bantuan kredit RM50 ini, boleh membantu kita sedikit sebanyak. Bukan sahaja barangan runcit, banyak lagi yang boleh kita perkara yang boleh kita guna dengan wang bantuan tersebut.
Pastikan wang bantuan kredit tersebut digunakan segera sehingga sebelum 30 September 2020. Jika terlepas tarikh tersebut, bimbang ianya akan ditarik semula atau tidak lagi boleh digunakan.
Terima kasih kepada pihak Kerajaan kerana tidak putus-putus memberikan bantuan kepada rakyatnya. Dan semoga dipermudahkan urusan Kerajaan kita.
Dengan perkongsian Keliru Cara Nak Tebus Kredit RM50? Follow step by step ni, kami di Akses Info mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada semua yang membaca!